Friday, November 26, 2010


Secara tersirat, PAS sebenarnya memuji dan menyanjung jasa FELDA kepada warga peneroka. Kejayaan Koperasi FELDA (KPF) yang mempunyai ahli seramai 215,412 ahli dengan aset berjumlah RM 1.56 billion bukanlah usaha sia sia kerajaan selama ini.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar mencadangkan Koperasi Felda menambah dividen daripada 16.5 peratus kepada 30 atau 40 peratus kepada anggota keluarga peneroka Felda setiap tahun memandangkan KPF diuruskan dengan baik dan professional.


KPF kini menguasai 51 peratus ekuiti dalam Syarikat Kumpulan Felda dengan pegangan pelaburan RM 353 juta. KPF turut memiliki pelaburan hartanah sebanyak RM 235 juta. KPF turut memiliki pelaburan dalam 16 syarikat usahasama yang lain berjumlah RM 423.16 juta.

KPF juga, katanya memiliki modal syer dalam Bank Rakyat berjumlah RM 35.68 juta dan pelaburan dalam sekuriti pasaran berjumlah RM 458.43 juta dan jumlah terkini keseluruhan pelaburan KPF ujarnya ialah RM 2 billion.

Pembinaan Menara FELDA 50 tingkat di hadapan menara KLCC (kawasan tiga segi emas) merupakan pembelian di kawasan strategik, jika dijual pada masa hadapan akan beroleh keuntungan sebanyak RM300 juta.



Sekalipun FELDA belum bercadang menerbitkan saham amanah untuk peneroka dan generasi kedua, KPF masih berjaya meningkat ekonomi warga peneroka melalui aktiviti pelaburan yang dijalankan.

Bagai langit dan bumi perbandingan performance Koperasi FELDA (KPF) dengan KOHILAL yang ditenggelami isu penyelewengan RM 45 juta. KOHILAL aka KOHILANG yang mempunyai 23,000 ahli telah hilang wang pelaburan sejak 1986.


Pelaburan ”The Year 2000” yang menjanjikan pulangan dividen 10% gagal dilaksanakan oleh KOHILAL. Yuran wajib 23,000 ahli yang membeli saham 10 unit @ RM 100 saham sepatutnya sudah mampu menjana perolehan sebanyak RM 2.3 juta juga lenyap.

Dengan tanpa pulangan dividen, PAS juga kalut menguruskan KOHILAL yang hanya mampu menjana keuntungan sebanyak RM 189,431.00 dalam tempoh 10 tahun sejak 1986 hingga 1995 (RM 18,943.10 sebulan / RM 1,578.59 sebulan).

Rupa rupanya Mazlan Aliman dan PAS cuba ’merampas’ FELDA dengan memburukkan imej dan kredibiliti agensi kerajaan tersebut. PAS senyap sembunyikan isu KOHILAL tapi menyibuk canang satu Malaya isu FELDA.



Padanlah Mazlan Aliman diserang sawan malaria tapioca ... ingatkan marah kepada Kamaruddin Jaafar, rupanya hasad dengki yang teramat dengan FELDA. Tutup sahajalah ANAK tu Mazlan ... dari sibuk jadi pencacai Anwar Ibrahim dan pemimpin PAS anda.

BAPAK kan dah takeover !


Sumber / pautan:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29582:koperasi-felda-perlu-tambah-dividen-pada-peneroka&catid=1:utama&Itemid=50

http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/06/muktamar-carca-marba-ke-56-siri-ii.html



MELAYU ATAS PAGAR