K SUBRAMANIAM HINA AL QURAN ... ANWAR IBRAHIM TEPUK TANGAN!
Inilah akibatnya jika terlalu 'hard up' mencari sokongan dan undi bukan Melayu sehingga pemimpin beragama Islam PKR sanggup meletakkan taraf Al Quran dibawah tapak kaki masing masing.
Apabila bukan Islam mula membuat terjemahan ayat suci Al Quran mengikut kepala hotak bapaknya, mengapa pemimpin Islam PKR dan khususnya Badrul Amin yang bergelar 'ustaz' membiarkan Islam menjadi bahan jenaka dan penghinaan.
Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K. Subramaniam ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh hari ini membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran.
Utusan Malaysia, 29 November 2010
Tafsiran yang dibaca oleh Subramaniam berbunyi:
"Firman Allah dalam kitab al-Quran surah Ali-Imran yang berbunyi begini, sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya siang dan malam, maka terdapatlah tanda-tanda manusia berakal agar kita sentiasa berfikir, agar minda diasuh dan terbentuk dengan baik lalu seterusnya melakarkan budaya sihat supaya tidak songsang dan tidak menyeleweng dari norma-norma kehidupan manusia yang beradab lagi bertamadun."
Sebaliknya, tafsir sebenar daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran berbunyi seperti berikut:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.
Lebih menyedihkan, apabila selesai membaca tafsir ayat tersebut, Subramaniam bertanya kepada semua perwakilan sama ada tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak, lalu semua perwakilan menjawab betul.
Kejadian itu bukan sahaja memalukan kerana tiada seorang pun perwakilan Islam PKR yang menegur salah tafsir tersebut, malah jelas menunjukkan hak kesaksamaan yang dicanang parti itu adakalanya melampaui batas.
Ini kerana, di pentas perbahasan kesucian ayat suci al-Quran bukan dipertahankan sebaliknya dibenarkan dimanipulasi oleh perwakilan bukan Islam.
GWM tumpang bertanya kepada mereka yang bergelar 'the so called ulama' dalam parti PAS ... setuju dan betulkah tindakan K. Subramaniam? Kena tanya PAS ... kerana parti inilah yang mula mula mempromosikan penyelewengan dan penghinaan ayat suci Al Quran!
Mahu melihat 'the so called ulama PAS' manakah yang akan menjawab isu ini ... Anwar Ibrahim mati hidup semula tidak akan menjawab isu ini. Anwar Ibrahim mengikuti fahaman Islam Liberal ... apa yang dia tahu!
sumber / pautan :
http://utusanonline.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_10.htm
MELAYU ATAS PAGAR
0 comments:
Post a Comment