Friday, December 3, 2010

Jika Nik Aziz fikir suaranya adalah penentu dasar dan kata putus parti, beliau sememangnya melakukan kesilapan besar.



Nasharuddin Mat Isa dengan tegas menolak perlantikan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tidak pernah ada perbincangan di antara pakatan pembangkang tentang usul dari mulut celupar Anwar Ibrahim. Nasharuddin juga menolak perkara tersebut pernah dibincangkan bersama dalam mesyuarat pemimpin tertinggi PAS.


Naib Presiden PAS, Tuan Man Tuan Ibrahim turut menolak kenyataan Nik Aziz yang menyokong perlantikan Kit Siang atas dasar tidak pernah dibincangkan di dalam parti malah mesyuarat rasmi pakatan pembangkang.


Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib tidak bersetuju dengan keceluparan Anwar Ibrahim melantik Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ketua Dewan Ulama PAS menempelak Penasihat PKR tersebut sebagai memandai mandai membuat keputusan tanpa merujuk kepada PAS.


Yang anehnya, Timbalan Ketua Dewan Ulama Ahmad Yaakob pula bersetuju dengan kenyataan Mursyidul Am PAS. Dan beliau turut menyindir Harun Taib dengan mengatakan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS itu sebagai cakap peribadi dan bukan mewakili Dewan Ulama PAS.

Sudah jelas ... berlaku pertembungan antara dua puak dalam parti PAS. Puak yang menyebelahi Haji Hadi dan Nik Aziz. Sukar bagi PAS untuk membohongi rakyat bahawa sudah wujud dua kem bertentangan dalam parti tersebut.

Kenyataan Nasharudin sebenarnya adalah tamparan kepada Nik Aziz selaku Mursidul Am PAS yang memandai mandai bersetuju dengan Anwar Ibrahim, sedangkan perkara tersebut tidak pernah dibincangkan dalam parti.



Gelaran ’sampah’ oleh Nik Aziz masih lagi terngiang ngiang dalam kepala beliau memandangkan beliau dan Haji Hadi bertanggungjawab mengenai isu Kerajaan Perpaduan bersama BN.

Nasharuddin juga berhak membalas kembali gelaran ’sampah’ kepada Nik Aziz kerana isu gambar ’rasuah yang dikatakan sedekah’ beliau adalah penyebab kekalahan PAS di PRK DUN Galas tempoh hari. Nasharuddin sudah tidak berhutang budi lagi dengan Nik Aziz kerana beliau boleh menghentam Nik Aziz bila bila masa.



Lahar gunung berapi PAS hanya tinggal masa untuk meledak. PAS sudah pun berpecah walaupun cuba disembunyikan dari pengetahan umum. Apa yang penting, PAS perlu tunjukkan kepada ahli dan penyokong parti bahawa tidak berlaku sebarang pergeseran di antara Haji Hadi dan Nik Aziz.


Dendam kesumat Nik Aziz pada UMNO dan Haji Hadi belum reda. Haji Hadi & Co vs Nik Aziz, Anwar & Associates , dua kem berbeza sedang berlumba mendapatkan sokongan dalam parti dan masing masing memasang pencacai untuk menghentam kem yang lagi satu.

Siapa kata tiada pergeseran dan pertembungan kuasa dalam parti PAS …


Sumber / pautan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm


MELAYU ATAS PAGAR

5 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat
keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal..!

Gelombang Wangsa Maju said...

SAUDARA TUNGKARAN ...

PANDANGAN SAUDARA LEBIH JELAS DAN MATANG JIKA DIBANDINGKAN DENGAN MEREKA YANG TERLALU TAKSUB DENGAN NIK AZIZ.

PAS AKAN JATUH DAN MUSNAH ANGKARA PERGESERAN NIK AZIZ DAN HAJI HADI. TUNGGU DAN LIHAT!

Megat Alam Gempita said...

Teman beri jaminan 120% - sesuatu yang BESAR bakal meletupkan PKR dan PAS akan berlaku tak lama lagi selepas letupan pertama dan kedua isu Dato Zaid Ibrahim n 'future' TPM Lim Kit Sial
Nantikannya di kaca TV dan PC anda...jangan lupa beli paper banyak-banyak, buat kenangan anak cucu di kemudian hari INSYA ALLAH!!!
Biarlah Rahsia...Tunggggguuuuu

Gelombang Wangsa Maju said...

SAUDARA MEGAT ALAM GEMPITA ...

GWM MENUNNGU DENGAN PENUH HARAPAN APAKAH BERITA YANG BAKAL MELETUP AKAN MENJADI KENYATAAN KELAK!

TUNGGU .......

Anonymous said...

Nik Aziz dah tak sedar diri. Dulu dia dihormati, walaupun dari pihak lawan. Dulu kata kata nya tegas tak ada kompromi jika Islam di pertaruhkan. Dulu walaupun musuh PAS atau bukan pengikut PAS masih hormat & didalam hati mereka tau apa yang di katakan Nik Aziz itu betul. Dulu walaupun tidak bersetuju dgn PAS jarang orang UMNO menghina nya melaainkan Si Nuar.

Sekarang, setelah di main & di langak oleh Si Nuar, orang tua ini di panggil oleh sebahagian pengkritik beliau sebagai N. Ajis (Najis). Nik Ajis perlu sedar sebelum terlambat, jangan belagak macam hero, mu dah tua, fatwa pun dah tak boleh pakai banyak ikut nafsu & Si Nuar.

Taubatlah Nik Ajis, duk rumah banyak kan zikir & jaga cucu dari menjadi dalang pecah belah umat.

Gabriel KL