Saturday, December 4, 2010


Inilah ‘senjata’ yang akan digunakan pembangkang terhadap BN jika tidak berhati hati apabila membuat kenyataan di dada akhbar.

GWM rasa tidak perlu menghentam Ismail Sabri … tidak ada gunanya. Kabinet yang berhak memutuskan kenaikan harga minyak mengikut keperluan dan pasaran harga minyak sedunia.

Namun, Ismail Sabri selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak boleh melepaskan tanggungjawab begitu sahaja.

Rakyat akan terus mempersoalkan kenaikan harga minyak walaupun sebanyak RM 0.05 seliter bermula semalam. GWM rasa perlu mengimbas kembali kenyataan akhbar pada 4 November 2010.


Bukan bermaksud mahu mengajar Menteri membuat kerja tetapi, lebih kepada janji yang dibuat oleh beliau tempoh hari. Genap sebulan, harga minyak bagi RON 95 naik. Walhal, kerajaan telah berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak sehingga tahun 2011.

GWM tidak mahu rakyat menganggap kerajaan BN amat gemar memungkiri janji. Ditambah lagi dengan parti pembangkang yang pasti akan memainkan isu ini tiga hari tiga malam.



Kegagalan kerajaan berpegang kepada janji akan memberi impak dan implikasi yang cukup besar. Sokongan politik boleh berubah sekelip mata. Jangan main main Datuk Seri!

Rakyat amat sensitif dan kritis dengan isu semasa, lebih lebih lagi melibatkan wang ringgit. Rakyat juga mahir membaca, mendengar, menganalisa dan membuat perbandingan.

GWM menyeru Datuk Seri Ismail Sabri membuat penjelasan sebaik mungkin berkenaan kenaikan harga minyak melalui sidang akhbar secepat mungkin. Penjelasan tidak perlu bombastic dan segala jargon yang jarang didengari terkeluar.

Perlu diingat, masyarakat di kampung belum tentu faham apa itu Progam Transformasi Ekonomi (ETP), rasionalisasi subsidi dan sebagainya.

Mereka lebih faham jika minyak motor telah naik RM 2.00 sehari (40 kilometer) untuk berpatah balik bekerja di sawah, dusun, kebun atau di ladang. Sebulan RM 60.00 terpaksa dibelanjakan untuk kegunaan minyak petrol.

Berikan penerangan sebaik mungkin agar rakyat mampu memahami kenaikan harga minyak, walaupun telah dijanjikan tidak akan berlaku sebarang kenaikan tahun ini. Jangan terlalu mengharapkan blogger pro Kerajaan untuk ’defend’ dan memberi penjelasan bagi pihak Kementerian. Tidak adil jika blogger sahaja yang bermatian memberi penjelasan.

Your move ... Datuk Seri!


Sumber / pautan:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1104&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm&arc=hive



MELAYU ATAS PAGAR

0 comments: