PANAS … PAS, DAP & PKR AKAN BERPECAH PADA PRU 13 !
GWM rasakan ini bukan lagi khabar angin (rumours) memandangkan kebarangkalian parti parti yang bernaung di bawah pertubuhan haram Pakatan Rakyat akan berpecah cukup tinggi.
Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang semalam menguatkan lagi bukti bahawa ketiga tiga parti akan bertanding secara berasingan di Selangor Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.
PAS, DAP dan PKR semakin bimbang dengan trend sokongan rakyat yang semakin beralih kepada Barisan Nasional. Ini dikuatkan lagi dengan kemenangan berturut turut BN di pilihanraya kecil Hulu Selangor, Galas dan Batu Sapi.
GWM cukup yakin konvensyen yang diadakan ini bertujuan untuk menghalang dari bersetuju dengan Kerajaan Pusat untuk membubarkan Parlimen dan DUN bagi mengadakan PRU 13 dalam masa terdekat.
Dalam keadaan parti PKR yang semakin berpecah belah akibat pemerintahan ala diktator de facto leader Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat jelas tidak mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan negeri yang dikuasai sekarang.
Pergolakan PKR disamping kredibiliti Anwar Ibrahim dan Nik Aziz, turut menjadi faktor terbesar ketiga tiga parti ini tidak akan bergabung di bawah Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum nanti.
Dan sudah ad ura ura kedengaran berkemungkinan ada pemimpin dari parti pembangkang yang akan keluar dari parti masing masing. Masih belum ada sumber berita yang mengesahkan perkara ini.
Sumber / pautan:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29528:negeri-pakatan-tidak-akan-bersama-dalam-pru-13&catid=1:utama&Itemid=50
MELAYU ATAS PAGAR
0 comments:
Post a Comment