Wednesday, November 17, 2010

Sukar dimengertikan mengapa Ahli Parlimen Shah Alam ini memandang rendah kemampuan Hadi Awang dan partinya sendiri untuk menerajui pakatan pembangkang.



Amat memalukan apabila Zaid Ibrahim mampu memandang jauh dan mencadangkan agar PAS menerajui pembangkang, namun Khalid Samad menolak bulat bulat cadangan Zaid Ibrahim.

Kenyataan Khalid Samad jelas menunjukkan kebodohan beliau sebagai pemimpin PAS di Selangor dengan membuat assumption Zaid Ibrahim mahu melaga lagakan pemimpin di dalam pakatan pembangkang.

GWM masih belum dapat melihat rasional penolakan cadangan tersebut. Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib juga bersetuju dengan cadangan beliau memandangkan pengaruh PAS sebenarnya yang banyak memberi kemenangan calon Melayu PKR pada PRU 12 yang lalu.
Jadi, apa yang tak kena dengan cadangan Zaid Ibrahim …


Sudah jelas PKR tidak mampu lagi menerajui pakatan pembangkang di Selangor. PKR kini di ambang kemusnahan dengan pertikaian antara Zaid Ibrahim, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Seolah olah sudah ada dua group menentang satu sama lain.

Pemilihan pusat PKR juga dilihat sebagai permainan badut badut politik Anwar dan Azmin, kerana juak juak Anwar Ibrahim menguasai kesemua kerusi walaupun masih ada lagi 57 cabang yang akan membuang undi. Walaupun ada tentangan untuk menangguhkan pemilihan, namun ianya tetap tidak akan berhasil. PKR semakin kucar kacir dan tonggeng terbalik.



Zaid Ibrahim sudah membayangkan pakatan pembangkang akan kalah pada PRU13 nanti memandangkan Barisan Nasional mempunyai special bullet untuk membunuh pembangkang melalui PKR yang semakin dikenali sebagai Parti Anak Beranak!

Apa yang difikirkan oleh Khalid Samad sewaktu membuat kenyataan tersebut. Bukankah ini bermaksud beliau menidakkan kekuatan PAS untuk menerajui Selangor atau beliau sememangnya mahukan PAS hanya sebagai supporting group dibelakang PKR dan DAP.

Yang paling jelas, Khalid Samad mengatakan pemimpin dan parti PAS bukan parti yang hebat, berintegriti dan berkaliber. Dengan kata lain, Hadi Awang dan Nik Aziz adalah pemimpin yang paling lemah pernah dilahirkan oleh PAS. To cut the story short ... PAS memang tak layak !!!


Khalid Samad berkata PAS perlu membuktikan melalui tindakan bahawa politik yang berasaskan Islam akan menjamin keadilan untuk rakyat secara keseluruhan.

GWM pening lalat ... mengapa Khalid Samad menyertai parti PAS jika beliau tidak yakin PAS akan bertindak adil untuk semua bangsa dan agama. Kenyataan Khalid Samad seolah olah mengiyakan PAS bukanlah sebuah parti Islam yang sebenar.

Khalid Samad masih melihat Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang paling layak untuk menerajui pakatan pembangkang. Amat malang, apabila Hadi Awang dan PAS dipandang rendah oleh Khalid Samad yang begitu taksub dengan Anwar Ibrahim.



Sindrom taksub kepada Anwar Ibrahim memang sudah lama menular dalam parti PAS. Juak juak erdogan inilah yang masih lagi bermastautin dalam PAS dan memastikan apa sahaja yang melibatkan Anwar Ibrahim akan disokong atau ditentang. Semakin ramai juak juak erdogan sudah menjadi lidah rasmi (penjilat rasmi) Anwar Ibrahim di dalam parti PAS.

Ingatkan juak juak PAS hanya taksub kepada Nik Aziz, rupa rupanya ketaksuban kepada Anwar Ibrahim melebihi taksub mereka kepada Hadi Awang dan Nik Aziz.

PAS perlu menukar nama kepada suatu nama yang baru, PAI … Parti Anwar Ibrahim ! Molek Sangat!


Sumber / pautan :
UTUSAN MALAYSIA, 16 NOVEMBER 2010
SINAR HARIAN, 17 NOVEMBER 2010
FOTO : Minaq-Jinggo

MELAYU ATAS PAGAR

4 comments:

Anonymous said...

Kalid samad sudah dibayar...siapa yang bayar...sendiri mau ingat brooo...

Unknown said...

PADAN LA SI PUNDEK GEREJA NI JEK ANWAR SOKMO, RUPANYA PEMJILAT RASMI, HE HE HE ...

MEMANG DAH RASMI DIBAYAR ...

Yb Raz said...

kenyataan dia pemimpin pas memang x boleh harap terutama nik aziz dan haji hadi itu adalah betul.

tetapi apabila dia cakap adakah politik berasaskan islam mampu menjamin keadilan buat semua itu dah melampau.

nampak sangat dia ni tak percaya pada islam..mungkin sebab tu dia beriya iya menyokong gereja dan kristian selama ni.

Anonymous said...

ari tu baru pas buat seminar pas nak ganti umno. tapi bile zaid berahim cadang pas jadi kepala pembangkang ganti PKR yang dah mampos, kenapa kalid samad gereja ni bantah pulak dan tuduh zaid nak laga2kan pas dan pkr. Ape pas tak kuat dan tak yakin ke nak jadi ketua pembangkang?