Saturday, November 13, 2010

Bateri 3A cap PKR sudah habis cas, lemah longlai, selemah Anwar, Azmin dan Wan Azizah. Masakan tidak lemah … Anwar yang memulakan dan menamatkan riwayat PKR. Kubur sudah digali ... tinggal lagi mencampakkan mayat ke dalam liang lahad dan dipacakkan dua batu nesan !



Bermula dengan 16 September, habis satu Malaysia di kencingnya. Termasuklah sahabat sahabat ‘satu bantal lain mimpi’ seperti Lim Kit Siang, Hadi Awang, Nik Aziz, Karpal Singh di tipu bulat bulat dengan retorik mengambil alih Putrajaya. Itulah sebab PKR digelar Parti Kencing Rakyat!

Habis tok tok serban hijau berlogo putih PAS yang dulu riuh bertempik di stadium stadium “Putrajaya … Putrajaya” kini sudah menjadi bisu akibat sindrom PKR.


Satu demi satu wakil rakyat keluar dari PKR, apabila kencing Anwar Ibrahim semakin membusuk hancing. Siapa tahan, semua pakat lari bertempiaran. PKR sudah melalui peringkat kedua yang dipanggil Parti Kian Rapuh.

Apabila bermula Pesta Funfair Pemilihan PKR 2010, habis semua orang bergasak, bergaduh dalam mesyuarat. Seronok sebenarnya melihat atlit atlit PKR bersukan.


Acara membaling objek keras, acara mengejar photographer, acara gertak photographer, acara penangguhan dan pembatalan keputusan pemilihan, acara pengundi hantu dan bermacam macam lagi acara sukaneka yang belum pernah rakyat saksikan.


PKR kini sedang meniti satu peringkat yang amat merbahaya yang dipanggil Parti Kian Reput. Tiang tiang seri parti sudah reput di makan anai anai ciptaan Anwar Ibrahim.

Kronisme, Nepotisme, Rasuah, Munafiq ... cakap apa saja, semua dah terjadi dek kerakusan Anwar Ibrahim dalam berpolitik. Kesian Wan Azizah dan Nurul Izzah ... habis kain yang dipakai diselak satu demi satu. Kain dalam dah terkoyak rabak dua beranak ni. Nasib baik masih lagi ada seluar dalam. Kalau tidak ... haru!


Tapi jagoan PKR Anwar Ibrahim peduli apa … itu semua asam garam berpolitik. Yang penting sekarang adalah Azmin ! Azmin ! dan Azmin !

Jaguh tua Anwar Ibrahim peduli apa ... gelojoh betul melangkah ke Putrajaya sampai DAP dah nampak jalan straight, dia masih lagi ’main belakang’.

Al Maklumlah ... dulu dalam UMNO pun naik kuda, sekarang habis semua orang dalam PKR sudah dikudakannya. Dalam fikiran, beliau hanya nampak manusia manusia dalam PKR sebagai kuda belaka. Pelik betul Anwar Ibrahim!

Ilmu ilmu songsang yang tak elok semasa dalam UMNO dulu, sudah dipraktikkan dalam PKR. Nasib baik Tun Dr Mahathir tendang beliau keluar dari UMNO. Kalau tidak dengan UMNO sekali pun dia nak tunggang macam kuda! Mujur Tun Dr Mahathir tak pakai kuda tendang Anwar Ibrahim. Lagi haru!


Tapi manusia yang bernama Anwar Ibrahim sudah lupa ... lupa kepada Qada’ dan Qadar Allah Taala. Macam Hukum Karma juga! What goes around ... comes around. Anwar Ibrahim lupa pembohongan dan kemunafikan beliau sudah semakin hampir ke garisan penamat.

Ramai manusia di dalam PKR yang sudah ditunggangnya macam kuda lumba semakin menjauhkan diri darinya. Anwar Ibrahim boleh konar baring cecah telinga, lipat maut, libas maut … namun kuda kuda dalam PKR dah nampak kelibat tabiat menghalalkan cara.

Bayangan ke Putrajaya semakin jauh … bayangan ke kubur pula semakin dekat. Rupa rupanya dah ramai kuda kuda PKR gali lubang siap siap untuk tanam Anwar Ibrahim. Batu nesan pun sudah siap ditempah, mahal lagi.


Pada batu nesan sudah tertulis PKR ... Parti Kembali Rahmatullah. Hanya nyawa yang masih belum dicabut lagi ...

MELAYU ATAS PAGAR

1 comments:

blogenstarz said...

BROOOOO
Apa yang sedang berlaku didalam PKR sekarang ini adalah batu loncatan kepada PRU13 nanti.
Mereka sengaja mengadakan situasi sebegini rupa dengan matlamat untuk meraih PENGUNDI MUDA !
PKR hanya membuang ORANG TUA didalam Jawatan tertinggi dan akan menggantikan dengan ORANG MUDA yang lebih bertenaga.
Ingat kah kita semasa bermulanya Demotrasi jalanan..... Semuanya adalah diwarnai oleh kaum muda yang senang diPANCING dengan Rm20 !

DIMAKLUMKAN PENGUNDI MUDA DIMALAYSIA SEKARANG INI ADALAH 70:30

WASPADALAH dengan wayang PKR