Wednesday, November 3, 2010


Ketibaan 200 orang tetamu ini cukup dinanti nantikan oleh UMNO Bahagian Wangsa Maju dan pejabat bahagian telah dibanjiri oleh para penyokong dan ahli parti.

Para wartawan dari media massa bercetak mahupun elektronik juga semakin memenuhi ruang pejabat bahagian. Utusan Malaysia, New Straits Times, Sinar Harian, Era Baru, Bernama, China Press Daily, Sin Chew Daily, Guo Ming Daily, TV3, NTV7 malah RTM turut dijemput untuk majlis sidang akhbar pada hari ini.

Apa istimewanya 200 tetamu ini ...

Istimewanya kerana Mantan Ketua Cabang PKR Wangsa Maju, Encik Mohd Nasir Husin yang juga salah seorang Reformis Terawal bersama sama dengan Anwar Ibrahim hadir mengambil langkah berani bagi menyertai UMNO dan meninggalkan PKR (Parti Khianat Rakyat) !

Hardcore Reformist ini adalah salah seorang bekas tahanan ISA yang dipenjarakan pada 29 September 1998 kerana mempertahankan perjuangan sia sia Anwar Ibrahim.


Tepat jam 2.30 petang bertempat di pejabat Bahagian UMNO Wangsa Maju, sidang akhbar dimulakan oleh Dato’ Dr Haji Shafei bin Abdullah, selaku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju yang juga Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Kewangan.

Dato’ Dr Haji Shafei memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana Encik Mohd Nasir Husin bersama bekas Ketua Wanita Cabang PKR Wangsa Maju, bekas Ketua AMK Cabang Wangsa Maju dan 200 ahli PKR yang lain telah meninggalkan PKR dan perjuangan sia sia mempertahankan Anwar Ibrahim.

Ketika sessi soal jawab dari wartawan, mengapa baru sekarang beliau bersama 200 ahli yang lain keluar PKR dan menyertai UMNO.


Mohd Nasir Husin dengan tenang menerangkan beliau dan para penyokong cukup merasa ditipu bulat bulat oleh Anwar Ibrahim. Beliau yang telah lama menyertai PKR dan mengikuti Anwar Ibrahim menyelar Ahli Parlimen Permatang Pauh sebagai Raja Retorik dan Penipu Besar Perjuangan Reformasi!

Beliau cukup kesal dengan sikap dan perjuangan Anwar Ibrahim yang tidak lebih dari memuaskan hawa nafsu buas dan cita cita untuk ke Putrajaya.

Mohd Nasir Husin juga menyelar Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa Melayu dan pengkhianat bangsa bangsa lain kerana sifat Anwar Ibrahim yang talam dua muka.

Beliau juga menambah Anwar Ibrahim sememangnya bertanggungjawab kepada segala kekecohan dan menjadikan bangsa bangsa di Malaysia menjadi semakin rasis dan bertegang urat antara satu sama lain.

Mohd Nasir Husin mengakui apa yang diperjuangkan selama ini oleh UMNO dan Barisan Nasional adalah perjuangan hakiki dalam memartabatkan orang Melayu dan menyatupadukan bangsa bangsa yang ada di Malaysia.


Dalam sidang akhbar tersebut, Mohd Nasir Husin menyerahkan 200 borang keahlian UMNO sebagai tanda keikhlasan beliau dan ahli yang lain untuk menyokong dan mendokong perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.

UMNO dan Barisan Nasional Wangsa Maju kini semakin kukuh dengan penyertaan Mohd Nasir Husin (Otai Reformist) beserta 200 bekas ahli PKR untuk berganding bahu dan menarik kembali sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.


Ahli ahli PKR yang lain tak teringin ke tinggalkan Parti Anak Beranak Berahim ni ! Keluar je la ...


MELAYU ATAS PAGAR

4 comments:

Anonymous said...

PKR cabang Damansara bila lagi.. Dengar kata dah heboh ramai yang tak puas hati... Apa tunggu lagi, ini masa yang terbaik untuk keluar join UMNO demi perpaduan orang Melayu.

Anonymous said...

Allah Maha Kaya dan Berkuasa atas Segalanya. Insyaallah, berkat doa dan usaha gigih akan lebih ramai lagilah penyokong2 PR khususnye Nuar Berahim akan keluar dari parti dan menyertai Umno demi kesinambungan dan survival parti politik melayu yg memperjuangkan Agama, Bangsa & Negara. Allahuakbar.

kontolan said...

yg hardcore, yg rapat & kamcing, rela sehidup semati ngan al-juburi dulu ramai yg dah sedar. Ni yg ramai2 lagi yg sokong2 Nuar gitu2 jer, ikut2 buta jer..bila lagi nak bukak mata? samapi bila rela diliwati oleh al-juburi?

nantero said...

salam 1malaysia.tak kisah siapa nak memimpin bahagian wangsa maju tetapi apa yang ada diwangsa maju seksyen 1 selama ini??????????????????........
UMNO or BN or pembangkang sama sahaja.menanam tebu ditepi mulut!!!
dari zaman dato'suleiman,dato'astaman,dato'norza,dato'zainal and now dato'shafie?
apa yang mereka buat untuk rakyat wangsa maju seksyen 1 selama kawasan bandar baru wangsa maju dibuka.yang diatas terus keatas tapi yang dibawah ini???
fikir-fikirkan dan renung-renungkan