Pertempuran mulut hebat berlaku di antara Nik Aziz dan Mohd Nor Deris, dua sahabat lama boleh disaksikan di youtube http://www.youtube.com/watch?v=ajBzNWQnHdw
Mohd Nor Deris melepaskan rasa ketidakpuasanhati beliau melihat PAS sanggup bekerjasama dengan DAP tetapi mengkafirkan UMNO yang sudah lama bekerjasama dengan MCA dan MIC di bawah paying Barisan Nasional.
Berikut adalah sedutan dari rakaman video tersebut :
Mohd. Nor: Mu (kamu) la berkawan dengan DAP.
Nik Aziz: Oh, selagi UMNO berkawan dengan MCA... selagi UMNO berkawan dengan MCA.
Mohd. Nor: Yahudi nak berkawan dengan Nabi Muhammad masa di Madinah dulu.
Budak mencelah sambil menjerit suruh kedua-dua berhenti bertengkar: "Jangan gaduh!"
Mohd. Nor: Siapa yang ahzab (puak-puak) sekarang ini, siapa dia ahzab, siapa dia?
Mohd. Amar (Exco kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) meminta kedua-duanya bersalam.
Nik Aziz: Tak payah salam.
Mohd. Nor: Aku pun tok sir (tak mahu) salam dengan mu (kamu).
Nik Aziz: Aku tok sir (tak mahu).
Mohd. Nor: Kalu (kalau) masuk UMNO, aku dakap (peluk) denganmu.
Mohd. Amar minta Mohd. Nor bersabar kerana mereka datang bukan hendak berbahas.
Mohd. Nor: Sama dengan ambo (saya) pun.
Mohd. Amar: Kita bukan hendak berbahas, kita mari (datang) nak ziarah, kalau nak berbahas dengan ambo pun tak apa.
Nik Aziz pada ketika ini dilihat duduk atas kerusi tetapi Mohd. Nor kembali berdiri.
Mohd. Nor: Kalu (kalau) Lim Kit Siang perintah Malaysia anak generasi-generasi kita jadi anjing suruhan DAP.
Mohd. Amar: Kita bahas semula (kemudian).
Mohd. Nor: Semula tak semula pun, biar taubat sebelum DAP perintah Malaysia.
Nik Aziz: Mu dulu (taubat), dulu mu orang Pas.
Mohd. Nor: Mu orang Pas juga, aku taubat dah hari-hari (setiap hari).
Nik Aziz mencelah lagi menyuruh Mohd. Nor bertaubat dulu.
Mohd. Nor: Hey, mu nak kafir (kafirkan) dengan ayat Wa'tasimu bihablillah hijamiia' wala tafaraqqu (surah Ali-Imron, ayat 103).
Mohd. Amar: Dengar dulu ambo nak ghoyat (cakap), duduklah.
Tetamu dalam rumah itu turut meminta Mohd. Nor duduk.
Mohd. Amar: Ustaz dengar ambo ghoyat, kita sama-sama di rumah orang, bukan rumah kita, malu ko (kepada) tuan rumah...mari (datang) dengan izin tuan rumah.
Mohd. Nor: Saya duk (datang) sini doh (dah), tuan rumah izin doh.
Mohd. Amar: Tak pe sebab itu kita tanya khabar lagu mana (macam mana), sama-sama tetamu kita buat adat sebagai tetamu.
Mohd. Nor: Adat Nabi Muhammad kalau nak kafir, lagu mana? Kalau nak munafik lagu mana?
Mohd. Amar: Lepas ini, lepas ini!
Mohd. Nor: Lepas ini, tunggu bila? Tunggu kafir (DAP) perintah Malaysia dulu...ahzab-ahzab ini, siapa ahzab Malaysia ini...panggil Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), panggil Ustaz Nik Aziz, bincang sesama Islam, jangan kembali kepada DAP dan PKR.
Tapi pelik … masih ramai lagi yang taksub dan ujub dengan Nik Aziz ... mungkin sudah terminum dengan air basuhan jampi selipar jepunnya.
Sumber sahih:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm
4 comments:
slm ziarah
artikel menarik
pohon jasa baik tuan follow
dan link blog baru kami. TQ
http://pemudaumno-nibongtebal.blogspot.com/
mana ada ulama' atau wali mengaku dia kasyaf bro...siap bleh tgk tgn setan ye???hehehe
POLITIK,POLITIK...GILA kuasa tak kemana...UMNO patut Muhasabah diri:
NAK SEKULAR atau ISLAMIK?? TerTUBUH nya PAS(tahun 1947) adalah
disebabkan penyerapan ISLAM kedalam
UMNO tidak MANTAP..
Bagi PAS pula,kena lah berhati2 dgn
elemen CINA EKTRIMIS dan KONSPIRASI
KAFIR terhadap orang2 Islam di MALAYSIA...
Orang2 Melayu adalah KUAT jika berSATU.JGN disebabkan KUASA dan GILA KUASA,sampai HILANG pertimbangan kita pada ISLAM,BANGSA
dan NEGARA...
Kenangi kembali perbalahan antara Saidina Ali dan Siti Aisyah.Masing2
Islam,masing2 dekat dengan Nabi Muhammad SAW tetapi hampir2 bertumpah darah..Begitulah keadaan kita waktu kini...
Hampir2 berhentam,disebabkan perebutan KUASA...!!!!
PERJUANGAN PAS ADALAH PERJUANGAN ISLAM PLASTIK,PERJUANGAN YANG TIADA ROH,TIADA NUR SERTA TIADA KEINDAHAN ISLAM DI DALAM NYA...PERJUANGAN PAS HANYALAH PERJUANGAN POLITIK SEMATA,PERJUANAGN PERIBADI,PERJUANGAN HARTA,PERJUANGAN KUASA TIDAK LEBIH DARI ITU.......PERJUANGAN PAS TIDAK LEBIH DARI PERJUANGAN UNTUK MENGHANCURKAN UMNO,PERJUANGAN YANG TIADA VALUE SERTA NILAI BAHKAN PERJUANGAN SONGSANG SERTA MENYONGSANG ARUS MASSA.......PERJUANGAN YANG MENGHALALKAN APA SAJA YANG MENGUNTUNGKAN PAS DAN MENGHARAMKAN APA SAJA YANG MERUGIKAN PARTI SYURGA INI.......HATTA IANYA TERBUKTI BAIK UNTUK UMMAH SERTA NEGARA...INILAH ADALAH SEBAHAGIAN DARI MANIFESTASI UMMAH YANG BANGKIT DARI PEMBOHONGAN YANG PANJANG PAS, BAGI MENYATAKAN KEBENARAN DEMI MENYELAMATKAN AGAMA ALLAH DI BUMI BERTUAH INI.......TELAH TERLAMPAU LAMA RAKYAT DILENAKAN DENGAN ZIKIR MUNAJAT LEBAI PAS......DAN KINI SEGALANYA TELAH BERAKHIR ......SEGALANYA BAKAL BERUBAH.......KEPADA PAS TUNGGULAH SAAT ITU AKAN TIBA DAN KAMI PASTI ANDA PASTI TERSUNGKUR DI LONGKANG SYURGA.........AMIN...AMIN.....
Post a Comment