JAMBATAN BENGKOK ... SUDAH DUA KALI TUANKU SULTAN JOHOR ULANGI HASRAT
GWM yakin hasrat Tuanku Sultan Ibrahim yang mahu cadangan pembinaan jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor akan dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan. Hanya masa yang akan menentukan.
Sebenarnya sudah dua kali hasrat ini dinyatakan oleh baginda. pertama kalinya sewaktu baginda Sultan merasmikan JB Sentral dan Pelancaran Kembara mahkota Johor 2010 pada bulan Jun lalu.
Dalam hal ini, GWM menyokong penuh pembinaan Jambatan Bengkok (S Bridge) yang pernah diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir. Rakyat Johor juga sudah lama mahukan pembinaan jambatan tersebut.
Rasanya tidak perlu lagi Kerajaan Persekutuan menimbang dan meminta pendapat orang ramai berkenaan isu di atas. Titah Sultan Johor adalah suara dan mewakili seluruh warga Johor Darul Takzim.
Cuma GWM meminta Datuk Seri Najib dan kerajaan pimpinannya, agar jangan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh Tun Abdullah Badawi dalam hal ini. Jangan sampai Tuanku Sultan tegur sampai tiga kali sudahlah.
Pembangkang pun tak berani pukul dan canang isu ini. Kalau pembangkang mahu rasa bedilan Tuanku Sultan Johor, cubalah spin isu ini.
Sedangkan pembinaan Jambatan Pulau Pinang suatu masa dahulu menjadi kontroversi akibat permainan politik parti racist dan chauvinist DAP yang kononnya rugi dan membazir wang rakyat. Kini kerajaan mangkuk hayun DAP inilah yang juga mahukan pembinaan Jambatan Pulau Pinang yang kedua dibuat dengan kadar segera.
Rakyat masih tidak nampak !!!
Sumber / pautan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010_06_01_archive.html
MELAYU ATAS PAGAR
4 comments:
rase nye ade cerita dsebalik cerita pasal jambatan nie ... sebelum msia menyerahkan balik tanah KTM kepada singapura dengan pertukaran tanah "land swap" .... ade kisah sebelum itu seseorang dr msia telah mengajukan sistem rel laju letrik "ERL" dr KL ke singapore ... jadi klu hendak di majukan jalan erl maka jambatan bengkok x boleh di laksanakan so ia pun di batalkan .... sehinggalah satu perjanjian sepakat tidak dapat di persetujui maka jambatan ini pun kembali diberi nafas sekadar hangat2 tahi ayam oleh pm dulu ... jadi kalau nak tau lebih lanjut lagi selidik lah dengan baik kenapa dan siapa ... hehehe ... tp PM najib dah nak beri go ahead skrang ...
satu senarion ....
jika dulu jmbatan bengkok di laksanakan semasa org baru naik tahta PM maka apa akan terjadi kepada laluan keretapi ? ia nya mesti di naiktaraf juga kan.. jika tidak it defeat the purpose jambatan bengkok ... kaji kaji lah
coach handbags
supreme
nike epic react
adidas nmd
kd 12 shoes
yeezy shoes
yeezy boost 350
off white shoes
yeezy boost 350 v2
supreme hoodie
visit this website high quality designer replica go read review try here Dolabuy Valentino
Discover More Here luxury replica bags Full Report have a peek here Resources Ysl replica bags
Post a Comment