Thursday, December 30, 2010



Berdesup Ahmad Maslan memperincikan kronologi mengapa FELDA terpaksa membayar saman sebanyak RM 11 juta kepada berpuluh peneroka FELDA Kemahang3.

Kekalahan FELDA dalam kes saman tersebut hanyalah disebabkan khilaf yang dilakukan oleh peguambela mereka. Khilaf kerana peguambela FELDA yang beroperasi di Kuala Lumpur terlupa meletakkan tarikh keramat perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi Kota Bahru pada 13 Januari 2008 dalam diari perbicaraan firma tersebut.

Oleh kerana hampir satu jam menunggu ketibaan peguambela FELDA, hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu tetap meneruskan kes tanpa kehadiran peguambela FELDA.

Agak aneh, kerana hakim tersebut hanya mendengar keterangan 3 saksi dari peneroka lantas menjatuhkan hukuman FELDA didapati bersalah atas tuduhan melakukan penipuan bagi kadar perahan minyak sawit.

Maka Mazlan Aliman dan peguambela peneroka FELDA Kemahang 3 meraikan kemenangan dengan melakukan road tour seluruh Malaysia dan mencanang FELDA melakukan penindasan terhadap peneroka.

FELDA membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh 3 hakim. Hakim ketga memutuskan FELDA berhak mempertahankan diri dan membawa kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan.

Malangnya sebutan kes di Mahkamah Perskutuan FELDA kalah dalam pembelaan atas dasar peguambela terdahulu tidak hadir untuk membela kes FELDA (Mahkamah Tinggi Kota Bharu).

Pecahlah tembelang Mazlan Aliman yang berdegar degar suaranya mencanang isu penindasan dan penipuan FELDA di setiap pelusuk Malaysia.

GWM pasti Mazlan Aliman dan parti PAS akan berterusan mencanang isu kemenangan saman peneroka FELDA Kemahang 3 atas tindakan berperikemanusiaan PAS yang kononnya memperjuangkan nasib peneroka FELDA.

Yang sebenarnya, isu tersebut dipalu gendang tidak lebih dari mahu menjatuhkan imej Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai pengasas FELDA, yang merupakan ayahanda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


GWM : Mazlan Aliman ... you tak nak saman Ahmad Maslan ke?

4 comments:

Anonymous said...

HUUUUUUUUU BEST NYE KOMEN DAN PENERANGAN GWM.

GWM INGAT PENEROKA DAN ANAK PENEROKA FELDA NIE BODOH KE. INGAT FELDA NAK AMBIK KE SYARIKAT PEGUAM YG SEBODOH GWM NIE....... KONON NYE TERLUPA NAK LETAK TARIKH PERBICARAAN YANG AKAN DATANG. DALAM MAHKAMAH LAGI ATAU SEWAKTU PENDAFTARAAN PERBICARAAN LAGI PEGUAM2 DAH CATITKAN TARIKH PERBICARAAN YANG AKAN DATANG. KERANA TARIKH ADALAH SANGAT PENTING DALAM SESUATU PERBICARAAN.

KALAU TU LE ALASAN GWM DGN AHMAD MAZLAN....PATUT PUN PENEROKA FELDA KENA BANGUN MENENTANG KERAJAAN KERANA AMBIK SYARIKAT PEGUAM YANG SEBODOH TU. HABIS BAYAR DUIT SYARIKAT PEGUAM BERPULUH RIBU DAN RATUSAN RIBU. NAK LETAK TARIKH PUN LEH LUPA KE.......... DUIT SAPA YG BAYAR DUIT PEGUAM BODOH TU.

JANGAN LE NAK TIPU PENEROKA DAN ANAK2 PENEROKA. BETUL KERAJAAN DAH BERJASA HANTAR KAMI KE UNIVERSITI. JADI KAMI DAH TAHU DAN DAH PANDAI.
JANGAN LE NAK BODOHKAN KAMI MCM KERAJAAN BODOHKAN AHLI2 UMNO DAN GENG2 GWM.

CARI LE ALASAN YANG MUNASABAH SIKIT BIAR ORG FELDA LEH PERCAYA.

Anonymous said...

Bodoh ke alasan tu. tapi hakikatnya memang peguam tidak hadir semasa perbicaraan. mungkin peguam bersikap sambil lewa terhadap tugas dan menggangap perkara kecil sahaja. Apabila dah berlaku masa tak boleh undur kebelakang. Situasi seterusnya kena hadapi jugak.

Anonymous said...

kyrie 7
kyrie 9
supreme new york
palm angels outlet
chrome hearts outlet
kd 15
golden goose
supreme
off white outlet
palm angels hoodie

Anonymous said...

Golden Goose
yeezy shoes
fear of god essentials
golden goose
jordan outlet
golden goose outlet
bape
supreme t shirt
yeezy 700
off white clothing