Friday, December 10, 2010


Hu ha pemilihan PKR rupanya tidak berakhir dengan selesainya Kongres Nasional parti itu 28 Nov lalu.Tidak cukup dengan siri demonstrasi dan aksi baling kerusi sepanjang tiga bulan proses pemilihan berlangsung.Rupanya perasaan tak puas hati di kalangan ahli yang rasa mereka ditipu terus diluahkan selepas kongres berakhir baik secara bisik-bisik atau secara terbuka.

Terbaru,calon Ketua AMK Badrul Hisham Shaharin atau lebih di kenali sebagai Chegu Bard yang membuat kenyataan berterus-terang bahawa beliau menolak keputusan pemilihan PKR 2010.Bahkan dalam kenyataan media 24hb atau hari rabu,Badrul juga buat satu lagi dakwaan baru iaitu penipuan kiraan undi untuk jawatan Pengerusi Tetap AMK.

laporan dari AGENDA NEWS menyebut Menurut Badrul,beliau telah menghantar bantahan bertulis yang menyenaraikan perbagai kepincangan sepanjang proses pemilihan itu tetapi tidak mendapat jawapan bertulis sehingga kini.Katanya,dia tidak kecewa kerana tewas,kerana yang beliau persoalkan adalah mengenai ketelusan (proses) bukan siapa kalah atau menang.Badrul hanya kalah dengan majoriti bawah 1000 yang bermakna Shamsul hanya menjadi ketua kepada separuh ahli AMK yang katanya berjumlah lebih 100 ribu itu.Badrul mengakui keputusan PKR buat pemilihan berdasarkan satu ahli satu undi adalah sejarah yang berani.

“Saya amat memahami ini proses baru dan banyak kelemahan,tetapi tidak sama sekali berkompromi apabila alasan baru itu sebagai alasan untuk melakukan ketidak telusan dan 'menyapu dibawah pemaidani',”ujarnya.

Jelas beliau, pemilihan PKR 2010 menyaksikan pertikaian muncul sejak awal proses penamaan pemilihan cabang, pencalonan jawatan pusat dalam mesyuarat cabang, proses pengundian pusat sehinggalah pemilihan Pengerusi Tetap dengan cara angkat tangan.

“Semua yang hadir termasuk pemerhati dan media menyaksikan bagaimana undi angkat tangan memilih Pengerusi Tetap dalam Kongres AMK Pusat (pada 26 Nov) pun kiraannya ditipu,”kata beliau.

Menurut sumber, jawatan Pengerusi Tetap AMK sepatutnya dimenangi oleh Amizuddin Ahmat yang memperolehi undi angkat tangan paling banyak."Entah silap mata sapa,tiba-tiba YB Shuhaimi Shafiei diumumkan menang,” kata sumber tersebut.

Bagi yang faham politik PKR, penipuan dalam Kongres Nasional 2010 ini memang tidak dapat diterima sama sekali.Ini kerana bagi mereka yang berjuang lama dengan parti itu,mereka percaya PKR merupakan parti yang menjunjung tinggi ketelusan dan mempertahankan demokrasi.

Tetapi apa yang disaksikan dalam pemilihan parti itu sendiri sebaliknya. Penyelewengan dan tindakan memaksa ahli untuk memilih pemimpin berdasarkan politik naungan melenyapkan harapan tinggi ahli kepada parti itu.Sebab itu, Badrul sendiri kata beliau menolak semua jawatan lantikan yang bakal ditawarkan selagi tidak mendapat penjelasan bertulis mengenai apa yang saya bangkitkan dalam bantahan.

“Ini bukan soal jawatan tapi soal ketelusan,saya akan tetap setia dalam memperkasakan parti.Namun PKR juga seharusnya sedia dalam menjamin demokrasi yang telus dalam parti,”katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.

POST BY WAYNE..

2 comments:

Mordecai Kucai said...

Faham konon banyak kelemahan. Perkataan lemah itu ertinya masih ada keupayaan pada dasarnya atau pokoknya tapi ada sedikit kekurangan yang di panggil 'kelemahan'.

Ini asas 'pokok'nya sekali jahanam. Iaitu satu pengundian yang telus. Takkan itu sukar sangat Cikgu Bad. Budak sekolah pun boleh buat contohnya undian setiap kelas.

Perkataan kelemahan itu boleh digunakan hanya untuk perkara kecil misalnya borang undi lambat sampai, borang undi tersalah eja nama atau apa apa perkara kecil.

Kalau perkara pokok jahanam gila. Itu bukan kelemahan lagi. Itu kemusnahan!

Mengong cikgu ni.

C L J said...

Mana boleh dok diam. Mana boleh berhenti bercakap. Biarlah semua orang tahu. Kita bukan kalah tetapu mereka memang main tipu. Mesti kena bagi tahu semua orang berterusan. Teruskan Che Gu Bard.