Wednesday, November 17, 2010


"He (Zaid) is in a position to join any party...we did invite him to join PAS before but he declined, so it's up to him now to join which party," Husam told Bernama after he was interviewed by Bernama TV on its 'Hello Malaysia' programme at Wisma Bernama, here, today (sumber BERNAMA).

Jika laporan di atas adalah rekaan dan fitnah, mengapa Husam Musa hanya mendesak ditarik balik berita tersebut. GWM fikir lebih baik Husam Musa memberi tempoh 24 jam kepada BERNAMA untuk menarik balik berita tersebut dan disusuli dengan tindakan saman jika tidak dipatuhi.


Husam tidak perlu berdolak dalik jika laporan itu merosakkan kredibiliti beliau sebagai ahli politik. Malahan beliau sendiri mengatakan laporan tersebut adalah rekaan semata mata! Tindakan mendesak ditarik balik laporan tersebut sebenarnya menguatkan lagi bahawa Husam Musa sememangnya mengeluarkan kenyataan tersebut, bukan rekaan semata mata.

“PAS vice-president Datuk Husam Musa who said this, revealed that PAS had previously offered Zaid a place in the party but he preferred to be with PKR.” (sumber BERNAMA).



GWM yakin Husam Musa sudah terlepas cakap dan dibedil oleh pemimpin PAS kerana mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada parti terlebih dahulu.

BERNAMA adalah agensi berita yang mempunyai kredibiliti tinggi dan majoriti berita yang dikeluarkan akan digunapakai oleh mana mana media di Malaysia. Taraf BERNAMA adalah sama seperti REUTERS, agensi berita antarabangsa.

Tidak mungkin sebodoh itu agensi berita berkenaan mengeluarkan laporan yang akan menyebabkan mereka disaman. Kecualilah, Husam Musa sendiri yang celupar dan tidak mengambil insuran mulut.


Sumber / pautan:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29489:zaid-husam-desak-bernama-tarik-balik-berita&catid=1:utama&Itemid=50

http://www.malaysiandigest.com/news/11963-husam-pas-prepared-to-accept-zaid-ibrahim-as-member.html


MELAYU ATAS PAGAR

1 comments:

Anonymous said...

musang o musang. tak habis habis nak lipat baring. mulut tu kalau dah celupor, celupor gak!