Wednesday, November 3, 2010


Rakyat perlu lihat betapa liciknya PAS dan media Harakahdaily bermain dengan isu sogokan wang yang dilakukan sendiri oleh Nik Aziz kepada 3 orang asli di Kampung Sandrop dalam Program Muhibbah Menteri Besar Kelantan.

Penipuan dan silap mata parti yang kononnya memperjuangkan Islam menutup segala mata rakyat umat Islam dari menonjolkan cerita disebalik pengislaman 3 orang asli ini.

Inilah gambar gambar yang hanya ditonjolkan oleh media pembohong Harakahdaily dalam artikel “Tok Guru Islamkan 3 Orang Asal”.





Di sebalik pengislaman 3 orang asli dan gambar gambar yang disiarkan oleh media “Tepat Dari Sumber”, rupa rupanya ada gambar gambar yang langsung disembunyikan dan tidak ditonjolkan oleh media pembohong No.1 parti PAS ini.

Gambar gambar sogokan wang dari Nik Aziz kepada 3 orang asli di Kampung Sandrop yang langsung tidak dikeluarkan oleh Harakahdaily!





Apa kena mengena upacara pengislaman 3 orang asli dengan sogokan berupa wang ringgit! Mungkin ini merupakan ajaran baru parti PAS.

Selepas ini, mana mana orang bukan Islam yang telah memeluk Islam dan pengislaman mereka ini dilakukan oleh juak juak PAS, maka wajib dihulurkan wang ringgit sebagai balasan atau upah!

Tidak pernah pun disebut di dalam sejarah Islam sejak dari zaman Rasulullah s.a.w, para sahabat dan para tabi’in, apabila ada orang kafir memeluk Islam maka wajib diberikan upah dan ganjaran dalam bentuk mata wang.

Rasulullah s.a.w. berdakwah kepada umat manusia dan mengajak orang kafir untuk memeluk Islam dengan kerelaan hati tanpa memberi ganjaran atau upah. Ucapan kalimah syahadah disamping bimbingan, majlis ilmu serta tazkirah kepada saudara baru cukup penting. Bukan RM! RM! RM!

Mengapa perlu ditokok tambah dengan pemberian sogokan wang ringgit selepas saudara baru mengucap dua kalimah syahadah!

Apakah kaedah dakwah dan mengislamkan saudara baru disamakan seperti ajaran Nasrani atau Kristian yang memberi wang ringgit dan berbagai kemudahan kepada penganut baru. Jika begitu, tidak ada bezanya upacara pengislaman dibandingkan dengan upacara pengkristianan umat manusia.

Di mana letaknya kelebihan dan keindahan Islam jika PAS menyamakan taraf seperti upacara menganut agama Kristian. Maka, tidak hairanlah jika Islam dipandang serong oleh non muslim. Dan tidak mustahil selepas ini, ramai umat manusia mahu memeluk Islam kerana ada ganjaran atau upah yang pasti diberikan.

Bukankah gambar gambar di atas berupa sogokan atau rasuah secara terang terangan. PAS merosakkan dan menjahanamkan keindahan Islam dengan sendirinya.


Wan Abdul Rahim perlu mengambil tindakan tegas ke atas Nik Aziz kerana menggunakan wang ringgit untuk menarik non muslim untuk memeluk Islam.

Jika Wan Abdul Rahim cukup bertegas mahu memantau BN jika cuba menyogok pengundi di DUN Galas, maka beliau perlu membelasah Nik Aziz yang sememangnya menyogok wang ringgit kepada 3 oarng asli ini. Gambar adalah bukti yang paling jelas.

Tidak perlu berdolak dalik lagi dengan ungkapan sedekah, bantuan dan sebagainya jika pemimpin PAS sendiri yang memberi sogokan dan rasuah.

GWM cukup yakin pasti ada berbagai dalih akan diberikan oleh Wan Abdul Rahim dan juga para pemimpin PAS untuk mengalih perhatian isu sogokan wang ini. Wan Abdul Rahim di anggap bacul jika menutup mata terhadap perbuatan sogokan Nik Aziz.



