Tuesday, December 21, 2010


Kelu lidah GWM untuk berbicara bila ramai umat Islam di Malaysia semakin berani tampil mengaku hidup berkiblatkan seksualiti songsang ... cara hidup yang dilaknat oleh Allah Taala.

Keturunan dan saki baki pengamal seks songsang di zaman Nabi Luth masih belum lagi terhapus ...


Dan yang lebih parah, festival tahunan yang diadakan sempena hak kebebasan seksualiti ini dinaungi oleh gabungan NGO (Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) yang menentang Artikel 3 dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ... Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Amat menyedihkan, saudara Azwan Ismail berusia 32 tahun mengakui sudah lama hidup sebagai gay. Beliau cukup bangga dengan kalimah 'Saya Gay, Saya Okay!'.



Ini baru satu pengakuan secara terbuka oleh seorang yang beragama Islam. Bagaimana jika sekiranya lebih ramai umat Islam tampil membuat pengakuan secara terbuka, bangga dengan kehidupan sebagai lesbian, biseksual, gay dan transeksual.

Atas nama kebebasan bersuara, gabungan NGO ini semakin berani mengadakan seminar, bengkel, filem yang melambangkan kebebasan seksual sebagai satu cara hidup yang perlu diiktiraf.

Gabungan NGO ini turut mencabar maruah umat Islam dengan memperlekehkan Enakmen Jenayah Syariah negeri Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan, Melaka, Perlis dan Sabah yang melarang perbuatan kaum Mak Nyah (lelaki berlagak seperti perempuan ... species Anwar Ibrahim tetapi lembut!).


GWM menyeru kepada badan badan NGO, persatuan persatuan Melayu dan Islam untuk mengekang, membantah dan memastikan pergerakan sulit untuk memesongkan pemikiran umat Islam di Malaysia dibubarkan seberapa pantas.

Dalam hal sebegini, perlukah KDN berpeluk tubuh lagi dan hanya menunggu sehingga ada laporan polis dilakukan untuk diambil tindakan. Atau amaran demi amaran akan dikeluarkan tanpa sebarang tindakan yang konkrit.

GWM: Kebebasan bukan bererti bebas tanpa had yang munasabah ... NAUZUBILLAHIMINZALIQ

sumber / pautan:
http://www.seksualitimerdeka.org/

http://www.youtube.com/watch?v=SJLSteQIcms

0 comments: