Wednesday, November 10, 2010


GWM percaya masih ramai yang ingat kes petualang Pengerusi ANAK (Persatuan Anak Anak Peneroka FELDA) bernama Mazlan Aliman mengheret FELDA atas saman malu RM 20 juta insiden penahanan salah pada insiden di FELDA Lembah Klau, Mac 2010.

Petualang ini yang sudah hidup senang lenang atas faedah menjadi peneroka FELDA, telah menggigit dan menikam FELDA malah FELCRA pula menjadi buruan untuk dijatuhkan imej agensi agensi kerajaan.


SIAPA DIA MAZLAN ALIMAN


Beliau adalah Ketua Pemuda PAS Johor dan Ahli Exco PAS Pusat. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Ramun. Melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Alluddin Bukit Besar dan tamat persekolahan di Sekolah Pondok di Kelantan.

Mengusahakan sendiri Sekolah Tadika PAS. Isterinya, Noraini Zakaria bekerja sebagai Guru Tadika di Sekolah PAS FELDA Bukit Ramun, Johor.


Asalnya anak peneroka FELDA Bukit Ranum setelah arwah ayahnya Aliman Hj Maarof menjadi peneroka FELDA pada tahun 1969. Mazlan Aliman keluar dari program TANAM SEMULA FELDA pada tahun 1995 untuk bekerja sendiri kononnya lebih banyak dapat menghasilkan pendapatan berbanding dengan berada di bawah FELDA.

Ladang yang diusahakan gagal dan akhirnya kembali menyertai SKIM TANAM SEMULA FELDA pada tahun 2005. Berkat hasil dari program FELDA , beliau sudah mempunyai pendapatan bulanan tetap sebanyak RM 1,500 sebulan.

Empat lagi anggota keluarga beliau juga menikmati faedah yang sama setelah menjadi peneroka FELDA dengan setiap seorang mendapat 10 ekar tanah bagi menyertai program tersebut.



MENGAPA BEGITU BIADAB TERHADAP FELDA


GWM cukup yakin bahawa jalan paling mudah untuk berada di atas platform parti PAS adalah dengan menabur seberapa fitnah terhadap Kerajaan, sudah pastinya kepada Barisan Nasional/UMNO.

Semakin banyak fitnah ditabur, semakin meningkat populariti di dalam PAS. Contoh terbaik, lihat bagaimana Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub mendaki jawatan dalam PAS. Modus operandi yang cukup mudah untuk memegang jawatan tertinggi di dalam PAS.

Mazlan sebenarnya mahu menjadi ayam sabung PAS yang baru untuk menggantikan The Legendary Mat Sabu. Jawatan PAS Pusat adalah target utama petualang ini.

Sebenarnya Mazlan tidak pernah pun berhasrat membantu anak anak peneroka FELDA melalui ANAK. Apa yang telah berjaya dilakukan oleh beliau sehingga ke hari ini? Hanya beberapa kerat dan tidak sampai 23 manusia suruhan beliau untuk mendapat nama di dalam PAS. Itulah kejayaan Mazlan Aliman.


MEMBISU SERIBU BAHASA


Pada 27 Oktober 2010, Mahkamah TInggi telah membuktikan FELDA tidak bangkrap seperti yang dilaporkan media bangsat PKR Suara Keadilan, ayam sabung PAS ini diam langsung tidak berkokok.

Mazlan Aliman langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Manakan tidak, semua ceramah berdegar degarnya lebih kepada andaian dan fitnah semata mata.


GWM percaya ramai masih lagi ingat dengan mainan jahat Mazlan Aliman ini. Dalam bulan Oktober 2010, FELDA sekali lagi dijadikan bahan fitnah terbesar apabila beliau dan Hj Khamis Saad (bekas pengurus FELDA) berjumpa dengan pemimpin tertinggi PAS di lobi Parlimen dengan dakwaan FELDA membekalkan baja bercampur pasir kepada para peneroka.

Yang peliknya, dakwaan tersebut tidak pernah dilaporkan kepada FELDA atau dibuat laporan polis sehingga ke hari ini? Tidak ada satu sidang khas akhbar dibuat berkenaan fitnah tersebut? Dikhabarkan Hj Khamis Saad terlibat dalam penyelewengan ini semasa berada di dalam FELDA lagi.


Amat memalukan apabila Mazlan Aliman diam membisu apabila keluarga beliau tidak bersetuju dengan tindakannya selama ini menabur fitnah terhadap FELDA. Dalam majalah FELDA ’ICT JELAS keluaran 04/2010, keluarga beliau cukup berterima kasih kepada FELDA atas hasil bantuan yang menyebabkan keluarga mereka kini hidup lebih sempurna.

“Saya adalah anak peneroka. 6 orang adik beradik saya yang lain juga adalah peneroka.

“Dari segi pendidikan pula, sejak darjah 5, anak-anak peneroka ini dijaga oleh Felda sampailah mereka memasuki universiti.

“ Jangan percaya kepada orang luar yang ada niat politik datang ke tempat kita kononnya nak membantu.

”Nasihat saya kepada peneroka... Marilah kita bersama Felda. Ikutlah program tanam semula bersama Felda. Kita semakin tua. Kalau kita berduit pun, kita tidak mempunyai tenaga untuk menguruskan ladang 10 ekar.

Ini adalah pengakuan abang Mazlan Aliman yang mahu para peneroka terlibat dengan perjuangan songsangnya supaya kembali ke pangkal jalan.



Apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Mazlan Aliman ini? Nasib anak peneroka di FELDA atau percaturan politik beliau untuk jawatan tertinggi parti PAS?

GWM akan mendedahkan lebih banyak kepincangan Mazlan Aliman yang telah merosakkan imej dan nama FELDA. Masih banyak lagi rahsia mengenai petualang bernama Mazlan Aliman ini ...



MELAYU ATAS PAGAR

3 comments:

Anonymous said...

nabi musa sndiri menderhakai firaun yang telah menjaganya sejak bayi...lgpun punca mslh bkn felda,yg pegang felda ni la petualang

Anonymous said...

@Ano Nabi musa dan Firaun adalah berbeza...kalau kamu bukan dari felda usah cakap perkara yg tidak betol asal usulnya !

From : anak jati felda !

Anonymous said...

2017 akhirnya Segala dakwaan mazlan aliman ternyata berasas...admin sila sedut abc kahak hijau Isa samad.