saya tertarik dgn 1 nota di FB, saudara Razman Hakimi Abdullah berkenaan senario Melayu pada masa ini yg dihuru-harakan oleh pihak Melayu pengkhianat. Di sini saya lampirkan balik apa yg ditulis oleh beliau agar dapat kita kongsi dan jd kan renungan bersama :
Sejak pakatan menggoyang mula merasai kuasa mentadbir di Malaysia,ada ramai daripada bangsa Melayu dari pembangkang yang mula pertikai UMNO dan jasa parti kepada Agama Bangsa dan Negara. Saya bukan di sini untuk menukar pendapat mereka, tetapi untuk menulis apa yang di lihat tentang pengorbanan UMNO sampai sekarang, yang mungkin dipaksa lupa oleh pakatan menggoyang.
Dari dulu sampai sekarang, saya ada satu komen bagi pembangkang:-
'Lahir di Hospital Kerajaan, Sekolah di Sekolah Kerajaan, Matrik di Kolej Kerajaan, University di Uni Kerajaan, Kerja di Jabatan Kerajaan, Undi untuk Pembangkang, Masuk ke dalam syurga PAS'. Dalam Bahasa Inggeris 'bite the hand that feeds you'.
Pembangkang jawab, 'Itu adalah kewajipan Kerajaan Pusat, kerana ini adalah Kerajaan buat semua orang'. Saya setuju, tetapi di mana letak nya Kerajaan pakatan menggoyang ? Adakah Kerajaan PAS pernah bina Masjid di Kelantan ? Apa yang saya baca adalah YAB MB Kelantan kata, 'kena tanah sendiri, bina sendiri, baru ikhtiraf boleh'. Jadi siapa rakyat Kelantan di sini yang pernah bina Masjid di negeri nya sendiri ? Hanya org UMNO sahaja akan kata dia pernah, kerana dia tahu itu kewajipan nya, buat kerana paksa, bukan kerana nak sedap kan hati rakyat, tetapi kerana kewajipannya. Di Kota Bahru, sampai pukul berapa kena bayar untuk letak kereta ? Yang susah siapa ? Di bandar2 kecil di seluruh Kelantan, tunggu sampai Kerajaan Pusat bina, baru cakap PAS pulak yang berjaya buat. Di Manek Urai, mana janji2 manis PAS ? Jambatan yang dijanji oleh YAB TPM sudah dibina, bila PAS pulak nak kotakan janji2 mereka. Tak payah kerana YAB MB mereka di idola kan spt ...... ?
Di Malaysia berapa Masjid telah dibina oleh Kerajaan Pusat/BN ? Di Malaysia, berapa sekoleh Kerajaan telah di bina sejak 1975 ? Di Malaysia berapa Hospital Kerajaan telah dibina atau diubah suai ? Yang di lihat oleh pakatan menggoyang adalah kelemahan. Meraka hari2 pertikai ni itu, tetapi bila ditanya utk beri pandangan dan komen utk kita memperbaiki keadaan, mrk tak sanggup kerana itu sahaja kemampuan mereka, pertikai dan menghasut. Lama kelaman kita bosan dengan penghasutan mereka dan ingat kembali kepada jasa UMNO kepada AGAMA BANGSA DAN NEGARA
Di Malaysia berapa Ayah/Ibu kepada ahli pembangkang yang merasai DEB sampai anak mereka terlalu senang dan minta lagi dan lagi drpd Kerajaan Pusat tetapi hari2 pertikai dan menghasut Bangsa untuk gaduh sesama sendiri dalam alam cyber.
Hari2 saya baca komen UMNO rasuah lah, Pemimpin tak pandai lah.... Betul ke saya tanya ? Yang pembangkang baca kat blog MalaysiaToday jer mereka percaya, kalau RPK minta mereka terjun dari bangunan, mesti semua ahli pembangkang buat kerana terlalu percaya kepada 'fantasy' dan bukan realiti. Kenapa RPK tak bertanding jadi Perdana Menteri di Malaysia, biar rakyat menilai dia drpd realiti dan bukan alam maya. Di mana bukti yang semua Pemimpin UMNO praktikkan rasuah, ada ke Pemimpin yang tak pandai (mungkin dia tak sepandai yang pembangkang nak, tetapi dia cukup pandai untuk mentadbir jawatan dia).
RENUNG-RENUNG KAN LAH...
POST BY WAYNE...
Sunday, November 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
mereka semua hati sudah mati.
Pertualang yang memakan daging darah sendiri.Adalah lebih baik kamu jadi ........Binatang pun suka berkawan dan jaga kawan.
pemnangkang khufur nikmat
PEMBANGKANG MENGHASUT KEPADA KEBENARAN DAN KEADILAN. RASUAH YNG DI BUAT PEMIMPIN UMNO DI BUKTIKAN TETAPI DIKETEPIKAN OLEH TANGAN GHAIB. TIDAK DI BAWA KE MAHKAMAH.
BIAR MENGHAUST JANGAN MENJAHANAMKAN BANGSA MELAYU. CUKUP 50 THN UMNO MENJAHANAMKAN BANGSA MELAYU TANPA ADA TEGURAN.
KINI RAKYAT MULA MENUNJUKKAN TEGURAN DENGAN PROTES DAN UNDI.
Post a Comment