KONGRES PKR ... ANWAR AKAN DITALQINKAN !
Wan Azizah boleh berkata apa sahaja tentang Ketua Umum dan juga suaminya ... anugerah Tuhan, Azmin Ali dan Nurul Izzah juga boleh melalak dan bersilat di atas pentas ... jika lolongan mereka mampu menyejukkan bara kemarahan ahli dan penyokong parti itu.
Namun, Anwar Ibrahim sudah tidak boleh lagi lari dari hakikat bahawa masa beliau sudah tamat ... beliau akan ditalqinkan oleh para penyokongnya tidak lama lagi.
Situasi semakin parah, ini adalah hidup dan mati karier politik beliau. Dan Anwar Ibrahim tidak perlu lagi menyebut isu Ketuanan Melayu untuk menarik kembali sokongan dari akar umbi kerana akar umbi semakin panas hati dengan permainan politik beliau.
Beliau yang memulakan dominasi parti anak beranak dan beliau juga akan mati akibat situasi parti anak beranak. Majoriti ahli PKR sudah tidak yakin dan mula mempertikai dominasi parti anak beranak ini.
Bohong jika pemimpin PKR mengatakan mereka yang telah keluar parti tidak akan mengancam kekuatan yang sedia ada. Inilah masalah pemimpin PKR yang cukup suka berbohong seperti tuan mereka. Situasi semakin berbeza ... dan masalahnya kemarahan akar umbi sudah capai ke tahap letusan gunung berapi.
Wan Azizah nyata mengalih perhatian dari persoalan pokok hanya mendendangkan alunan Tuhan telah menganugerahkan Anwar Ibrahim kepada rakyat. Walhal kemelut dalam parti semakin meruncing dan beliau sebagai Presiden gagal sepenuhnya menangani timbunan isu dalaman parti.
Tidak terkeluar langsung dari mulut Wan Azizah isu surat atau laporan dari Chegubard (Badrul Hisham Shaharin) berkenaan campurtangan Anwar Ibrahim dalam pemilihan parti tersebut.
Kongres telah bertukar menjadi medan untuk menyelamat kredibiliti dan serangan ke atas Ketua Umum parti ... dengan kata lain, menjadi penjilat tegar dan khadam tebusan Anwar Ibrahim.
Dan akar umbi sudah pasti sedia maklum, rungutan mengenai salah laku sewaktu pemilihan hanya meniti dibibir Anwar Ibrahim. Mustahil akan didedahkan kepada umum hasil siasatan. Paling pasti, Saifuddin Nasution akan ditugaskan untuk membuat berbagai alasan bagi menyelamatkan keadaan.
Sudah hampir 55 pemimpin keluar dari PKR, dan yang terakhir adalah Zaid Ibrahim ... kerana mereka tidak bersetuju dengan cara 'Brutus' Anwar Ibrahim mencorakkan perjalanan parti yang lebih terarah kepada menjayakan agenda peribadi parti anak beranak.
Dan apabila bercakap mengenai 'Brutus', mengingatkan kembali GWM kepada Perhimpunan Agung UMNO tahun 1994 sewaktu Anwar Ibrahim baru setahun bergelar Timbalan Presiden UMNO. Perhimpunan dikejutkan oleh isu 'Brutus' oleh Tun Dr Mahathir.
Tun Dr Mahathir menyebut sejarah pengkhianatan 'Brutus' dan sememangnya ditujukan kepada Anwar Ibrahim. Para perwakilan sudah dapat menghidu keresahan Tun Dr Mahathir dengan kerakusan Anwar Ibrahim yang gelojoh mahu melangkah dan memijak kepala Presiden parti.
Memang benar Anwar Ibrahim itu 'Brutus' sewaktu dalam UMNO. Kebusukan moral Anwar Ibrahim dapat dicium dalam kem pembangkang sekalipun.
Ahmad Lutfi Othman (Editor Harakahdaily) dalam bukunya 'Anwar Lawan Ghafar' juga mendedahkan kebenaran Anwar Ibrahim adalah 'Brutus' yang dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir. Tun Dr Mahathir telah nampak bagaimana Tun Ghafar Baba dimatikan karier politik beliau oleh Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim masih tersilap jika mengagak parti tersebut masih berada didalam genggaman. Segalanya masih terkawal dan boleh dikawal. Dan beliau lupa bagaimana UMNO melakukan talqin ke atasnya.
PKR mungkin akan kekal lagi 10 tahun, jika diizinkan Tuhan ... dan jika PKR juga dianggap anugerah Tuhan. Harus diingat, majoriti dalam PKR semakin tidak berpuas hati dengan keupayaan Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim lebih dilihat menjadikan PKR sebagai alat pemuas nafsu beliau untuk ke Putrajaya, hatta tidak ada agenda untuk ahli dan penyokong parti tersebut. Angan angan beliau semakin mustahil untuk menjadi Perdana Menteri. Tetapi tidak mustahil jika PKR pula yang akan mentalqinkan beliau atas sifat 'Brutus'nya.
MELAYU ATAS PAGAR
1 comments:
sika baca link dibawah
http://www.google.com.my/images?client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-US:official&channel=s&hl=en&q=Kerajaan Umum Satu Lagi Projek Perumahan Felda di Sg Dusun&um=1&ie=UTF-8&source=og&sa=N&tab=wi&biw=1280&bih=841
~mana janjimu~ hehehe
Post a Comment