Sudah tibanya masanya Mazlan Aliman mengheret parti PAS ke mahkamah atas tuduhan tidak bertanggungjawab, tidak telus, gagal dan menindas para peserta Ladang Rakyat di Kelantan.
Sebagai Ahli Exco PAS Pusat, sudah sewajarnya beliau patut mempunyai rasa tanggungjawab untuk mempertahankan hak para peserta Ladang Rakyat Limau Kasturi yang telah ditindas oleh Kerajaan PAS Kelantan sepertimana yang dilakukan olehnya untuk peneroka FELDA (kononnya).
Apakah beliau sanggup melihat nasib 300 peserta projek Ladang Rakyat Limau Kasturi terbiar dan tidak terbela malah di tipu bulat bulat oleh Kerajaan PAS Kelantan. Projek yang bermula pada tahun 2007, dan sepatutnya telah siap dalam tempoh masa setahun, gagal dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan.
Sehingga ke hari ini, nasib malang 300 peserta Ladang Rakyat Limau Kasturi hanya menerima sijil semata mata ( sijil yang ditandatangani oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan pada tahun 2007, Datuk Ahmad Yakob ) dan tiada tanah diperuntukkan kepada mereka. Malah para peserta projek ini tidak tahu sama ada wujud atau tidak Ladang Rakyat Limau Kasturi.
Ramai di antara para peserta projek Ladang Rakyat ini hidup melarat, tidak terbela dan di tindas oleh Kerajaan PAS Kelantan.
Mazlan Aliman juga di cabar untuk mengambil tindakan mahkamah dan saman ke atas Kerajaan PAS Kelantan atas dakwaan pencerobohan tanah untuk projek Ladang Rakyat di kawasan Tanah Warisan Orang Asli di Pos Hendrope.
Beliau patut berasa kasihan kerana hanya dua orang asli sahaja yang menerima dividen RM 200 manakala bakinya adalah orang luar dan di kalangan orang parti PAS. Lebih malang lagi, tanah mereka telah dipajak selama 99 tahun kepada orang luar.
Mazlan Aliman wajib mendesak Kerajaan PAS Kelantan untuk mengeluarkan geran tanah secepat mungkin kepada para peserta Ladang Rakyat yang hanya menerima dividen bulanan RM 200 bagi tanah yang telah digunakan oleh Kerajaan PAS Kelantan.
Beliau juga wajib mengambil tindakan mahkamah dan saman ke atas Kerajaan PAS Kelantan yang telah merampas tanah peneroka bagi tujuan projek Ladang Rakyat. Kerajaan PAS Kelantan masih lagi tidak membayar pampasan kepada mereka yang terbabit.
Apakah Mazlan Aliman ini berani bertindak atas kebenaran dan menjadi hero bagi rakyat yang ditindas hasil dari projek Ladang Rakyat di Kelantan. Apakah beliau tidak mahu dilihat sebagai hero untuk orang asli di Gua Musang di mana tanah warisan mereka dirampas oleh Kerajaan PAS Kelantan.
Atau Mazlan Aliman sebenarnya adalah seorang yang pengecut ! Hanya berani mendakwa FELDA zalim kepada peneroka tanah tetapi sekelip mata menjadi bacul bila terlalu ramai manusia yang teraniaya oleh projek Ladang Rakyat di Kelantan!
Beliau seharusnya sudahpun membuka mata dan pemikiran seluas luasnya ...
Apakah FELDA masih terus di anggap zalim walaupun para peneroka sudah diberi tanah dan mempunyai geran 10 ekar bagi satu keluarga.
Apakah FELDA masih di anggap zalim jika peneroka bebas mengusahakan tanah malah tanah boleh diwarisi turun temurun.
Apakah FELDA masih di anggap zalim jika kebajikan peneroka di jaga. Para peneroka juga menerima elaun bulanansehingga RM 1,500 sebulan malah sudah ada yang menjadi jutawan.
Bagai langit dan bumi beza nikmat dan faedah yang diterima oleh peneroka FELDA jika dibandingkan dengan para peserta Ladang Rakyat Kelantan!
Mengapa Mazlan Aliman masih berterusan berdendam dengan FELDA. Apakah FELDA telah menganiaya keluargnya dan berlaku penindasan ke atas keluarga beliau.
Jika abang kandungnya mengaku betapa beliau berterima kasih kepada FELDA atas faedah yang diterima selama ini, apa sebenarnya berlaku kepada Mazlan Aliman.
