Dalam berita jam 8.00 malam tadi, Sultan Selangor bertitah agar Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sepatutnya lebih telus dan mengutamakan kebajikan rakyat dari membelanjakan wang sebanyak RM 300,000.00 semata mata untuk meraikan Ulang Tahun ke 40 Yayasan Selangor.
Baginda berasa kecewa dengan pentadiran Kerajaan PKR Selangor yang masih berterusan melakukan pembaziran sedangkan ekonomi negeri Selangor masih merudum sedang mengalami defisit belanjawan mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2009.
Blog RBF turut melaporkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor , Datuk Ramli Mahmud, mengadakan sidang media di Bangunan Annex DUN Selangor mengenai pembatalan keberangkatan KDYMM Sultan Selangor ke majlis tersebut.
Malah blog tersebut turut menyebut satu insiden yang memalukan apabila Setiausaha Politik Khalid Ibrahim cuba untuk menghalang sidang media tersebut diadakan.
Blog SelangorDaily mendedahkan kaitan pembaziran wang rakyat berjumlah RM 300,000.00 dengan penyelewengan yang dilakukan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki.
Beliau menggunakan kesempatan dan pengaruhnya sebagai Pengurus Besar untuk memberi kekayaan kepada puak puak dan kroni melalui kontrak kepada sebuah syarikat tunggal, Drift Z Enterprise.
Sebuah syarikat yang baru ditubuhkan tidak sampai setahun di mana pemiliknya masih setahun jagung dalam perniagaan dibayar deposit sebanyak 2 kali (RM 270,750.00 – 90.25% dari jumlah kontrak bernilai RM 300,000.00) oleh Yayasan Selangor.
Yayasan Selangor perlu menjelaskan tentang perbelanjaan kos RM 300,000.00 untuk sebuah majlis pertubuhan tersebut. Apa rasional dan pulangan (profit / return) kepada Yayasan Selangor setelah mengadakan majlis tersebut.
Mengapa Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di Sabak Bernam boleh ditutup atas dasar tidak menguntungkan ... namun pada masa yang sama sanggup berbelanja mewah dan membazir duit rakyat sejumlah RM 300,000.00 hanya untuk satu majlis ulang tahun yang dibuat hanya dalam masa sehari sahaja.
Khalid Ibrahim dan Ilham Marzuki perlu memberi penjelasan sewajarnya ... Sultan Selangor sudah murka dengan pembaziran wang RM 300,000.00 bagi menyambut ulang tahun yayasan tersebut.
Insiden memalukan ... pembaziran RM 300,000.00 ... kronisme ... apa yang akan diputarbelitkan oleh Kerajaan Negeri dan PKR esok hari ! Tunggu dan lihat !
Sumber soheh:
http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/11/setpol-mb-selangor-halang-wakil-tuanku.html http://www.selangordaily.com/?p=672
MELAYU ATAS PAGAR
4 comments:
Nak klentong x menjadi...cari idea lain pulak lepas ni...
bagus padan muka kalid..aku rasa saja je mangkuk ni nak kipas sultan..x pon nanti dia akan spin cerita balik yg sultan ni hanya tau membazir kan duit jek..300000 plak tu bukan 300..tahniah tuanku sbb berjaya patahkan cubaan kalid..daulat tuanku!
Sultan sudah murka, baik ngko pegi mengadap Setan Anwar Ibrahim wahai Khalid Ibrahim. Minta petunjuk macam maner nak konar baring citer ni.
Lps tu ngko jumpa Zaid Ibrahim minta pandangan loyar buruk.
Memang padan, 3 Setan Ibrahim!
Memang keje dia orang nak ngabiskan duit Yayasan kot? Dalam blog aku dulu pun ada cerita pasal IKYS
Aku Yang Bingai
Zaid Kene Kencing Tikus di TendangTerajang
Post a Comment