Friday, November 19, 2010

Nik Aziz dan Al Menantuya Ariffahmi kembali panas punggung apabila Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) mahu SPRM pantas mengumumkan siasatan ke atas kedua dua ‘bloody jangoat’ ini dengan kadar paling segera.



GWM pun hairan dan pelik juga. Sudah hampir setahun berlalu namun SPRM masih lagi belum mengumumkan siasatan. Apa ... SPRM masih lagi mahu menunggu setahun lagi untuk diumumkan kepada rakyat. Tak kiralah sama ada kes berprofil tinggi, rendah, gemuk atau kurus ... janganlah sampai SPRM dituduh menjadi anjing kerajaan!


GWM beri penjelasan serba sedikit mengenai betapa ‘zuhudnya’ Nik Aziz dan Ariffahmi menyapu duit rakyat! Juak juak PAS diminta janganlah panas hati sangat …

I BAGI YOU BALAK … YOU DERMA KAT I ... WIN WIN ‘RASUAH’ SITUATION !

Modus operandi Nik Aziz mudah sahaja. Kelulusan bersyarat untuk konsesi tanah pembalakan di Gua Musang dimana syarikat syarikat terpilih perlu ’menderma’ terlebih dahulu sebelum diluluskan kepada PASTI Kelantan. Hasil ’derma’ akan disalurkan ke dalam tabung PAS Kelantan.

Padanlah orang asli dan para peserta Ladang Rakyat di Gua Musang mengamuk dan tidak mengundi parti PAS pada pilihanraya DUN Galas ... hampir keseluruhan tanah sudah habis dirembat PAS untuk kantung dan kocek parti.

Paling buruk perangai Nik Aziz dan PAS, menggunakan PASTI sebagai Offshore Bank untuk projek money laundering. GWM tabik hormat dengan modus operandi songlap duit dan tahap professionalisme juak juak PAS.

Pemuda UMNO Malaysia disarankan belajar cara modus operandi tersebut dengan mengambil kursus selama setahun dibawah bimbingan PAS Kelantan, bagi menggerakkan aktiviti aktiviti Pemuda yang memerlukan sejumlah dana yang besar. Hebat !

PAS can lead and show you the way … Show Me The Money!





BAIL OUT RM 50 JUTA AL MENANTUYA … SIMPLY MARVELLOUS !

Modus operandi Al Menantuya Ariffahmi juga lebih kurang sama cuma lebih cerdik dari PAS Kelantan. PAS Kelantan sapu duit balak melalui ‘derma’, hasil ‘derma ikhlas’ masuk kedalam kocek parti.

Al Menantuya lebih bijak … projek ‘bail out’ Sensa Timur Sdn Bhd. Perbadanan Menteri Besar Kelantan dipaksa dan terpaksa membayar RM 50 juta kepada Sensa Timur Sdn Bhd.

Tanah 4.4 ekar bernilai RM 30 juta di Jalan Sultan Ibrahim, dipindahmilik selama 99 tahun kepada Sensa Timur Sdn Bhd ... PMBK bayar!

Projek bayaran pampas an RM 23 juta untuk mengambil kembali tingkat bawah Bazaar Tok Guru kepada Sensa Timur Sdn BhdTanah akibat permainan Al Menantuya. Siapakah yang memiliki Sensa Timur Sdn Bhd (klik link di bawah untuk penjelasan panjang lebar).



Rakyat perlu tahu permainan ’Ringgit Malaysia’ si Bapa Mertua dan Al Menantuya. Berapa banyak pulus yang sudah dirembat ... dari mana datangnya wang dan kemana wang diterima dibelanjakan.

Jadi SPRM … tunggu apa lagi. Sila dedahkan siasatan kes tersebut. Rakyat mahu melihat betapa zuhudnya pemimpin pemimpin PAS ini yang tidak meletakkan taraf ekonomi sebagai perkara pertama dalam agenda pembangunan manusia.

Slogan tambahan PAS pada PRU 13 … “Zuhud Diputarbelitkan, Rasuah dan Ringgit Malaysia DiUtamakan”



Sumber / pautan:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm


http://kickdefella.wordpress.com/2010/01/14/rakyat-kelantan-kehilangan-rm50-juta-angkara-almenantunya-nik-aziz-bernama-ariffahmi/

http://kickdefella.wordpress.com/2010/03/30/tu-diaaaaaaa-bhg-2-tauke-derma-kekal-mursyidul-am-pas/



MELAYU ATAS PAGAR

5 comments:

blogenstarz said...

Kalau berkaitan dengan RM sesiapa pun akan tergoga.Waimah sekali pun orang buta dapat menilai kepingan kertas tersebut.
Kalau setakat Makhluk yang dipanggil MANUSIA...... serban sebesar sarang lebah pun akan tergoda bila berdepan dengan RM...

Al Amin said...

Rakyat tunggu hasil siasatan SPRM. Bila, umum segera. ?.

Mas said...

Tentu Nik Aziz dan orang PAS akan kata ..eleh orang UMNO pun buat lagi teruk dari ini...kenapa aku atau PAS tak boleh buat juga..? sedih..imej Islam tentu tercemar sama dengan pendedahan ini..tak sangka tok guru yang memakai imej islamik lebai berjanggut sanggup menghalalkan cara macam ni...orang PAS nak kata apa lagi...? Tu lah jangan taksub sangat dengan pemimpin korang tu...

Anonymous said...

salam perkenalan kepada semua rakan blogger's.sila layari blog ambo penulis dari negeri pantai timur dan insyaallah akan sentiasa berkongsi cerita semasa yang berlaku di sini serta dapat berkongsi pendapat dengan segala isu dan permasalahan terkini.~Mj~
http://suaratimur.blogspot.com/

Anonymous said...

Itu pasal PAS ni lingkup, sebab asyik banding kan diri mereka dgn orang UMNO. Macam orang UMNO tu 'standard' yang perlu dicapai. Jadi kan lah "Sahabat sahabat Nabi SAW" sebagai ukuran.

Lim Enggan "menerima Islam" dikata kan macam Umar Abdul Aziz, dengan harapan si Lim pulak supaya gelar atau puji ulama PAS macam Sahabat Nabi, hampas Lim tau apa, sunat pun tak.

Ini lah jadinya kalau maksud perjuangan bukan nak tegak yang Haq tapi untuk membenci dan jatuhkan UMNO. Sujud taubatlah, Nik Ajis tolong berundur kesihan pengikut yang bebal bebal tu.

Gabriel KL