Sunday, December 12, 2010


GWM tidak menjangka media yang bergelar Penyebar Fitnah Rakyat oleh juak juak pembangkang menjadi pilihan rakyat Malaysia melalui Google Malaysia Search Engine 2010.

Bermakna Utusan Malaysia yang dinobatkan sebagai Penyebar Fitnah Rakyat, merupakan media yang paling dicari di internet ... bukan media pembangkang.

Terlintas dalam fikiran GWM mengapa berita fitnah dalam Utusan Malaysia menjadi dambaan rakyat? Secara logik dan menggunakan akal secara berhemah, tidak mungkin rakyat suka dan cintakan berita berupa fitnah.

Maka rumusan yang paling baik adalah berita yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia lebih benar dan bertanggungjawab, jika dibandingkan dengan media dan portal pembangkang.


Sama ada berita mengenai politik, ekonomi, luar negara mahupun sukan, rakyat melihat Utusan Malaysia sebagai medium yang lebih dipercayai, benar dan telus.

Realitinya, Utusan Malaysia bukanlah penyebar fitnah seperti yang digembar gemburkan oleh pihak pembangkang. Dan jika melihat kepada media pembangkang, Masya Allah ... lebih banyak fitnah dari yang benar. Itu adalah hakikat!

GWM: Apa agaknya media media pembangkang akan putarbelitkan dan spin laporan dari Google Zeitgeist 2010 ...


sumber/pautan:
http://www.google.com/intl/en/press/zeitgeist2010/regions/my.html



2 comments:

Anonymous said...

Utusan Malaysia yang dinobatkan sebagai Penyebar Fitnah Rakyat.

Terlintas dalam fikiran GWM mengapa berita fitnah dalam Utusan Malaysia menjadi dambaan rakyat? Secara logik dan menggunakan akal secara berhemah, tidak mungkin rakyat suka dan cintakan berita berupa fitnah.

GWM .... org buka Utusan Lahanat Malaysia Bhd tu sekadar nak cari bahan, apa dia ”fitnah terbaru” yang di mainkan oleh Utusan Lahanat Malaysia Bhd agar mereka dapat menjawab nya dan mengembalikan keyakinan penyokong mereka. Mereka bukan mudah mempercayai ”fitnah dan berita ” yang di lemparkan oleh Utusan Lahanat Malaysia Bhd tu.

Jadi, jangan le cepat perasan sdr.

Patut le org lain berniaga UNTUNG. Utusan Lahanat Malaysia Bhd sentiasa RUGI

lalala said...

harakaH adalah media paling bijak dan berketrampilan.