ISU TERJAH : SATU TAMPARAN ... SEKALIGUS TENDANGAN MAUT BAGI BLOG BLOG UMNO!
GWM memang menarik nafas panjang bila melihat blog dan portal UMNO satu Malaysia. Rasa malu pun ada, apatah lagi dengan kemarahan.
Minta maaf terlebih dahulu, GWM boleh merumuskan pengendali blog dan portal UMNO Malaysia tidak ada inisiatif, leka dan malas.
Peranan blog cukup penting untuk menyampaikan maklumat dan penerangan aktiviti UMNO kepada rakyat.
GWM tidak menafikan banyak juga blog dan portal UMNO yang memang aktif memberi penerangan dan aktiviti bahagian dan cawangan. Malah ada juga membuat serangan siber ke atas blog pembangkang. Syabas!
Lihat sahaja paparan dibawah ini, segelintir blog dan portal UMNO yang sempat GWM senaraikan ... huuuuuuuu semangat!
Puteri UMNO Bahagaian Putrajaya / Last Update: ????
Puteri UMNO Bahagian Batu / Last Update : 6 Disember 2007
Puteri UMNO Bahagian Subang / Last Update: 11 Oktober 2008
Puteri UMNO Lembah Pantai / Last Update: 28 Januari 2009
Pemuda UMNO Beranang / Last Update: 19 Februari 2009
UMNO Taman Bukit Desa / Last Update: 15 Mac 2009
UMNO Cawangan Taman Muhibbah / Last Update: 27 Mac 2009
UMNO Bukit Wangsa / Last Update: 5 Julai 2009
UMNO Lembah Pantai / Last Update: 8 Julai 2009
Puteri UMNO Kemunting / inna lillahi wa rajioon
Puteri UMNO Taman Tun Abdul Razak / Last Update: 23 Julai 2009
UMNO Pengkalan Kubor / inna lillahi wa rajioon
Puteri UMNO Keramat Jaya / 19 Ogos 2009
UMNO Kubang Depu / Last Update: 9 September 2009
Pemuda UMNO Bandar Fasa 5 Melawati / Last Update: 28 Julai 2009
Pemuda UMNO Cawangan Jalan Naga / Last Update: 20 September 2009
UMNO Cawangan Halaman Pengkalan Sentosa / Last Update: 1 Oktober 2009
UMNO Bagan Pinang / Last Update: 10 Oktober 2009
UMNO Bahagian Kuala Kedah / Lagi hebat! No Posting! Buat Syarat!
Pemuda UMNO Taman Rumpun Bahagia / Last Update: 2 Januari 2010
Masih ada beratus lagi link blog dan portal UMNO tidak aktif didalam simpanan GWM ... terlalu banyak untuk dipaparkan satu per satu. Letih bang!
Blog dan portal penting sebagai 'conduit' atau saluran maklumat paling berguna kepada rakyat untuk menangkis dakyah pembangkang.
GWM melihat ini sebagai satu 'wasted resources' dalam UMNO. Kita sibuk berbicara soal pembangunan insan walhal blog dan portal UMNO kaku dan tidak aktif.
Jika alasan sibuk bekerja, maka itu bukanlah satu alasan yang boleh diterima. Mustahil dalam satu cawangan atau bahagian tidak memperuntukkan mereka yang bertanggungjawab sebagai jawatankuasa Biro IT.
GWM juga sibuk bekerja, menjaga dua buah syarikat dan kadangkala ter'miss' juga untuk kemaskini blog selama seminggu. Tetapi itu bukan alasan ... alasan hanyalah dibuat kerana kita malas dan tidak mempunyai inisiatif untuk bekerja dengan parti.
GWM mengharapkan Ketua Penerangan UMNO melihat situasi ini dari sudut yang positif, itupun jika beliau melihat pendedahan ini sebagai penting ... jangan pula melenting bila ditegur.
GWM: Sekadar memberi peringatan dan teguran ...
12 comments:
Orang yang mengendalikanya dah MAMPOSSSSS agaknya.Bila nak PRU baru lah terkinja2....
Harapkan SPONSOR je... PIRAHHHH !
HE HE HE ...
MARAH BEBENOR BLOGENSTARZ YEK! BIKAN KITA NAK CONDEMN ... TAPI MENEGUR. TAKKAN SAMPAI MATI BLOGGER JE NAK BUAT KEJE, BETUL TAK?
Bro ada satu lagi.. Kawasan aku sendiri cuba cek www.pemudabukitbintang.org domain pun dah K.O dh bayar..
http://yuseriyusoff.blogspot.com/
Bro ada satu lagi.. Kawasan aku sendiri cuba cek www.pemudabukitbintang.org domain pun dah K.O tak bayar..
http://yuseriyusoff.blogspot.com/
ADOIYAII..KITA NAK BACE TALKIN UTK FUCKATAN KE UTK DIRI SENDIRI NIH? ISHHH
Salam sahabar Blogger,
Inilah masalahnya orang Melayu, orang nak berjuang mereka juga nak berjuang tapi berjuang hanya pada ketika PRU sahaja lepas tu tido, kalau nak berjuang, berjuang lah betul-betul jika tidak tutup kedai
Wallahualam
PENERANGAN tak ambil isu ini sebagai satu PROJEK PENERANGAN ka ??
Atau bagi penerangan sebaran maklumat melalui blog ini dipandang sebagai tidak penting.
salam,
we met in lenggong, remember?
i have listed you in my top posts but you did not reciprocate.
could you?
thanks
Salam Jeffrey ...
Wallahuwa'lam ... pening teman dibuatnya. Baca talqin dua dua sekali la! he he he
Salam Double Y ...
Timo kasih. link tersebut akan disimpan buat khazanah anak cucu kita.
Salam Sungai Rapat ...
Ini masalah orang Melayu ... UMNO! Orang Melayu lain tak ada masalah pun!
Salam Bujai ...
Dengan pantas GWM akan linkkan bersama blog saudara.
Salam CLJ ...
Projek projek PENERANGAN tu ... masyuk! Setakat artikel ni, tak pandang ounya! he he he
pasai apa jadi mcm ni? UMNO tk mampu dan poket dah kerin? SALAH.
Kerana budaya selesa dan sikap acuh tak acuh mereka. tunggu last minit baru nak pulun...kesedaran belum ada dan untuk berubah...JAUH LAGI LA!
Buangkan budaya selesa dan jgn lupa pesanan PM...ubah dan sentiasa dekati rakyat...maksudnya jika tidak dizahirkan, buktikan dialam cyber...
UBAHLAH JIKA TAK MAU REBAH!
Tidur sampai berdengkur..Jangan keluar air basi sudahlah..
Alahai fuckatan semakin condong nak rebah, tapi UMNO cenderung tak nak ambil endah.
Nak kata buta IT, nanti hangpa marah. Sepatutnya KPI Ketua Penerangan setiap Cawangan adalah menubuhkan team web bloggers dan memastikan pengemaskinian blog mgenai isu-isu dan aktiviti UMNO/BN terkini kawasan dan mendedah segala kepincangan fuckatan di kawasan masing-masing. Blog pulak tak interaktif untuk rakyat kemuka masalah, depa takut kena kritik kot. Bila YB n Ketua Cawangan tanya semua kata ok jer, bab mengampu hangpa nombor satu. Hangpa ni la dok sibuk balun projek ka atau masih dok tidoq ka?
Maap yer Teman terkasor bahse sikit.
Post a Comment