Thursday, December 23, 2010


GWM faham jika Saifuddin Nasution mempertikaikan langkah Nazri Aziz yang lambat mengemukakan bukti kepada rakyat bahawa Anwar Ibrahim memang pembohong.

Pencacai mana yang tidak akan mempertahankan bossnya. Baik buruk boss ... Saifuddin Nasution perlu pertahankan.


Langkah Saifuddin Nasution mengungkit bayaran RM 77 juta kepada APCO Worldwide memperlihatkan kebobrokan beliau cuba mengaitkan kelewatan syarikat perunding tersebut dan Nazri Aziz mengeluarkan respons terhadap bukti APCO Worldwide tidak terbabit dengan gagasan 1 Malaysia dan kempen One Israel.


APCO Worldwide telah lama menafikan pembabitan kempen 1 Malaysia melalui press release yang dikeluarkan pada 18 Mac 2010. Apa yang dilakukan oleh APCO Worldwide adalah mengeluarkan affidavit sebagai tambahan kepada bukti. Anda bodoh ke ...



Saifuddin Nasution sudah dilihat terdesak mula pertikai mengapa perlu menunggu sehingga 8 bulan untuk menjawab dakwaan Anwar Ibrahim dan menunggu sehingga bulan Disember untuk mendapatkan bukti Notari Berkanun dari Robert Shrum.


Anwar Ibrahim telah diberi ruang secukupnya untuk mempertahankan kenyataan beliau sejak Mac 2010. Malah sekali lagi diberi peluang untuk mempertahankan dirinya di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Jika benar Anwar Ibrahim mempunyai bukti kukuh pembabitan APCO Worldwide dengan gagasan kempen One Israel dan 1 Malaysia, seharusnya dan sepatutnya beliau telah mengemukakan bukti tersebut di dalam Parlimen dalam bulan Mac 2010 lagi.

Hanya disebabkan pendedahan dari Wikileaks beliau sebagai peliwat, Anwar Ibrahim kelam kabut dan tergesa gesa mula menjaja sekeping surat sebagai bukti. Bukankah itu tanda Anwar Ibrahim tidak mempunyai sebarang bukti? Hanya serkap jarang dan pembohong besar!



GWM juga melihat kenyataan Saifuddin Nasution sebagai amat melucukan dan bodoh, kerana mendesak rakyat untuk percaya Anwar Ibrahim mempunyai bukti kukuh pembabitan APCO Worldwide dengan gagasan 1 Malaysia dan One Israel.

"Anwar ada bukti, percaya saya. Beliau menunggu sejak hari pertama untuk menunjukkan bukti itu"

Anda dan Anwar Ibrahim sama pembohong ... pembohong besar!

Rasanya perlu GWM refresh kembali apa yang keluar dari mulut Saifuddin Nasution sewaktu kekecohan Pemilihan PKR 2010. Ini penting untuk menilai sama ada percakapan yang keluar dari mulut busuk Saifuddin Nasution boleh dipakai atau perlu ditong sampahkan.


Sudah masuk 2 bulan ... sehingga ke hari ini Saifuddin Nasution masih gagal menunjukkan sebarang bukti dan fakta UMNO terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kekecohan pemilihan PKR 2010.

Saifuddin Nasution dengan rasa over confident membuat kenyataan akhbar dalam akhbar Sinar Harian, 1 Oktober 2010 menamakan individu terlibat, Abdul Razak Halidi sebagai dalang dan barua UMNO untuk mencetus kekecohan pada Pemilihan PKR di Kuala Langat.


2 bulan telah berlalu dan Saifuddin Nasution nyata adalah pembohong dan penyebar fitnah sebenar. Gagal dengan cemerlang untuk mengemukakan bukti UMNO terlibat dalam kekecohan Pemilihan PKR 2010.

Rakyat perlu meneliti dan menilai permainan wayang dan silap mata dajjal dajjal yang berada di dalam parti PKR ini. Perlukah kita juga percaya kepada manusia yang bernama Saifuddin Nasution yang jelas adalah pembohong seperti Anwar Ibrahim.

GWM : Saifuddin Nasution ... anda dengan ketua anda sama pembohong dan munafiq!

1 comments:

Unknown said...

Saya nak sentuh isu ADUN Pas :

inilah daulat Islam yg sebenaqnya. kalau x cukup alim jgn berlagak alim serta mengaku diri lebih alim dari org lain.
Ini mmg penyakit Pas...ini baru 2 org,,byk lg yg sebenaqnya...din puduraya dan mcm2 lg.

Munafiq Musuh Islam...balik ambo nok buat Isytiqhoroh...Tuhe Maaf doh ke dio...inilah munafiq.

Na'uzubillah.

untuk video quality HD pengakuan saksi sila ke :

http://kedahsenang.blogspot.com/2010/12/skandal-adun-selinsing-dalam-keretapi.html