ASSALAMUALAIKUM MENTERI AMARAN … SI GOBLOK INI TERLEPAS HUKUMAN KE !
Jika dihitung, GWM rasa sudah hampir 90 hari masih belum lagi ada apa apa tindakan dibuat ke atas Wee Meng Chee aka Namewee @ GOBLOK!
Bukannya apa ... teguran GWM bukan bermaksud untuk mengajar Menteri dan KDN, kurang ajar pun tidak sebenarnya. Agak musykil kerana bimbang seperti ada keistimewaan yang diberikan kepada manusia yang tidak memahami maksud dan prinsip Rukun Negara seperti Namewee.
GWM tidak mahu Menteri dan KDN di kritik hebat kerana tidak mempunyai keberanian mengambil tindakan walaupun mempunyai peraturan dan kuasa untuk berbuat demikian.
Sayugia diingatkan, bukan hanya klip video lagu Negaraku yang dipersenda olehnya, hatta maki hamun TNB dan cercaan terhadap pengetua di Kulaijaya turut dijadikan mainan. Tiga video klip wahai Menteri Amaran !
Rata rata mula mempertikaikan apakah dengan hanya tindakan memberi amaran demi amaran merupakan suatu langkah bijak dan pro aktif di ambil oleh KDN setakat ini.
Itu baru satu kes Menteri Amaran ... bagaimana pula dengan kes kes seterusnya. Dan kes kes ini sebenarnya agak berat dan/atau lebih berat dari kes GOBLOK di atas.
Laporan polis pada 23 Ogos 2010, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan memperlekehkan kemampuan kapal selam yakni rahsia kekuatan Angkatan Tentera Malaysia.
Laporan polis pada 9 Ogos 2010 dibuat terhadap penulis blog Central for Policy Initiatives (CPI) Helen Ang, yang jelas mempertikaikan Artikel 152 dan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan agama Islam dan hak hak keistimewaan orang Melayu.
Laporan polis pada 5 Julai 2010 dibuat terhadap Wee Ka Siong, Malaysiakini dan The Star berhubung dengan mempertikaikan pemberian biasiswa MARA kepada pelajar Melayu, isu pembinaan Istana Negara dengan suatu kenyataan berbaur fitnah dan hasutan berkenaan tunggakan 3 bulan gaji pekerja asing.
GWM tidak mahu KDN dituduh sebagai super pantas jika laporan polis dibuat terhadap orang Melayu dan tindakan super lembab bagi laporan yang melibatkan bukan Melayu.
GWM minta jasa baik Menteri Amaran dan KDN untuk segera bertindak sebelum banyak lagi suara suara protes dan mempersoalkan 'kelembapan cuaca' di KDN.
Tumpang tanya … KDN tidak cukup manpower ke untuk meneliti setiap laporan yang telah dibuat atau terlalu banyak sangat timbunan fail fail kes berprofil tinggi yang belum selesai.
MELAYU ATAS PAGAR
3 comments:
Salam..
Sebagai rakyat biasa dan mahasiswa saya amat kecewa dengan tindakan yg diambil terhadap pengetua sekolah menengah di Johor dan pegawai BTN..
Saya ada ulas isu ini di blog saya. terima kasih
NAJIB BERI 2 SEBAB MENGAPA TINDAKAN TAK DI AMBIL KE ATAS NAMEWEE.
MENTERI UMNO DAN KDN TAK BERANI KERANA MEREKA DULU YG MEMPORAK PERANDAKAN SISTEM DAN PENGUATKUASAAN UNDANG2. JADI SEKARANG TAK PAYAH LE NAK BUAT KAT ORG LAIN LAK. DAH TAK JALAN.
MENTERI KDN DARI UMNO TIADA TELUR. ASYIK TERSENGIH DAN KETAWA WALAUPUN LAGU NEGARA KU DI PERMAINKAN. MAK NYAH LAGI BERANI DARI MENTERI UMNO TU.
SEBAB PALING NYATA..... NAJIB TAK BERI DI AMBIL TINDAKAN..... KERANA SI GOBLOK YG DI GELARKAN INI ADA LAH PENJILAT TETAP......P.... ROSMAH. MANA NAJIB BERANI. DIA PUN TAK JILAT P.... ROSMAH.
DAH BOSAN DGN MENYAMPAH DGN ISU NIE.SY SUDAH MENGANGGAP KEDUA-DUA SEKALI GOBLOK DLM ISU.INI.PADA PRU UMUM NANTI DIHARAP PEGUNDI2 MEMILIH YG BIJAK,BUKAN SIGOBLOK!
Post a Comment