ANWAR IBRAHIM ADALAH 'RAHU' @ IBLIS MASYARAKAT INDIA !
Jika Wan Azizah bangga dengan suaminya yang di anggap anugerah Tuhan, masyarakat berketurunan India sudah sepatutnya menganggap Anwar Ibrahim adalah 'Rahu' bagi kaum itu.
Dalam astrologi Vedic (Hinduism), Rahu adalah iblis yang melakukan penipuan, tidak bermoral, penuh kepalsuan dan kekejaman, kekeliruan logik dan juga dewa keganasan.
Huraian ini sememangnya cukup tepat menggambarkan karektor dan moral Anwar Ibrahim. Dan masyarakat berketurunan India perlu mengimbau dan melihat kembali segala janji palsu 'Rahu' ini selama ini.
Sudah 2 tahun berlalu, nasib masyarakat India dibawah negeri dikuasai Pakatan Rakyat langsung tidak berubah. Laungan Makkal Sakhti Anwar Ibrahim adalah bohong belaka. Anwar Ibrahim bukan Sivaji masyarakat India, tetapi lebih kepada perangai babi yang gemar menyondol kesana kemari.
Nasib yang menimpa penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang seharusnya mencelikkan mata dan minda kaum India. Betapa hinanya penduduk keturunan India di 'High Chapparal' dihalau keluar oleh DAP, rakan subahat si 'Rahu' ini untuk projek kondominium oleh SRE Ventures.
Janji Anwar Ibrahim bagi menyelesaikan masalah pemilikan tanah langsung lenyap. Walhal beliau berjanji untuk menyelesaikan isu tersebut seminggu selepas Pakatan Rakyat menguasai negeri tersebut.
Begitu juga dengan nasib keluarga berketurunan India yang juga bekas pekerja Ladang Coalfields, Ijok Selangor. Si 'Rahu' menggunakan Xavier Alexander untuk membohongi masyarakat India kononnya mereka sudah mendapat pampasan untuk projek perumahan dan perniagaan. Sehingga kini penyelesaian masih buntu.
Dalam PKR sekalipun, wakil ADUN dan Ahli Parlimen berketurunan India cukup kecil bilangannya. Memeranjatkan ... tiada wakil India dalam MPP dalam pemilihan baru baru ini. Kuota yang diberikan lebih teruk dari rakan mereka dalam BN. Yang ada hanyalah pengampu untuk menjual nama Anwar Ibrahim pada masyarakat India.
Apakah masyarakat India masih lagi mahu menerima Timbalan Presiden PKR yang cabul mulut menggelar salah seorang wakil India dalam PKR sebagai 'paria'. UMNO tidak sekalipun memanggil rakan berketurunan India dalam MIC dengan panggilan yang begitu hina. Ini adalah anak emas 'Rahu'.
Apakah nasib masyarakat India kelak jika Azmin Ali ditakdirkan menerajui PKR. Mungkin lebih ramai orang India yang tidak sehaluan akan dipanggil paria, paria, paria ... oleh beliau. Adakah anak buah 'Rahu' ini akan membantu golongan India secara jujur.
Sewaktu Anwar Ibrahim bergelar Timbalan Perdana Menteri, apakah jasa beliau kepada masyarakat India? Jawapannya tiada. Anwar Ibrahim hanya tahu berjanji dan terus berjanji dengan masyarakat India, tanpa satu penyelesaian konkrit. Jika di dalam BN sekalipun Anwar Ibrahim tidak mampu menolong kaum India, apatah lagi sudah menjadi pembangkang.
Masyarakat India yang menyokong PKR seharusnya keluar dari parti tersebut dan menyertai BN. BN juga telah membuka keahlian secara terus kepada rakyat berbilang kaum. Masyarakat India boleh 'bypass' MIC, PPP dan Gerakan jika perlu, untuk kebaikan.
Lebih baik keluar dari kepompong penipuan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim adalah 'Rahu' atau Iblis sebenar masyarakat India. Sewaktu memerlukan undi, masyarakat India dijulang, dikatakan ditindas oleh kerajaan BN dan diumpan dengan berbagai janji. Sesudah menguasai 5 negeri, haram satu pertolongan diberikan kepada mereka.
Masyarakat India perlu menolak 'Rahu' ini dan mengalih kembali sokongan kepada BN. Iblis yang bernama Anwar Ibrahim hanya akan menyusahkan lagi kehidupan masyarakat India kelak. Rakyat Malaysia berketurunan India akan lebih didiskriminasi dibawah Pakatan Rakyat. GWM cukup yakin ... Anwar Ibrahim adalah jelmaan 'Rahu' atau Iblis bagi masyarakat India.
sumber / pautan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0915&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm&arc=hive
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm
MELAYU ATAS PAGAR
1 comments:
he he he...
memang muka si nuar mcm devil. herot bengot!
Post a Comment