Sunday, December 26, 2010


GWM ketawa besar bila membaca kenyataan akhbar Anwar Ibrahim berhubung isu APCO. Tidak menjawab persoalan dan sentiasa mengalih perhatian. Soalan yang dijawab kembali dengan soalan (gaya politik masuk bakul angkat sendiri Anwar Ibrahim).

Sudah nampak dimana baculnya Anwar Ibrahim yang lari dari memberi penjelasan sebenar berhubung isu APCO ... bukti, bukti dan bukti!

Nazri Aziz masih lagi menunggu bila Anwar 'The Superliar Man' Ibrahim akan menunjukkan bukti sekeping surat yang dijaja oleh beliau sewaktu Konvensyen Pakatan Rakyat (pelik ... kerana ceramah di Taman Melati Wangsa Maju tidak pula dijaja kertas hikmat tersebut).


Anwar Ibrahim perlu tampil membuat satu sidang akhbar untuk menjustifikasi dakwaannya benar bahawasanya APCO Worlwide terlibat secara langsung dalam pembentukan gagasan One Israel dan 1 Malaysia (seperti yang dicanang oleh Anwar Ibrahim). Itu adalah dakwaan beliau.


Nazri Aziz telah mengemukakan dua bukti sahih (tangible evidence); affidavit dari CEO APCO Worldwide, Brad Stalpes dan Notari Berkanun Robert Shrum, pengasas One Israel.

Anwar Ibrahim tidak mempunyai sebarang helah lagi untuk terus beretorik. Memberi seribu alasan untuk melarikan diri dari memaparkan bukti kepada umum.


Malangnya, kenyataan akhbar yang dibuat hanyalah memberi alasan yang langsung tidak munasabah. Sekali lagi beliau menyalahkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana merampas peluang beliau membela diri.

Penyokong pakatan haram terutamanya, menunggu bukti yang diwar warkan sepanjang tempoh penggantungan. Bila lagi mahu membenam imej BN atas alasan pembohongan.


Nazri Aziz cabar Anwar Ibrahim perlu menunjukkan bukti kukuh kepada umum. Beliau menempelak Anwar Ibrahim kerana sering membuat tuduhan APCO Worlwide telah 'dibeli' oleh kerajaan tanpa sebarang bukti.


Macam biasa, Anwar Ibrahim terus menyalahkan kerajaan kerana penggantungan khidmat beliau sebagai pembunuhan karier politik keempat empat ahli Parlimen. Beliau menuduh kerajaan sengaja tidak memberi peluang secukupnya untuk beliau membea diri.

Dan sekali lagi, tiada bukti berdokumen yang ditunjukkan oleh beliau sewaktu membuat press conference bagi menjawab pertuduhan beliau sebagai pembohong.


Nazri Aziz menyifatkan Anwar Ibrahim memang pembohong! Beliau telah diberi ruang secukupnya untuk memberi penjelasan. Sudah 9 bulan Dewan Rakyat menunggu penjelasan dan bukti kukuh yang ada pada Anwar Ibrahim sehinggal kepada penggantungan beliau dari menghadiri sidang Dewan Rakyat.



Anwar Ibrahim yang semakin tertekan, masih terus memperlihatkan kebobrokan dan kebodohan dengan menuduh kerajaan telah cuba mencemar imej beliau dan memberikan bukti bukti palsu kepada Dewan Rakyat dan umum. (Surat dari APCO Worldwide dan Notari Berkanun bukti palsu ke?)

Walhal beliau telah diberi tempoh selama 9 bulan untuk menunjukkan bukti tapi gagal kerana beliau sebenarnya tidak mempunyai sebarang bukti.


Seperti yang dijangkakan, memang itulah jawapan yang akan terkeluar dari mulut Anwar Ibrahim kerana sememangnya tidak mempunyai sebarang bukti. Anwar Ibrahim akan sentiasa mengulangi dakwaan kosongnya kerana terbukti Anwar Ibrahim seorang pembohong!

GWM sebelum ini pernah mengeluarkan beberapa artikel berkenaan gaya politik style ABIM Anwar Ibrahim. Beliau memang gemar membuat dan membangkitkan sesuatu isu secara serkap jarang ... tanpa bukti.

Apa yang perlu beliau lakukan adalah meniup wisel. Juak juak dibelakangnya yang akan memalu gendang sampai bising satu Malaysia.

Beliau bukannya tidak tahu, bukti yang ditunjukkan oleh Nazri Aziz merupakan bukti prima facie yang kukuh untuk menggantung beliau dari menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Cuma kali ini beliau tersalah meniup wisel. Wisel yang ditiupnya akan membawa beliau naik 'patrol car' menuju ke penjara Sungai Buloh.

GWM : Anwar Ibrahim memang hebat ... hebat menipu!

sumber / pautan :
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/apco-anwar-dakwa-bukti-baru-hipokrasi-bn-mahu-bunuh-karakternya/

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nazri-aziz-buktikan-anwar-kaitkan-apco-dengan-konsep-1-malaysia-masih-ditunggu/

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm



\

2 comments:

Yuseri Yusoff said...

blog tuan saya pautkan di blog saya. thanks

http://yuseriyusoff.blogspot.com/

Abdul Hayee said...

Pada Anwar Ibrahim menipu itu adalah perkara biasa, kononnya dibenarkan dalam politik. Itu sebab dia sepanjang masa kerjanya menipu. Dia tipu keluarganya, ahli partinya, rakannya, dan rakyat. Dia tidak rasa apa-apa pun menipu.

Layari blog Umi Hafilda (Srikandi 7)yang telah mencapai 83000 hits dalam tempoh 15 hari. Umi telah membongkar segala salahlaku Anwar.

Ramai juga yang memberi komen telah memohon maaf kepadanya dan kepada bekas PM Tun Dr. Mahathir.

Begitulah ketentuan ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI. ALLAH BESERTA DENGAN ORANG YANG BENAR.