Friday, December 10, 2010

Sedang Raja-Raja Melayu menempelak pihak yang mempersoal Ketuanan Melayu, masih ada Pemimpin PKR menyalak menderhaka titah tersebut. Insan yang dimaksudkan itu adalah Presiden Kelab Penyokong Menteri Besar Selangor, Khairul Anuar Othman. (gambar di atas). Balaci Khalid Gagap ini menyeru kesemua rakyat Malaysia menolaj Ketuanan Melayu yang digelar beliau seperti Tukang Sihir Penghembus Slogan Palsu.


Menurut beliau, Ketuanan Melayu digunakan sesetengah pihak bagi meraih sokongan pengundi Melayu pada PRU 13. Beliau juga menghina kaum Melayu dengan mendakwa Ketuanan Melayu yang merujuk kepada Kedaulatan Raja-Raja Melayu akan menjadikan bangsa Melayu bermentaliti rendah dan hidup dalam nostalgia zaman silam Melayu yang penuh dengan mitos semata-mata.

Beliau yang juga merupakan calon Ketua PKR Cabang Kapar turut menghina golongan yang mempertahankan Ketuanan Melayu sebagai sebagai tidak berjiwa dinamis dan mewujudkan kekangan tertentu pihak atasan. Siapa pihak atasan Ketuanan Melayu? Raja-Raja Melayu. Sekali lagi saya highlight, Beliau mendesak agar rakyat menolak Ketuanan Melayu yang beliau gelarkan umpama Tukang Sihir Penghembus Slogan Palsu.

Khairul Anuar memang manusia yang biadap terhadap Raja-Raja Melayu. Sangat menyedihkan apabila seorang yang berbangsa Melayu menghina Raja-Raja Melayu. Kenyataan Khairul Anuar ini membuktikan bahawa PKR sememangnya sedang berusaha menghapuskan Sistem Raja Berpelembagaan yang sedia ada. Beliau dengan bongkak menghina Kedaulatan Raja2 Melayu yang kini murka kepada mana2 pihak yang cuba memperlekeh Ketuanan Melayu.

Saya mewakili seluruh Rakyat Malaysia mendesak agar Khairul Anuar meminta maaf secara terbuka kepada Raja-Raja Melayu atas keterlanjuran kata2 kesat beliau.


ps : Khairul Anuar Othman adalah pencacai najis Khalid Gagap.



Post by... Melayu CinDia

1 comments:

KL BOYZ said...

Salam perjuangan...Harap blog saya dapat di link sekali disini.
Terima Kasih..