Thursday, November 4, 2010


Malaysiakini perlu membuktikan sogokan wang benar benar berlaku di BN Command Center seperti yang dilaporkan di portal tersebut. Jika tidak, kredibiliti portal ini sama taraf dengan anjing kurap yang berkeliaran di kawasan tong sampah.

Ramai blogger pro kerajaan kini sedang menulis artikel beserta gambar bagi membuktikan tidak berlaku langsung langsung dakwaan wartawan sampah Malaysiakini.

Yang ajaib bin peliknya, hanya sekeping gambar berupa tangan kanan memegang satu sampul surat berisi wang sebanyak RM 250.00
.


Sesiapa sahaja boleh mengambil gambar tersebut, sediakan envelope berisi RM 250.00, letak tangan sendiri dan ambil gambar untuk membuat spin!

Amat memalukan jika sebuah portal kebanggan juak juak pembangkang seperti Malaysiakini boleh menerbitkan satu artikel bergambar (gambar tangan siapa pun tak tahu?) tanpa ada fakta dan bukti bergambar yang mampu meyakinkan para pembaca.

Jika mengikut artikel sampah berkenaan, ramai pengundi menerima wang sogokan didalam sampul berwarna coklat sewaktu kejadian pada jam 1.00 petang. Wartawan ‘separuh masak’ Malaysiakini, Salhan K Ahmad membuat pembohongan terbesar dalam sejarah kewartawanan.

Pada jam 1.00 petang, hanya inilah gambar gambar yang menunjukkan betapa ramainya manusia di BN Command Center.



Pada waktu itu, ramai blogger pro kerajaan tengah membuat posting dan berehat di bilik UMB. Salhan K Ahmad cuba membuat spin dengan mengambil gambar para pengundi yang sedang beratur untuk membuat semakan daftar pemilih.


Jika wartawan Salhan K Ahmad mahu berita bergambar yang mempunyai fakta dan kredibiliti yang tinggi, anda dijemput untuk mengambil gambar di bawah ini. Tiada sebarang bayaran dikenakan (bayar royalti pada Minaq-Jonggo sahaja, kalau mampu).


Malaysiakini di cabar untuk menerbitkan artikel artikel bergambar yang menunjukkan dengan jelas bukti para pengundi menerima wang sogokan dari petugas BN di sini.

Malaysiakini di cabar untuk membuat aduan kepada SPR dan SPRM berlakunya adegan sogokan di sini.

Jika tiada artikel bergambar dikeluarkan sehingga jam 7.00 malam ini, bererti portal Malaysiakini adalah portal berita bertaraf anjing liar yang mencari makan di tong tong sampah.

Dan sememangnya Malaysiakini terbukti adalah anjing peliharaan pihak pembangkang. Tagline ‘News and Views that Matter’ perlu di tukar kepada ‘News and Views that Matter to Opposition Leader’.

Maaf … kredibiliti Malaysiakini sememangnya bertaraf anjing liar seperti di bawah.



Sumber portal pembohong besar di Malaysia:
http://www.malaysiakini.com/



MELAYU ATAS PAGAR