PAS memang diketahui tidak pernah konsisten bila memperjuangkan atau membangkitkan sesuatu isu. Seminar PAS Ganti UMNO lebih kepada satu lagi retorik besar para pemimpin PAS yang kembali menagih sokongan dan undi orang Melayu dan menutup kelemahan yang terdedah luas.
GWM mempertikaikan mengapa secara drastik isu orang Melayu mula diketengahkan kembali sedangkan perjuangan PAS sepatutnya adalah ’PAS for All’, bukan ’PAS for Malay’. PAS sepatutnya memperjuangkan Islam untuk semua, bukan untuk satu bangsa, ras atau kaum.
Bukankah ini bermaksud Hadi Awang melanggar amanat dan fatwa beliau sendiri di Masjid Rusila lebih 20 tahun dahulu. Mengapa PAS begitu pantas menimbulkan isu orang Melayu perlu sokong parti mereka dan menolak UMNO ?
PAS kononnya parti yang memperjuangkan Islam untuk semua bangsa, bukan untuk satu bangsa seperti UMNO. UMNO sememangnya diketahui adalah sebuah parti kebangsaan milik orang Melayu.
Adakah ini bermaksud PAS kini turut berlumba dengan UMNO untuk menjadi sebuah parti kebangsaan? Adakah ini juga bermaksud PAS akan menjadi parti Assabiyah! PAS secara tidak sedar sudah menjadi lebih liberal dari UMNO.
Sebenarnya, PAS telah melakukan kesilapan besar sewaktu Muktamar PAS ke 56 tempoh hari. Rakusnya pemimpin PAS yang mahukan undi bukan orang Melayu telah menyebabkan pengundi tradisi PAS mula beralih arah kepada UMNO.
Bukti yang jelas adalah di PRK Galas, sokongan dan undi orang Melayu mula beralih arah kepada UMNO selain dari isu isu tempatan yang tertunggak sejak PAS memerintah Kelantan.
Dalam mengejar undi bukan Melayu dan mahu mencalonkan bukan Melayu sebagai calon parti, Hadi Awang dan pemimpin tertinggi yang lain alpa dan terlupa dengan perlembagaan PAS itu sendiri.
Perlembagaan PAS Fasal 3 dan 4 jelas menunjukkan seruan PAS ialah Allahu Akbar!. Fasal 9(2) nyata mahukan calon beragama Islam. Bagaimana pula dengan Fasal 6(2) ''Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.''
Apakah calon calon bukan Melayu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memenuhi kriteria Perlembagaan PAS? Mampukah mereka ini menunaikan apa yang terkandung di dalam Perlembagaan PAS?
Itulah sebabnya PAS kini kembali menagih sokongan dan undi orang Melayu. Keghairahan PAS dengan penubuhan DHPP yang terdiri dari bukan Melayu sebenarnya gagal.
Di Muktamar PAS ke 56 juga, para perwakilan sudah berani menghentam pucuk pimpinan kerana terlalu ghairah dengan DHPP dan mengenepikan pengundi tradisi yakni orang Melayu. Agak pelik kerana para perwakilan lebih jelas nampak bahaya kepada sokongan dari pengundi tradisi yang semakin menyusut.
Seperti artikel terdahulu, GWM tidak pernah nampak rasional mengapa PAS perlu mengadakan satu seminar yang sentiasa memperbodohkan ahli ahlinya.
Yang jelas, seminar ini lebih mirip kepada luahan dan kekecewaan PAS yang tewas di DUN Galas. Idris Ahmad memang hebat berkokok. Para penceramah sebenarnya seronok mencari keburukan dan kejelekan UMNO.
Maka timbullah cerita dongeng ... UMNO bukan Islam, UMNO menjadikan Islam sebagai kuda tunggangan, UMNO peralat orang Melayu untuk kepentingan peribadi, UMNO penyebab orang Melayu merempat di bumi sendiri, Orang Melayu paling ramai termiskin dibawah, UMNO gagal atasi masalah sosial dan akhlak dan berbagai lagi kecaman.
Pada hemat GWM, adalah lebih baik jika seminar tersebut diadakan untuk melihat kembali bagaimana PAS perlu lebih bijak untuk mengurus kewangan parti dan sumber hasil dalam negeri.
PAS sehingga kini masih gagal untuk memberi penjelasan ke mana menghilangnya dana ’tabung tabung’ yang diwujudkan. Dr Hatta Rami masih belum lagi menjawab persoalan sehingga ke hari ini.
Begitu juga dengan penubuhan 5 kompleks PAS Malaysia di Hulu Kelang yang dicanang satu Malaya. Projek naik taraf Markas di Taman Melewar, Sungai Merang dan Paya Indah. Apa yang sudah terjadi ...
Itulah yang GWM katakan ... PAS terlalu sibuk dengan isu luaran, dan menidakkan isu dalaman parti.
Isu sekecil KOHILAL pun PAS tidak mampu selesaikan, apatah lagi dengan isu besar dan nasional. Itu yang sepatutnya dijawab dan di tangani. Bukan di tutup buku dan dibasuh tangan dengan alasan budak budak tadika.
Amat memalukan apabila Datuk Mansor Saad (Pengarah Eksekutif Koperasi Malaysia) mengeluarkan kenyataan bahawa KOHILAL tidak diuruskan secara professional. Tidak ada unsur unsur Corporate Governance, Accountability, Tranparency dan Integrity dalam pentadbiran KOHILAL.
Pelaburan pengurusan KOHILAL yang tidak berhemah adalah fakta sebenar kerugian yang dialami sebanyak RM 45 juta (RM 45,000,000.00) ! Dan kerugian ini juga yang akan ditanggung seramai 23,000 ahli, yang telah membuat pelaburan sejak 20 tahun yang lalu.
Tak perlulah PAS membuang masa dan wang ‘rakyat PAS’ untuk seminar yang sememangnya tidak mendatangkan sebarang faedah kepada orang Melayu. Sepatutnya, PAS telah lama memikirkan bagaimana menangani isu dalaman yang kian bergolak.
Lebih baik tumpukan sahaja masa dan tenaga di Kelantan, yang tengah teruk mengalami defisit kewangan hampir RM 1 billion. Di tambah lagi dengan isu bayaran pampasan kepada syarikat konsesi balak, Timbermine Sdn Bhd yang mencecah RM 800 juta.
Tampallah segera jubah yang dipakai, yang dah koyak rabak sampai menampakkan keburukan diri sendiri ...
MELAYU ATAS PAGAR
Monday, November 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment