Friday, December 24, 2010




Nama 'Gelombang Rakyat' dilihat kini semakin menjadi trend penggunaan ahli2 politik tanah air. Jika sebelum ini, Kongres PKR telah melaungkan 'Gelombang Rakyat', kemudian digunakan pula Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kini giliran PAS pula cuba mengaburi mata rakyat dengan menggunakan nama keramat 'Gelombang Rakyat'. Nampaknya PAS kini senada dengan blog Melayu CinDia.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad syok sendiri mendakwa bahawa Pakatan kini semakin diterima rakyat dan ianya sebagai petunjuk bahawa Gelombang Rakyat terbesar akan menyusul menjelang PRU 13.

Idris juga mengkritik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan mendakwa kononnya mengerah kesemua orang kanannya bagi memburuk2kan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan. Ianya termasuklah Blog2 yang Pro Kerajaan. Aku tak de pun Datuk Seri Najib bayar?

Idris juga mengkritik slogan 1Malaysia yang sebenarnya tidak membawa apa2 maksud tersirat kerana ianya sekadar slogan politik semata2. Ini membuktikan bahawa PAS sebenarnya tidak senang duduk dengan penyelewengan yang secara terang-terangan diperlakukan oleh Kerajaan Negeri di bawah Pakatan.

Apakah Idris Ahmad cuba meraih populariti murahan dengan menyalahgunakan nama keramat 'Gelombang Rakyat'? Melayu CinDia kini rasa terhina dengan kenyataan palsu pemimpin2 Pembangkang dengan menggunakan nama tersebut.


Post by... Melayu CinDia

3 comments:

Sudir said...

Jap lagi kalau Penipu Rakyat nak gempur Wangsa Maju akan guna 'Gelombang Wangsa Maju' wakakaka..

Unknown said...

HE HE HE ...

GWM PUN SETUJU DGN SUDIR ...

usin said...

ada chance nk saman ni sebab tiru hak cipta. saman dalam 10 bilion ke, kasi terduduk. saman jangan tak saman..hehe