Thursday, November 4, 2010


Telah rasmi calon BN dan kini bergelar YB Abdul Aziz Yusof menang pilihanraya di DUN Galas menewaskan calon DAP … maaf … kesilapan teknikal (bukan PAS kuli batak DAP ke?), calon PAS Dr Zulkefli Mohamed dengan majoriti 1,190 undi.

Keputusan rasmi diumumkan oleh Hj. Wan Mohammad bin Abdul Hamid, Ketua SPR bagi Jajahan Gua Musang pada jam 8.50 malam di Dewan Sivik Gua Musang sebentar tadi.

Setinggi tahniah kepada YM Tengku Tazaleigh Hamzah selaku Pengarah Pilihanraya DUN Galas dan sekalung tahniah buat YB Abdul Aziz Yusoff. Kedua dua hamba Allah ini adalah Wira Galas!

Dan tidak lupa kepada rakyat di DUN Galas ... kerana andalah wira sebenarnya! Pilihan anda adalah pilihan yang cukup bijak.

Rakyat di DUN Galas perlu pastikan YB ’Aziz Limau’ sentiasa bekerja keras untuk membantu rakyat semasa susah dan senang. Berikan kerjasama terbaik kepada YB Abdul Aziz Yusoff untuk memudahkan urusan beliau sebagai ADUN Galas yang baru.


Berikut adalah statistik keputusan rasmi pecahan undi kemenangan BN (sebelum pengumuman).



Kepada parti PAS yang tewas, Tersungkur dan tersembam di bumi Galas ... Lain kali jangan menipu, jangan membohong dan jangan menindas rakyat!


Rakyat Galas telah bersuara ... suara ini akan terus bergema di seluruh bumi Kelantan!

GWM akan mengeluarkan artikel:

Mengapa PAS Tewas di Galas
Temubual Eksklusif Bersama Pemimpin pembangkang
Analisis Pilihanraya di DUN Galas


MELAYU ATAS PAGAR

1 comments:

Anonymous said...

Hiya! I simply wish to give an enormous thumbs up for the nice information you have
got here on this post. I might be coming again to your blog
for extra soon.

Here is my homepage: semantic web programming free download