Apa sebenarnya Pengerusi ANAK (Persatuan Anak Anak Peneroka FELDA) ini mahu lakukan. Membela nasib peneroka FELDA atau mahu mencari nama di dalam PAS Pusat.
Mazlan Aliman di anggap bacul dan penakut jika tidak mengambil tindakan mahkamah dan saman ke atas Kerajaan PAS Kelantan atas penindasan terhadap mereka yang teraniaya di bawah projek Ladang Rakyat di Kelantan.
MELAYU ATAS PAGAR
9 comments:
takkan nak saman PAS kot, nak kena sumpah dengan Nik Ajis! Sekali Husam angkat kening lari lintang pukang Si Mazlan ni. pembelot peneroka felda!
Elok la org mcm ni hentam cukup2 sblm besar kepala kalau dibiarkan lama. Elok kuarkan dalam akbar perdana cabar mamat ni saman pas penipu kat kelantan. Saya org Felda, harap YB2 kawasan Felda Behrang tlg jenguk2 la Felda tu, jgn nak pilihanraya baru nak tunjuk muka. Di alu2kan agar Sdr Ezam buat ceramah kat tempat saya. Byk puak HamPas & Pkr yg x sedar diri ddk dlm felda.
orang macam ni kalau dia masuk felda aku.. memang keluar naik ambulan la nanti.. kami orang felda sentiasa menjaga nama baik felda.. sebab felda la kehidupan kami generasi felda makin maju..
projek kat kelantan tu dapat syer kot? hehehe
Aku Yang Bingai
1. Satu Ahli Satu Undi di TendangTerajang
2. Antara Zaid, Pak Lah, Tun Ghafar dan Ku Li
kpd anonymous... kau ni memang biadaplah... aku pun anak felda juga tapi taklah bangang sangat mcm kau... suka2 nak belasah si Mazlan kalau masuk felda tpt kau.. kau ingat negara ni negara rimba ke? aku nak tau juga ko ni duduk kat felda mana? kau ingat orang Johor takut ke kalau kena sergah mcm tu..maaf, bulu roma kami pun tak naik.. kau beritau lah...aku nak masuk tpt kau...nak rasalah mcmana hebatnya ko ni. aku pun tak faham lah ko punya bengap ni rasanya dah tahap kritikal... Felda memang bagus tapi ko sedar tak yang kita ni kena tipu?.. peneroka yang serahdiri ladang pd Felda.. dapat rm1500.00 tu hutang, bukan free. hasil sawit semua felda sapu pastu bagi pinjam rm1500.00. ko tanya felda lah dah berapa hutang peneroka yang nak dibawak sampai ke liang lahad nanti...lepas tu baja pun felda tipu, banyak pasir dari kandungan baja, pikul pasir tabur semula kat kebun, tak ke bangang namanya tu... Ko ni tak fahamlah atau memang memang dah benak.. felda tu agensi mengurus, peneroka tuan tanah...mcmana tuan tanah hidup merana...tanyalah Pej. Kebajikan Masyarakat sb boleh layak mohon PPRT... ko gi cari Konsultan ladang tanya utk urus tadbir kebun 10 ekar patut ke nilai nya tinggi mcm felda buat... buka minda bingai tu. jangan bila dapat bonus rm1000.00 nak rayake, naik sekolah ke dah mcm monyet dpt bunga...ko sedar tak, tiap bulan dari jumlah rm1500.00 tu, dipotong rm100.00 tiap peneroka kononnya untuk urusan...setahun dah jadi rm1200.00, felda pulangkan rm1000.00 dia kata bonus ko dah terpesona...hey guna otak lah sikit. bapak aku tak ikut sistem felda, boleh dapat dgn harga sekarang ni tak kurang 6000.00 lebih takde hutang. pun ada makhluk yg mcm ko kata bodoh...bro, siapa bodoh? banyak lagi lah kalau aku terangkan pun mgkin ko tetap kata bodoh, sb kat tpt aku pun ada peneroka dan anak2nya yang jenis bangang mcm ko juga, tetap kata bodoh..sblm aku tamatkan sementara tulisan aku, ada satu soalan khas utk ko...berapa ko dpt elaun felda bagi sebulan utk berfiran songsang....
