Tuesday, November 16, 2010

Tidak puas melihat Anwar Ibrahim semakin kalut mengawal PKR yang kian berkecamuk, Husam Musa sudah mula berani menikam Anwar Ibrahim dari ‘belakang’.



Inilah masa yang paling sesuai beliau mengajar Anwar Ibrahim ilmu silap mata politik. Jika dahulu Anwar Ibrahim berlagak pandai mengajar beliau ilmu politik, kini giliran Husam Musa pula mengajar balik Anwar Ibrahim ilmu silap mata politik. Satu tamparan hebat hinggap di muka Anwar Ibrahim!

Naib Presiden PAS ini rupanya dah lama nak ‘meminang’ Zaid Ibrahim untuk masuk atau bergabung dengan PAS. Dan beliau sendiri mengesahkan perkara ini semasa diwawancara oleh Bernama TV, semalam.


'Pucuk dicita ulam mendatang’ … Zaid pastinya tidak perlu berfikir panjang dan bersusah payah menubuhkan sebuah parti baru dan mencari penaja. Husam Musa sudah bentang karpet merah dan membuka pintu yang diperbuat dari dinar emas seluas luasnya.

Dalam diam, Husam Musa pernah menawarkan jawatan di dalam parti kepada Zaid Ibrahim. Tawar menawar ini berlaku setelah Zaid Ibrahim dipecat dari UMNO.


Zaid Ibrahim pun baru diceraikan UMNO dan baru lepas habis ‘edah’. Duda berhias ini menjadi rebutan PAS dan PKR. Zaid Ibrahim mula jual mahal dengan PAS. Kebetulan, Anwar Ibrahim bagi ‘wang hantaran’ lagi tinggi pada Zaid Ibrahim. Kempunan seketika Husam Musa dengan kemasukan Zaid Ibrahim kedalam PKR.


Dan Zaid Ibrahim pun bukannya bodoh mahu terus masuk PAS tanpa memberi salam dan cium ‘molot’. Berapa ramai manusia dalam parti tersebut masih bernanah telinga dengan tindakan Zaid Ibrahim yang menyaman Kerajaan PAS Kelantan berkenaan Hukum Hudud (Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1193).

Politik memang pelik … Husam Musa pernah menempelak Zaid Ibrahim berkenaan isu tersebut dan meminta Zaid Ibrahim menarik balik samannya pada tahun 2005. Dan pada waktu itu, Husam yang juga ADUN Kijang mengatakan banjir besar dan terburuk di Kelantan adalah disebabkan oleh tindakan Zaid Ibrahim.


Dan jemaah PAS pasti tidak lupa dengan tindakan Zaid Ibrahim yang menyokong isu Lina Joy menjadi murtad. Ini bukan cerita rekaan … Zaid Ibrahim berkata demikian sewaktu meyampaikan ceramah di sebuah forum ‘Freedom of Religion and the Federal Constitution’ yang dianjurkan oleh Suhakam pada 9 September 2009.

“Kita tidak boleh bercakap perkara itu kerana Tuhan akan menghukumnya (Lina Joy)?Apa masalahnya? Dia bukan lagi Islam jadi Tuhan akan menghukumnya? Adakah kita memainkan peranan Tuhan? Adakah kita tahu bahawa Tuhan tidak akan mengampunkannya? Adakah kita tahu?”

“Saya fikir, dia hanya mahu butiran kad pengenalannya ditukar. Jadi biarlah mahkamah yang menentukannya. Tidak perlu kata Islam terancam. Itu kebodohan. Tidakkah kita memberi agama kita penghormatan dan pengiktirafan. Tidakkah kita malu dengan kenyataan seperti itu, menunjukkan kita tiada keyakinan terhadap kekuatan nilai-nilai dalam agama kita?”

” Tiada ahli politik mahu menerangkan tentang isu agama kerana ada risiko politik, adalah mudah untuk mendapat sokongan apabila anda bangkitkan isu agama dan perkauman,”

Oh Ya ... GWM hampir terlupa ... motto PAS kini adalah ’PAS for ALL’. Tidak menjadi masalah kepada PAS untuk menerima seorang yang liberal seperti Zaid Ibrahim menyertai PAS. Kerana PAS adalah parti yang tolak ‘batu dan kayu’ sahaja.

Amat bersesuaian sekali … PASRAEL for ALL!

http://www.malaysiandigest.com/index.php?option=com_content&view=article&id=11963:husam-pas-prepared-to-accept-zaid-ibrahim-as-member&catid=36:local&Itemid=68
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=4287:zaid-dan-hujah-dangkalnya-tentang-kes-lina-joy-dikecam-hebat&catid=1:utama&Itemid=50



MELAYU ATAS PAGAR

2 comments:

Anonymous said...

BN boleh menang ke PRU 13 ? macamanana Pengarah Urusan syarikat berkaitan kerajaan syarikat Takaful Malaysia MASIH BELUM daftar sbg pengundi? adakah kita mahu orang spt ini meneraju syarikat yg diasaskan oleh BN ? orang kg yg miskin/tua bersusah payah utk sokong BN tapi dia ??sila siasat

Anonymous said...

zaid masuk PAS ... alamat bersepai la gigi kena balun !