Tuesday, November 9, 2010


GWM mengucapkan setinggi tahniah buat Proton Holdings Berhad di atas kejayaan julung kali memenangi Brighton to London Future Car Challenge bagi kategori 'Best Range Extender Electric Vehicle'.


“Dalam pertandingan ini, Proton mempertaruhkan model SAGA Elektrik bagi EV (Electric Vehicle) dan EXORA Extended Range EV bagi kategori E REV (yang dibangunkan bersama rakan pembangunan teknologi, Frazer-Nash Research Ltd).


Model EXORA Extended Range EV memenangi bagi kategorinya apabila hanya menggunakan 2.2 liter petrol sepanjang perjalanan dari Brighton ke London sejauh 91.2 kilometer.


Model tersebut telah mengalahkan beberapa model lain dari jenis jenama pengeluar kereta popular. Kejayaan ini sebenarnya sebagai menandakan Proton telah menyahut cabaran Kerajaan dalam menjadi pengeluar kereta utama mesra alam di Asia.” Utusan Malaysia 9 November 2010

Setiap kali GWM memandang kereta Proton ... setiap kali itulah teringat wajah ceria tokoh yang tiada galang ganti ini.



Siapa sangka … 20 tahun dahulu, kereta nasional sudah melangkah jauh namun masih lagi dipandang rendah oleh anak bangsa sendiri. Sampaikan ada kerajaan negeri dahulu sanggup tukar pakai Camry dan Mercedez Benz kononnya lebih menjimatkan kos dan Class!

Sumber soheh:
http://www.futurecarchallenge.com/pages/welcome.htm



MELAYU ATAS PAGAR

1 comments:

Raveneye said...

jap, kereta saga elektrik pun ada menang gak tapi diprotes. kenapa ye?