Monday, November 8, 2010


Simple dan straight forward … jawapan yang keluar terpacul dari mulut Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, Wan Abdul Rahim setelah ditanya oleh Khairy Jamaluddin.

Pertemuan tak dirancang ini berlaku di sebuah kedai minum di Bandar Lama Gua Musang. GWM dan para sahabat blogger lain tengah scoop program KJ untuk menarik sokongan dan undi orang Cina di sini. (Ahli Parlimen Kota Bharu Wan Abdul Rahim selamba terpekik panggil nama KJ dari kereta sebelum turun join satu meja minum kopi.)


Nasib agak malang kerana Husam Musa tidak ada sekali join table! Kalau ada … belum tentu Mr Balak Kelantan akan menjawab pertanyaan. Silap silap, mau diterbalikkan meja!

Oleh kerana Wan Abdul Rahim dah bagi green light untuk bertanya, rasanya adalah lebih baik jika Husam Musa menjawab persoalan mengenai rampasan tanah orang asli dan pailng tidak pun pasal isu balak di Kelantan.

Rakyat pun nak tahu juga pasal ’perkongsian pintar konsesi balak Ali Baba’ di Kelantan
.


Perkongsian pintar ini cukup cantik kerana Ali merupakan seorang yang cukup rapat dengan Jawatankuasa Tender Balak untuk lobi tender konsesi yang dikeluarkan. Baba pula mengeluarkan derma kepada parti PAS sebagai tanda terima kasih mendapat konsesi tersebut.

GWM senaraikan beberapa syarikat yang mendapat konsesi untuk tatapan bersama. Manalah tahu, jika Husam Musa boleh jelaskan dengan terperinci sama ada syarikat syarikat ini telus semasa diberi lesen ... atau hanya seorang sahaja yang telah dikayakan!

MT Arju Enterprise )KT0123850-U)
Sri Kalai Seberang Enterprise (KT0118180-U)
Khazanah Rimba & Trading (KT0118590-P)
Syarikat Gemal (KT0035356-H)
Sri Kemboja Timber (KT0180591-H)
Sri Jelaping Enterprise (KT0116611-V)
Perniagaan Gunong Jaya )KT0046975-T)
Tegoh Taqwa Enterprise (KT0121361-P)
RM Eamad Enterprise (KT01405659-W)
Awara Murni Enterprise (KT0121121-M)
CT Dragon Trading (KT0210504-U)

Apa yang difahamkan, beberapa kerat sahaja Ali yang dikayakan oleh Nik Aziz. Syarikat di atas pun pada mulanya dikuasai oleh ’Ehem Ehem’ sebelum menjual kepentingan dalam 11 syarikat tersebut.

Kerajaan Negeri PAS Kelantan pun tidak pernah menunjukkan mengapa hanya satu Ali mendapat projek dan untuk tujuan apa projek diberikan.

Tun Dr Mahathir pun sanggup tunjuk semua penerima projek projek termasuk kroni kroni Anwar Ibrahim semasa Persidangan Agung UMNO tahun 1987 ... takkan tidak ada ketelusan diperingkat kerajaan negeri. Tak Rock la Bro!

Bukankah ini satu amalan nepotisme dan kronisme. Minta penjelasan YB Husam Musa ...

Apa pula cerita dengan syarikat Jutapan Sdn Bhd (156857-D) yang mendermakan sejumlah wang RM 350,000 kepada PASTI Kelantan sebagai balasan mendapat kelulusan permohonan 500 ekar tanah di Mukim Pulai, Gua Musang! (banyak lagi syarikat syarikat yang menderma, hanya satu didedahkan)



”Dan bahawasanya Jutapan Sdn Bhd dengan pendaftaran 156857-D adalah sebagai pemohon bagi tanah seluas 500 ekar yang berada di Mukim Lulai Daerah Galas Jajahan Gua Musang. Dan bahawasanya telah dipersetujui bersama di antara pihak tuan dan pihak kami untuk memberi sumbangan derma seperti berikut:”

Sumbangan tunai kepada PASTI dengan jumlah sebanyak RM 350,000 (tiga ratus lima puluh genap)"


Sumbangan derma ini akan di derma kepada keluar bagi pihak tuan setelah kelulusan oleh projek permohonan Jutapan Sdn Bhd dari pihak Jawatankuasa Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa Negeri Kelantan.”


Siap berbalas lagi surat yang ditandatangani oleh Pengarah PASTI, Wan Mohd Jamil Wan Mahmood. Apa kena mengena derma kepada PASTI sebagai balasan kepada kelulusan mendapat tanah?

Apa fungsi Jawatankuasa Tender Balak Kelantan? Siapa yang menggangotai Jawatankuasa Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Industri Desa Negeri Kelantan?

Lulus konsesi ... syarikat konsesi bagi derma kepada PASTI ... PASTI salurkan derma kepada parti ? Hebat modus operandi PAS Kelantan melalui ’perkongsian pintar konsesi balak Ali Baba’ ?

GWM nampak ini adalah suatu ’derma cum rasuah’ secara terang terangan. Minta penjelasan YB Husam Musa ...

Bukan apa ... GWM hanya menyahut sahaja jawapan mulut YB Wan Abdul Rahim. Beliau suruh tanya ... kita kenalah bertanya, jika tidak takut tersesat jalan pula !

Bukan begitu YB Husam Musa ? Minta penjelasan … (jangan lama lama YB, penat tunggu penjelasan sebenar.)


Sumber soheh lagi sahih:
http://kickdefella.wordpress.com/2010/03/14/tu-diaaaaaaa/
http://kickdefella.wordpress.com/2010/03/30/tu-diaaaaaaa-bhg-2-tauke-derma-kekal-mursyidul-am-pas/

MELAYU ATAS PAGAR

1 comments:

Anonymous said...

aik,korang duk minum dgn petualang ke???