Sunday, November 7, 2010



Carta di bawah adalah data yang di kutio dan di olah oleh GWM mengikut sumber yang dipercayai, untuk melihat sejauhmana pencapaian BN mengikut geografi dan demografi keputusan pilihanraya DUN Galas yang lalu.

Pilihanraya PAS BN Beza BN (%)

2004 2,455 4,184 1,729 63.02
2008 4,399 3,753 (646) 46.04
2010 4,134 5,324 1,190 55.52




Secara ringkas … Sg Terah masih lagi merupakan kubu kuat bagi parti PAS dengan BN tewas sebanyak majoriti 285 undi.

Namun jika dibandingkan pada PRU 12 tahun 2008, BN berjaya mengurangkan majoriti undi sebanyak 18.03% jika dibandingkan pada PRU 12 tahun 2008, PAS memperolehi lebih kurang 75% undi di kawasan ini.

BN perlu lebih bekerja keras untuk mendapat sokongan orang Melayu yang masih bertunjangkan kepada PAS. Ini kerana secara relatif, BN hanya mampu mendapat 38.52% undian PAS masih mendahului di depan sebanyak 61.48%.

Realitinya, pilihanraya DUN Galas pada kali ini cukup cemerlang kerana BN telah berjaya memperolehi kembali kepercayaan dan sokongan orang Cina yang bertapak di bandar Gua Musang.

Percaturan kempen yang bijak oleh Tengku Razaleigh berjaya membolos kekangan sokongan yang selama ini lebih bertumpu kepada DAP.

Hampir kesemua peti undi di kawasan Cina kembali menyokong dan mengundi BN kecuali di peti undi SJKC Gua Musang Saluran 3 dan SK Gua Musang Saluran 1. Analisa turut mendapati 100% kaum India kembali memberi sokongan kepada BN.

Momentum dan sokongan orang Cina dan India seperti yang diterbitkan di dalam Harakahdaily minggu minggu yang lalu kononnya masih lagi mendapat kepercayaan kaum ini ternyata palsu. Artikel artikel yang dikeluarkan lebih bersifat tulisan peribadi dari editor dan freelance writer.

Namun, apa yang unik dan membanggakan apabila BN kembali merampas peti peti undi yang dahulunya banyak dimonopoli oleh parti PAS.

Secara keseluruhan, jentera pilihanraya BN di DUN Galas bergerak dengan sistematik dan teratur. Boleh dikatakan, strategi kempen berjalan dengan kemas dan lancar.

Jentera pilihanraya PAS dilihat gagal menyaingi kehebatan BN dengan strategi kempen yang cukup berkesan. Ditambah pula dengan sokongan dari unit media baru dan blog blog pro kerajaan.

GWM akan mengeluarkan artikel dan memberi analisa lengkap mengapa PAS tewas pada pilihanraya di DUN Galas.

Sumber sahih:
SPR
MalaysiaAktif.com
MalaysianDigest
AgendaDaily

MELAYU ATAS PAGAR

1 comments:

Anonymous said...

Saya merasa ada sesuatu tidak kena dengan analisa sdra.Sdra mengatakan 61% Melayu masih undi PAS?

Sdra ni 'trojan horse' PAS ke?