Saturday, December 4, 2010


GWM kurang pasti apa rasional dan kaitan PTPTN menyebabkan lahirnya generasi graduan berhutang dengan graduan berkaliber. Dua hujah dan topik yang cukup berbeza.

Yusmadi Yusuf menegaskan PTPTN bertindak zalim dan tidak berperikemanusiaan. Dan tambah beliau, lagi, PTPTN akan membebankan generasi muda sebagai pelapis pemimpin pada masa akan datang dengan hutang.

GWM bertambah pening … tidak ada kolerasi, hipotesis dan hubungkait PTPTN dengan kesemua penyebab di atas. Apa yang ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf mengarut tidak tentu fasal.

Sudahkah beliau membuat kajian terperinci mengapa graduan masakini dibebani dengan masalah hutang bertimbun?

Apakah benar PTPTN penyebab utama graduan lepasan kerja berhutang sehingga tidak mampu membayar kembali hutang pinjaman pelajaran. Atau pinjaman pelajaran PTPTN menyebabkan pelajar di institusi pengajian tinggi kurang berkaliber?

GWM ingin berkongsi salah satu dari berpuluh data dan maklumat masalah generasi graduan berhutang. Maklumat tersebut tidak mempunyai kolerasi dengan PTPTN sebagai penyebab utama graduan masakini terlalu banyak berhutang.




Graduan masakini lebih terdedah dengan cara dan gaya hidup penuh kemewahan. Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan sebanyak 1,046 kes melibatkan taraf bankrap adalah dari golongan pelajar dari institusi pengajian tinggi berumur kurang dari 25 tahun, sejak dari tahun 2005.

Jabatan Insolvensi Malaysia juga melaporkan kes graduan bekerja berumur kurang dari 30 tahun berada pada tahap bangkrap akibat penggunaan kad kredit secara berleluasa dan tanpa pengurusan kewangan yang cekap. Berbelanja melebihi tahap pendapatan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim turut melaporkan statistik bangkrap akibat penggunaan kad kredit di kalangan graduan yang bekerja. Jabatan Insolvensi Malaysia terpaksa melakukan pengstrukturan bagi kes graduan yang berada pada tahap bankrap, sebanyak 80,348 kes.



Tuduhan Yusmadi lebih bermotifkan politik dan mencari populariti di kalangan graduan untuk menyokong parti pembangkang. Tanpa asas dan kajian terperinci, Yusmadi telah memperbodohkan dirinya dengan meletakkan 100% kesalahan ke atas PTPTN.

Ini adalah satu kenyataan rasmi yang tidak bertanggungjawab dari seorang yang bergelar ahli Parlimen. Kecenderungan Yusmadi meletakkan kesalahan dan kecaman jelas menunjukkan tahap pemikiran ahli politik pembangkang ... bangkang, bangkang dan bangkang!

Atau Yusmadi Yusuf sendiri mempunyai motif tertentu menyalahkan pihak kerajaan semata mata. Mungkin beliau juga di antara graduan yang masih lagi belum menjelaskan hutang PTPTN?

Nasihat GWM ... jika berhutang, langsaikan hutang dengan segera. ramai lagi pelajar di IPT memerlukan pinjaman tersebut untuk bergelar graduan.


Sumber / pautan:
http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8480162.asp


MELAYU ATAS PAGAR

10 comments:

Anonymous said...

ko la UMNONGOK bangang...PTPTN ni la kaki putar yang wujudkan kaki hutang...grad je terus jadi kaki hutang....ko ni belajar pun setakat sekolah cabuk nak pertikai hujah si yusmadi yg belajar oversea...hei tambi...dulu bolehla umno ngok mcm ko jadi pencacai umno nak bodohkan orang ramai...sekrang sorry la....lagi ko menulis agungkan umno...selagi itu nampak kebodohan ko...

Megat Alam Gempita said...

Mungkin elok dicadangkan segera penubuhan University Nanyang milik Singapura di Balik Pulau, Penang yang akan menawarkan pendidikan percuma kepada graduan.
Khalipah Lim boleh jadi Canselor, Anwar Jubburi jadi Naib Canselor 1 jaga kewangan dan Yusmadi sebagai Naib Canselor 2 yang menjaga hal kebajikan pelajar universiti.

usin said...

anon 10.37 AM. bodohnya punya ulasan. kepala hotak apa semua kesalahan diletakkan pd kerajaan/umno. ptptn diwujudkan utk membantu pelajar kurang mampu utk meneruskan pengajian. berpuluh malah beratus ribu graduan dapat kemudahan ini. aku juga. si bengong yusmadi ni sebenarnya ada agenda lain mengapa dia pertikai ptptn. sengaja menunjukkan kebengapannya utk memancing pelajar universiti memihak kpd pembangkang. dulu akupun hangin jugak pd bn/umno terutama pru12. tp pd penilaian aku slps pru12, pakatan rakyat tak boleh hrp, hampeh. kenyangkan tembolok masing2. lg teruk dpd bn/umno. kesialan pr inilah yg membuat aku pusingan penuh. boleh blah pr. kalau ngko masih x boleh menilai secara rasional pr & bn, maknanya ngkopun bengap jugak x reti2.