GWM cukup percaya ularmak ularmak ini akan mengeluarkan berbagai kenyataan, pendapat malahan pasti ada fatwa baru untuk menghalalkan apa jua cara parti PAS demi undi wahid! Tunggu dan lihat apa juak juak ini akan membuat spin!


Sogokan tetap Sogokan ... tapi PAS kata sogokan itu Halal! Fatwa Baru ke!

Sumber rujukan yang sahih:


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29293:tok-guru-islamkan-3-orang-asal&catid=1:utama&Itemid=50
Minaq-Jinggo



MELAYU ATAS PAGAR

4 comments:

hilbert said...

Salam bro,

PAS memang dah lama bergelumang dengan kegiatan rasuah tertutup bro dan kini mereka tanpa segan silu melakukannya ditempat terbuka pulak..

Bro, saya mintak gambar Abdul Halim di atas untuk diletakkan atas artikel saya ;-)

Anonymous said...

cilakak btul la juak2 PAS ni, makin keliru aku dgn diorang nihaku terfikirkan beberapa kemungkinan yg mungkin boleh dikaitkan dgn pemberian duit2 tersebut;
1) nik aziz ISLAMkan diorang (kalau betul laa..) kemudian berikan bantuan secara 'direct' kpd mereka, kerana golongan muallaf ini wajar diberikan bantuan, mereka antara golongan yg layak menerima zakat (alasan ni atas dasar berprasangka baik sesama manusia)
2) nik aziz ISLAMkn mereka, dan selepas itu disogokkan pulak dgn duit (sedekah la kononnyer) atas dasar untuk memancing undi)
3) nik aziz x ISLAMkn pun diorg 2, bg duit 2 mmg semata-mata rasuah supaya org2 asli memangkah PAS dlm pilihanraya Khamis ini (seperti yg media pro-BN laporkan)
4) yg last skali, nik aziz mmg nk sogok org2 asli ni dgn duit nk pancing undi diorg, tp dgn syarat, mereka kena masuk ISLAM (so diorg pun msk la ISLAM & dapatlah share resuah pilihanraya 2 skali..) aku x kesah diorang masuk ISLAM, lg bagus ajaran ISLAM semakin berkembang, masalahnyer, lps pilihanraya, xtau la plak aku sape yg nk ajar diorg pasal bab2 agama ni, almaklumlah, ustaz2 PAS ni pun dtg kat situ sbb ader PRK, pasni sehelai janggut diorg pun aku rase dah x nmpk lg dah, korang tgk jerla sendiri nt, kalau nk harapkn yg macai2 2 aku takut makin sesat plak nt jadinyer..
kalo korang nk fikir benda lain, ikutlah suke hati mak bapak korang, aku x kesah..

adios

Unknown said...

hilbert,

dipersilakan untuk mengambil sebarang artikel dari blog kami. terima kasih

bomoh_santet84@yahoo.com said...

maaf nak mencelah..kebanyakkan blogger hanya paparkan gambar nik aziz bagi duit..dan harakah pula tunjuk gambar nik aziz islamkan 3 orang asli ni tadi..dan mengikut blog saudara, nik aziz bagi duit setelah islamkan orang asli tadi.

apakah niat sebenar nik aziz semasa memberi wang tersebut? adakah saudara atau sesiapa sahaja ada tanya kepada beliau?

dan memberi wang atau sedekah kepada saudara baru tidak salah. malah saudara baru diharuskan mendapat bantuan duti zakat.

adakah saudara baru yang mendapat bantuan zakat dikira rasuah?

Nik aziz beri wang kepada 3 orang asli yang BARU memeluk agama islam. bukannya bagi kepada satu kampung kan.

maaf kadang kadang saya tak boleh terima semua tuduhan yang dilemparkan kepada nik aziz. memang saya banyak mengkritik nik aziz didalam blog saya tetapi bukan semua perkara yang dibuat beliau adalah salah.

Nik aziz tuduh umno beri wang rasuah itu memang adalah salah. Tetapi itu tak bermakna kita juga boleh menuduh beliau sedemikian.