
GWM cuba mencari jawapan ke mana menghilangnya calon PAS, Dr Zulkefly Mohamed sewaktu keputusan pengumuman di Dewan Sivik Gua Musang pada jam 8.50 malam.
Rata rata penyokong parti PAS juga kehairanan melihat situasi tersebut kerana yakin parti PAS akan mengekalkan undi di DUN Galas.
GWM sempat bertanya kepada salah seorang penyokong parti PAS yang berada di luar Dewan Sivik Gua Musang. Manalah tahu jika boleh mendapat jawapan dan kepastian.
Seorang tua, pangkat pakcik PAS ini memberi respon kepada GWM dan memberi petunjuk di mana Dr Zulkefly Mohamed berada sewaktu diumumkan keputusan pilihanraya DUN Galas.
GWM bergegas menaiki kereta dan menuju ke destinasi seperti yang ditunjukkan oleh pakcik PAS ni... GWM memecut laju sambil blogger sahabat Gelombang Rakyat duduk sebelah mengambil gambar pemandangan malam.
Laju juga bawa … meter cecah 160km/j…


Laaa ... baru pukul 9.15 malam ... takkan dah tido Dr Zul ... lari dari wartawan yek! Takut kena interview ke?
MELAYU ATAS PAGAR