Anonymous said...

orang bodoh berkata:-

ko la UMNONGOK bangang...PTPTN ni la kaki putar yang wujudkan kaki hutang...grad je terus jadi kaki hutang....ko ni belajar pun setakat sekolah cabuk nak pertikai hujah si yusmadi yg belajar oversea...hei tambi...dulu bolehla umno ngok mcm ko jadi pencacai umno nak bodohkan orang ramai...sekrang sorry la....lagi ko menulis agungkan umno...selagi itu nampak kebodohan ko...

December 4, 2010 10:37 AM

Apa masalah PTPTN, tak ada, yang ada cuma tukang pinjam tak mahu bayar. kita fikir sejenak, kalau orang pinjam duit kita lepas tu dia buat bodoh jer, marah tak kita. tentulah kita marah.

lagi satu apa kene mengena UMNO dengan ptptn. tak ada kene mengena langsung. sudah orang PR, jangan tunjuk bodoh, ibarat satu jari tunjuk orang 4 jari tunjuk diri sendiri

shah, muar

goodlistener said...

komen 10.37..tak tahu mengucapkan terima kasi. semasa dapat pinjaman ptpn, wang tu lah yg digunakan utuk makan, pakai, bayar yuran dan sebagainya dan yg utama mak/bapak kat kg tak lah pening kepala nak cari duit. Org yg tak tahu bersyukur....sbb tulah dia tah tahu bersyukur atas kesejahteraan yg dirasai la ni......cuba belajar mengucap TERIMA KASIH

Anonymous said...

Apa punya turr la MP balik pulau. sudah jadi bodoh ke awak ni? masuk Parlimen cakap macam budah sekolah menengah? Anak saya masuk Universiti sapa nak biayai mereka? Yusmadi and Family boleh bantu ke? nak ke bank buat pinjaman pelajaran tau berapa interst depa kena bayar? Kepala otak engkau MP balik pulau. Ini dikatakan melayu haprak otak bodoh. Orang kampong nak bayar yuran pengajian macam mana kalau PTPTN x bantu? lebih baik awak letak jawatan dari jadi MP. Tak nak bela nasib rakyat dok cakap macam orang mabuk. Melayu mudah Lupa la luuu.

SMVAG 93 - 94 said...

Masa nak pinjam suma boleh... no problem tapi bila turn nak bayo suma liat nak mamposss. (opss sebahagian beso le)

Hutang bayo le..

Lagi satu, Semua org layak dapat pinjaman PTPTN tak kira la UMNO ker, PAS ke, PKR ke.. Tak suka jangan pinjam la BODOH betul.

BODOH BETUL KALAU ITUPUN SALAH UMNO. GILO ko apo?

puii said...

belajar oversea. UIA la ngok! jd fellow di wash uni. sbb tu sarang yahudi penyokong nuar berahi. puii murahan mamat ni.

Anonymous said...

Sudahkah beliau (YUSMADI YUSUF) membuat kajian terperinci mengapa graduan masakini dibebani dengan masalah hutang bertimbun?

Jawaban nye....sudah. GRADUAN masakini di bebani hutang kerana terlalu enjoy dgn kelab malam yang di dirikan oleh kerajaan UMNO_BN. Asyik DANGDUT je.... asyik,,,,,,,,,, DISKO je... hutang PTPTN tak bayar.


MASAALAH AKHLAK GRADUAN ...UMNO_BN abaikan. Ikut telunjuk APCO. Bunuh Melayu dengan hiburan. Lalai kan Melayu dengan keseronokan.

Apa tindakan UMNO_BN nak perbetulkan akidah GRADUAN2 MELAYU dari jadi begini.

SMVAG 93 - 94 said...

kesian pulak aku bila setiap kesalahan berhubung agama ni diletakkan kepada UMNO.

Bodoh ke ape? serupa la soalah NIZAR gilo dalam dewan pasal sembahyang lima waktu.

AKAI ADA PAKAI LA