Friday, December 31, 2010


GWM rasa sudah muak MAIS menerangkan kepada pemimpin bukan Islam mengenai tatatertib dan adab berpakaian di kawasan masjid serta kawasan sekitarnya.

Namun agak malang, terutamanya pemimpin pembangkang bukan Islam ini agak bongkak dan sombong untuk terus menidakkan adab dan peraturan walaupun pernah ditegur sebelum ini.

Justeru, amat tepat jika GWM melabelkan Teo Nie Cheng sebagai bodoh sombong, angkuh dan bongkak.

Ahli Parlimen Serdang ini pernah menimbulkan kontroversi kerana
menyampaikan 'tazkirah' di dalam sebuah surau di Kajang Sentral pada Ogos lalu.
Kelakuannya itu menimbulkan kemurkaan Sultan Sharafuddin dan umat Islam di negara ini.

GWM sempat juga meninjau blog beliau yang kononnya akan terus menghadiri majlis di perkarangan surau atau masjid, atas jemputan juak juak PAS.


Sudah hampir 30 tahun tinggal di Malaysia ... namun masih belum lagi mengetahui majoriti penduduk di Malaysia adalah beragama Islam? Alasan dangkal yang diberikan bukan boleh diterima dengan sewenang wenangnya.

Ini alasan golongan bukan Islam yang sememangnya tinggal bermastautin di tempat tinggal yang majoriti adalah bukan Islam. Dan sememangnya tidak akan tahu adab dan sopan dalam Islam.


Sewajarnya Teo Nie Cheng boleh menghubungi Eli Bogel untuk belajar sedikit sebanyak, yang sekurang kurangnya tahu adab berpakaian apabila berada di perkarangan surau atau masjid. Mustahil Eli Bogel lebih berpengetahuan tentang Islam dari Teo Nie Cheng?

Mustahil juga juak juak PAS tidak memberi panduan sedikit sebanyak bagi golongan bukan Islam berada di perkarangan surau atau masjid. Jadi dakwah yang kononnya cuba dibawa oleh PAS nyata gagal.

Yang jelas, tindakan Teo Nie Cheng hanyalah untuk mendapatkan sokongan dari orang Melayu (umat Islam) terutamanya juak juak PAS yang telah buta hati walaupun tahu adab dan sopan bagi bukan Islam apabila berada di perkarangan surau atau masjid.


Nah ... inilah motif sebenar Teo Nie Cheng. Mempromosikan Malaysian Malaysia di kalangan orang Melayu yang telah dibutakan hati.

Dan juak juak PAS adalah penyambung warisan Malaysian Malaysia, secara tidak langsung.

GWM : Inilah maksud sebenar PAS for All ... Pelik juga bila melihat pak pak ketayap PAS yang lebih kehadapan bergambar dengan Teo Nie Cheng. Kaum Muslimah tengok tengok aje dibelakang. Pak pak ketayap baru makan ubat kuat ke ...

0 comments: