Thursday, November 18, 2010

Apa yang dikatakan oleh Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian Hindu, Sikh dan Tao, Dr Thomas Phillips adalah benar dan tepat.



Penjelasan ringkas beliau sepatutnya mudah difahami oleh para pemimpin ‘racist’ DAP yang sering mempertikaikan hak hak keistimewaan bumiputera dan Islam sebagai agama rasmi. Tidak terkecuali juga pemimpin MCA yang sering mengikut rentak politik DAP.


Dr Thomas Phillips menggesa semua rakyat agar mendukung Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi kontrak social bagi keadilan sosial dan perpaduan antara kaum di Malaysia.


Dr Thomas Phillips menyokong penuh Perlembagaan Perskutuan berhubung dengan kedudukan Raja Raja Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi serta hak hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Apa yang lebih menarik, majlis tersebut menyokong penuh gesaan yang dibuat oleh Majlis Raja Raja agar Perlembagaan Persekutuan didukung dan tidak perlu lagi dipertikaikan apa yang sudah termaktub didalam perlembagaan tersebut.

Bukan hanya Professor DiRaja Khoo Kay Kim menyatakan hal yang sama dan bersetuju dengan gesaan tidak dipertikaikan Perlembagaan Persekutuan, Dr Thomas Phillips juga mempunyai pandangan dan pegangan yang sama.


Apa yang pelik, petualang Melayu yang mempunyai gelaran Dr dihadapan namanya masih lagi rakus membicarakan Perlembagaan Persekutuan. Mungkin Dr Petualang Melayu ini masih lagi seronok mengejar impian ke Putrajaya.

Masih terlalu ramai si bodoh dan si tolol dari pembangkang sering mempertikai apa yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Tidak kurang juga dengan petualang Melayu yang sanggup menjadi ‘anjing suruhan’ DAP lantas mencabar artikel 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan.


Petualang Melayu ini juga sanggup menggunakan anaknya untuk mencapai maksud menghalalkan cara. Atas dasar menarik sokongan dan undi bahkan mampu mencetuskan ketegangan antara kaum, anak perempuan petualang Melayu ini sanggup menganggap isu Hak Melayu hanyalah sekadar falsafah dan ideologi dan bukannya undang undang atau perlembagaan.

Si Petualang Melayu yang disokong oleh DAP ini juga dengan bangga menyebut Hak Melayu hanya wujud selepas berlaku persetujuan mengenai kontrak sosial. Mengapa perlu ada interpretasi baru untuk perlembagaan ini?


Cukup mudah juak juak ini mempolitikkan Perlembagaan Persekutuan tanpa melihat sebab dan akibat (consequences) akan muncul.

Benar jika dikatakan rakyat telah matang untuk membicarakan soal perlembagaan setelah 53 tahun mencapai Kemerdekaan namun apakah rakyat benar benar telah ‘matang’ sepenuhnya.

Tindakan petualang petualang Melayu dan DAP mahu meminda perlembagaan tidak lain hanya mahukan kuasa memerintah dan kepentingan politik. Dan yang lebih malang apabila petualang Melayu ini menjadi ‘jurucakap’ kepada DAP.


Sudah nyata apa yang dilakukan oleh petualang Melayu ini hingga sanggup dikudakan oleh DAP telah melampaui batas dan norma pemikiran yang waras.

Dan yang paling terbaru, petualang Melayu ini telah berada di luar negara meminta bantuan untuk menjahanamkan agama, bangsa dan negara sendiri demi tembolok kuasa politik yang tiada kesudahan.


Dan soalan GWM kepada Kementerian Dalam Negeri bersama Menteri Amaran … apakah masih lagi mahu menunggu dan memberi amaran demi amaran. Atau mahu melihat sekali lagi pertengkaran dan pergaduhan tercetus …

Amaran … Amaran … dan Amaran! Apakah amaran KDN sama juga seperti amaran yang tertera di atas kotak rokok!


Sumber / pautan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1118&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm&arc=hive

http://www.malaysiakini.com/news/91407

http://www.kl-today.com/?p=3031

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0907&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm&arc=hive

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1008&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive

http://www.anwaraidc.com/2010/09/nurul-izzah-sahkan-pkr-mahu-perlembagaan-baru.html



MELAYU ATAS PAGAR

0 comments: