Wednesday, December 1, 2010


Kabinet bayangan Anwar Ibrahim, jika berjaya ke Putrajaya tidak akan mempunyai pemimpin berketurunan India. Pemimpin berketurunan India dalam PKR sudah boleh melupakan cita cita untuk menduduki salah satu kerusi terpenting jika Pakatan Rakyat memenangi PRU 13 kelak.

Kabinet Bayangan 2008 tidak akan menjadi kenyataan sama sekali. Kabinet ciptaan 'Rahu' itu dibentuk tidak lebih dari untuk menarik sokongan dan undi masyarakat India semata mata.

Anwar Ibrahim kini beralih arah sepenuhnya untuk mendapatkan sokongan padu masyarakat Cina di negara ini. Beliau tahu sukar untuk mendapatkan sokongan orang India setelah menyedari tidak ada satu janji yang telah dipenuhi oleh beliau kepada kaum tersebut
.


Selama ini, Anwar Ibrahim tidak pernah membantu masyarakat India tetapi lebih suka menabur janji kerana percaya masyarakat India mudah dipermainkan setelah tiba waktu pilihanraya nanti. Beliau menganggap orang India tidak bijak dan kurang cerdik jika dibandingkan dengan masyarakat Cina.

Kekayaan masyarakat Cina ditagih kerana mampu memberi bantuan dan dana apabila diperlukan kelak. Tidak boleh dinafikan, masyarakat Cina banyak membantu Anwar Ibrahim, PKR, DAP dan PAS. Orang India dilihat menyusahkan perjalanan politik beliau kerana lebih banyak meminta pertolongan daripada memberi bantuan kewangan kepada beliau.

Dalam PKR sekalipun, pemimpin India lebih banyak diperlekehkan jika dibandingkan dengan rakan sejawat mereka berbangsa Cina. Bukti nyata adalah apa yang berlaku kepada sahabat lamanya Nallakaruppan dan juga pemimpin yang masih berada di dalam PKR seperti Jenapala dan Gobalakrishnan.



Dan HINDRAF, suatu waktu adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim semakin dilupakan dan ditolak oleh beliau. Anwar Ibrahim membayangkan pertubuhan ini lebih banyak mendatangkan masalah besar kerana terlalu banyak rungutan dan permintaan orang India untuk dipenuhi.

Anwar Ibrahim bijak menggunakan pengaruh HINDRAF untuk menagih sokongan dan simpati kaum India demi tembolok politiknya. Pertubuhan HINDRAF sudah sedar mereka telah 'diliwat' dan dipergunakan sebaik mungkin.

Kaum India perlu membuka mata seluas luasnya untuk melihat pendirian Anwar Ibrahim berkenaan apa juga isu yang membabitkan masyarakat tersebut. Beliau tidak ada dalam kemungkinan akan berkuasa, sekalipun akan berkuasa kelak.

Dan selama ini, Anwar Ibrahim tidak pernah menghitam putihkan segala janjinya kepada kaum India. Apa bukti beliau pernah tunaikan janji kepada masyarakat India. Perlu diingat, Anwar Ibrahim suka berlagak menjadi 'Hero Tamil dan Hindustan' di hadapan kaum India kononnya beliau adalah penyelamat bangsa India.

Masalah sekecil Kampung Buah Pala dan Ladang Coalfield tidak mampu beliau selesaikan dengan baik. Apa jaminan masyarakat India bahawa Anwar Ibrahim akan melangsaikan janji janji sebelum ini? Ini adalah salah satu bukti paling mudah bagaimana Anwar Ibrahim hanya mempermainkan masyarakat India untuk tujuan sokongan bagi menjadi Perdana Menteri.

Kaum India disaran menghalau 'Rahu' atau Iblis jelmaan kaum India sebelum terlambat. Bila bila masa sahaja Anwar Ibrahim mampu bertukar menjadi 'Rahu' yang akan memporak perandakan kaum India.


MELAYU ATAS PAGAR

1 comments:

Anonymous said...

MASYARAKAT INDIA AKAN MARAH DAN TAHNIAH PARA PARIA:

BENCI SEKIRANYA DI PANGGIL, DI GELAR ATAU DI KETEGORIKAN SEBAGAI "PARIA".

TETAPI ISTILAH ITU KINI LAYAK DI BERI DAN DI ANUGERAHKAN KEPADA BLOGGER2 PRO UMNO SAPERTI GWM AND THE GENG.

MENGAPA..... MEREKA SAJA LAH YANG MENGETAHUI NYE: