MAZLAN ALIMAN PEMBOHONG ... 'BAPAK' MURKA, 'ANAK' DERHAKA !
Hasrat ANAK untuk menjadi hero peneroka semakin kabur. Mazlan Aliman semakin pening, lubuk untuk mencari makan di FELDA semakin tertutup. Ayam sabung parti PAS ini sudah hilang nyaring kokonya.
Manakan tidak, BAPAK sudah nampak permainan kotor ANAK untuk menjadi hero peneroka FELDA. Sudah tiba masanya ANAK yang semakin kurang ajar dan tidak tahu mengenang budi akan ditarbiah dan menurut perintah BAPAK.
Langkah dan inisiatif Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) menubuhkan BAPAK akan menjadi saluran alternatif terbaik bagi warga FELDA memanjangkan aduan dan segala masalah yang dihadapi termasuk pendidikan dan kebajikan.
Apa yang lebih menarik, segala aduan dan permasalahan akan diselesaikan hanya dalam tempoh tujuh (7) hingga empat belas (14) bekerja oleh 317 sukarelawan, 24 jam sehari.! Mazlan Aliman pun 1 jam seminggu ... itupun time ceramah menghasut sahaja!
Jadi warga FELDA tidak lagi perlu mengadap dan ‘hard up’ dengan ANAK. Apa yang ANAK boleh buat … BAPAK lagi tinggi rankingnya dan mempunyai close connection dengan Ahmad Maslan, FELDA dan Kerajaan Persekutuan.
Tidak seperti Mazlan Aliman … yang dia ada close connection dengan Anwar. Bukannya Anwar Ibrahim boleh membantu peneroka FELDA, hatta perkara sekecil masyarakat India di Kampung Buah Pala pun huru hara dibuatnya. Parti PKR sendiri sudah tonggeng terbalik jadinya.
Warga FELDA perlu celik hati dan mata melihat kredibiliti Mazlan Aliman. Ditaburnya fitnah untuk dipersembahkan ke dalam Harakahdaily bahawa FELDA tidak membentangkan penyata kewangan di Parlimen.
Pelik apabila Mazlan Aliman sering mengatakan FELDA meletak pasir ke dalam periuk nasi warga peneroka. Macam mana pula warga FELDA Kota Gelanggi dan FELDA Palong Timor berlata Mazlan Aliman seorang penipu dan pembohong.
Mazlan Aliman sudah menjadi seperti Anwar Ibrahim. Kini sudah bergelar Mazlan Pembohong !
Sumber / pautan :
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8431851.asp
MELAYU ATAS PAGAR
6 comments:
KASI LANYAK SAMA DIA, TAK KENANG LANGSUNG.
MEMANG DASAR PEMBOHONG ... ORANG FELDA SENDIRI TAK PERCAYA FELDA MENYUSAHKAN HIDUP MEREKA. MCM NI PERANGAI MANUSIA DALAM PAS RUPANYA. PAKAI AJE LEBAI, KUAT BERBOHONG!
anak felda sg mas kota tinggi:
mazlan ni tak terjumpa kat aku pulak...kalau tak beralih dagu ke dahi....kami akan undi pas dan tolak mazlan kasi belakang kat anuar...
MP adalah singkatan bagi Mazlan Pembohong.
Eloknya setiap kali dia menyatakan pembohongan yang dia tidak akan dapat napikan kemudian; adalah mana mana pihak saman dia kerana pembohongan itu. Biar berterusan begitu. BAPAK boleh buat perkara ini akan berterusan berlaku tentunya.
BAPAK .......... DURHAKA,
ANAK .......... MENDERITA.
BAPAK .......... PEROGOL,
ANAK .......... MERANA.
BAPAK .......... PENCURI,
ANAK .......... DI CACI.
ANAK SAJA YG BOLEH MEMPERBETULKAN BAPAK YANG DURHAKA, PEROGOL, PENCURI DAN PEROMPAK.
anon 2:28 AM,
dlm Islam anak mana boleh derhaka? sejahat manapun ibuBAPAK, jika anak beriman & mentatai ibuBAPAK, anak tetap diberkati allah. tetapi sekali anak serhaka walaupun ibuBAPAK tak baik (selagi tidak kufur) anak tak cium bau syurga! bau bontot nwar adala kut!
Post a Comment