Anonymous.... welcome skali lg, ko tau tak Akta GSA? klau tak tau aku terangkan sikit.. tak boleh byk2 takut ko jd bingung terus... ko tau tak apabila peneroka telah melangsaikan segala hutang dengan Felda dan memperolehi geran hakmilik... Felda dah takde apa2 hak lagi, tapi felda jenis otak mcm ko tak sedar diri masih nak paksa peneroka ikut cara dia yang jelas menyusahkan peneroka... ko tau tak perjanjian tanam semula yang dibuat antara Felda dgn Peneroka tu tak sama antara satu felda dgn felda yg lain..dia mungkin ikut suka hati pentadbir satu2 felda..tau tak? lepas tu ianya jelas berat sebelah( contoh difelda tpt aku) dan takde pun cop pengesahan dari mana mana mahkamah atau sekurang2nya pesuruhjaya Sumpah... apa punya jenis perjanjian lah mcm ni. dulu masa nak suruh peneroka tandatangan setuju felda tak terangkan isikandung perjanjian tu cuma dia cerita syurga..maka peneroka yang takut diugut boleh disingkirkan dari felda ( MANA BOLEH FELDA SINGKIR PENEROKA!!!! BRO} pun setuju, tapi sekarang bila peneroka dah perasan ia sebenarnya bukan perjanjian tapi penganiayaan maka peneroka bertindak keluar...kenapa felda dah mula cerita hantu pulak...
HELO BRO FIKRAH !!
GUA CAYA LU ADA PELAJARAN TAPI GUA TENGOK LU PUN BENGAP LA BRO !!
KAN ANAK FELDA DAH RAMAI YANG JADI LAWYER, SO SEBELUM TANDATANGAN APA APA SURAT RUJUKLAH LAWYER DULU !!!
BRO NI AKU TENGOK SAMA MACAM PENEROKA PENEROKA YANG SUKA LABUR DALAM SKIM CEPAT KAYA, SANGGUP LABUR DUA TIGA PULUH RIBU SEMATA MATA NAK CEPAT KAYA
JENIS SERAH GERAN KE FELDA NI JENIS MALAS KERJA LAH NI, TAHU NAK SENANG JE ,
INI KES MALAS DAN NAK CARI SENANG CARA MUDAH.. PAS TU MENYESAL .. TAK YA NYA , AWAK DAH SURUH ORANG KELUAR MODAL, JADI MEMANG PATUTLAH ORANG YANG DAH KELUAR MODAL NAK AMBIL BALIK MODAL MEREKA...
BAB TIPU NI, ORANG CERDIK SELALUNYA TIPU YANG TAK CERDIK, JADI BRO TERMASUKLAH GOLONGAN TAK CERDIK
NASIHAT AKU BRO, TAK PAYAHLAH NAK BAWA BAWA PEMBANGKANG DALAM HAL NI, PEMBANGKANG PERNAH BUAT APA KAT BRO SELAIN MENGHASUT,
KALAU BRO IKUT JUGA CAKAP PEMBANGKANG MAKNANYA BRO DAH DUA KALI BODOH
GUNALAH SALURAN YANG BETUL BRO... SAYA DOAKAN KALAU KES INI DISELESAIKAN DENGAN SEMANGAT MUSYAWARAH, PASTI ADA HASILNYA.
OH YA BRO RM1500 TU BUKAN DUIT KE? SENANG SENANG GOYANG KAKI D RUMAH DAPAT RM1500. AKU ANAK KAMPUNG YANG PENCEN KERAJAAN, TAPI AKU KASIHAN KAWAN KAWAN KAMPUNG YAG TAK ADA PENCEN, TAK SIAPA NAK BAGI RM1500 SEBULAN TANPA KERJA, TAPI AKU AKAN TERUS SOKONG PEMERINTAH SEBAB DAH TERBUKTI SELAMA PEMERINTAHAN KERAJAAN SEKARANG KELAUARGA AKU ANAK BERANAK BELUM PERNAH KEBULUR
cIFUTBABI
kulit kacang 100% tak pernah kenang budi
kpd Fikrah,
hang ni memang mlelayu proto, dahla x pandai nak bersyukur, nampak sangat kaki songlap bantuan kerajaan. Orang macam hang ni banyak kat malaysia, kalau bagi baja kau jual, bagi diesel kau jual dah tu komplen ni tak cukup itu tak cukup ... pemalas. Cuba check salasilah kalau-kalau kau ada berketurunan melayu proto. Memang orang PAS ni banyak songeh.
Post a Comment