Monday, December 6, 2010


Kedangkalan Yusmadi Yusuf sudah hinggap ke dalam minda Ketua Pemuda PAS Pusat rupanya. Tak tahu pula jika generasi baru kepimpinan Pakatan Rakyat mempunyai pemikiran yang agak luar biasa ceteknya.

GWM terpaksa membelek 5 ke 6 kali membaca artikel Harakahdaily ”Rakyat Didahulukan atau dahulu kena”


Apa yang menarik perhatian GWM adalah kenyataan Nasruddin yang begitu bangga dengan pencapaian pengurusan kewangan negeri negeri dibawah Pakatan Rakyat sehingga dipuji oleh Ketua Audit Negara, katanya.


Bila masa pula Pakatan Rakyat didaftarkan sehingga Nasruddin boleh menyebut ’Kerajaan Pakatan Rakyat’. Setahu GWM Pakatan Rakyat adalah suatu pertubuhan haram yang tidak didaftarkan?

Dan atas dasar itulah GWM terpaksa membelek 15 ke 20 kali Laporan Ketua Audit Negara 2010 bagi laporan prestasi kewangan negeri yang dibawah parti pembangkang. Mahu juga mencari ayat power ”kewangan negeri pembangkang mendapat pujian Ketua Audit Negara”.

Maaf saudara Nasruddin, GWM rasa anda terlalu ’overreact’ dengan Laporan Ketua Audit Negara 2010. Sama ada saudara tahu membaca penyata kewangan dan laporan prestasi ... atau saudara sememangnya ’buta dalam celik’.

Jika maksud pujian Ketua Audit Negara yang dikatakan oleh Nasruddin ”Secara keseluruhan, analisis Audit mendapati kedudukan Kewangan Kerajaan Negeri adalah memuaskan” ... Penyediaan dan persembahan Penyata Kewangan Negeri adalah baik” ... ”Kedudukan kewangan Kerajaan Negeri ... pada akhir tahun 2009 secara keseluruhan adalah memuaskan”, elok rasanya Nasruddin belajar Accounting 101 ... paling basic tu.

Negeri negeri dibawah Kerajaan BN juga ada ayat ayat pujian yang sama dan serupa dari Laporan Ketua Audit Negara 2010. Nasrudin boleh membuat ’checking’ sendiri.

Apa yang cemerlangnya dengan prestasi kewangan negeri parti pembangkang? GWM mengambil contoh satu negeri untuk perbandingan apakah benar kenyataan Ketua Pemuda PAS Pusat ini ... Selangor Darul Ehsan.

Negeri yang mempunyai Punaisihat RM 1.00 paling cemerlang, bijak, ahli ekonomi tersohor, speaker undangan terkenal seantero dunia ... Anwar Ibrahim dan kuli bataknya Khalid Ibrahim.

GWM tunjukkan satu persatu prestasi kewangan dimana negeri negeri dibawah Kerajaan BN perlu mencontohi untuk pengurusan kewangan.




Kumpulan Wang Disatukan menurun, Perbelanjaan Mengurus naik, pulangan Pelaburan Jangka Panjang tidak memuaskan ... cemerlang begitu!


Dari tahun 2005 sehingga Mac 2008, Kerajaan BN telah mengukuhkan dan menambah Kumpulan Wang Disatukan sebanyak RM 611.05 juta (42.90 %, … purata kenaikan setahun adalah 14.30 %).

Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim berjaya menurunkan Kumpulan Wang Disatukan kerajaan negeri sebanyak RM 104.69 juta. Contoh kecemerlangan prestasi kewangan dibawah parti pembangkang!


Dari tahun 2005 sehingga Mac 2008, Kerajaan BN telah menambah Wang Tunai kerajaan negeri sebanyak RM 318.01 juta (43.60 %, … purata kenaikan setahun adalah 14.53 %).

Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim berjaya mengurangkan lagi kantung Wang Tunai kerajaan negeri sebanyak RM 116.44 juta. Lagi satu contoh mengapa kerajaan negeri dibawah BN perlu mengikut pengurusan kewangan stail Anwar Ibrahim (songlap without acknowledgement)... Hebat betul!



Dari tahun 2005 sehingga Mac 2008, Kerajaan BN hanya membelanjakan RM 432.74 juta untuk Perbelanjaan Mengurus kerajaan negeri (29.49%, … purata kenaikan setahun adalah 9.83 %).

Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim lebih hebat kerana berjaya menambah Perbelanjaan Mengurus kerajaan negeri sebanyak RM 362.58 hanya dalam tempoh setahun!

Memang betul kata Ketua Pemuda PAS Pusat ... Dato Seri Najib selaku Menteri Kewangan pun perlu tabik hormat dengan stail pengurusan kewangan parti pembangkang. Dalam setahun boleh naik RM 362.58 juta perbelanjaan ... apa yang diuruskan pun tidak diketahui.


Dan ini adalah kenyataan pahit yang perlu ditelan oleh Kerajaan BN terdahulu. Dalam tempoh setahun, Punaisihat kerajaan negeri mampu membuatkan prestasi kewangan merudum dan menjadi defisit sebanyak RM 65.96 juta.

Bukan calang calang Anwar Ibrahim menjadi pakar ekonomi pakatan pembangkang. Sememangnya beliau layak memegang title Punaisihat Kerajaan Negeri Selangor. Bertepatan dengan gaji yang dibayar sebanyak RM 1.00. Defisit tu bro dalam tempoh setahun!


Akaun Hasil Disatukan mengalami defisit sebanyak RM 65.96 juta … pulangan pelaburan jangka panjang tidak memuaskan … kerajaan negeri disyorkan supaya meneruskan perbelanjaan berhemat .. perlu membayar kerajaan pusat tunggakan hutang RM 829.86 juta.

Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat sebagai pujian dari ketua Audit Negara! Kerajaan negeri dibawah BN perlu mengikut contoh cemerlang pengurusan kewangan negeri negeri pembangkang!

GWM tak menyangka pula Nasruddin Hassan juga sama bebal dan lemah daya intelektual, sama seperti Yusmadi Yusuf. kalau ye pun nak menipu tu ... biarlah berpada pada!


Sumber / pautan:

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29697:rakyat-didahulukan-atau-dahulu-kena&catid=1:utama&Itemid=50




MELAYU ATAS PAGAR

5 comments:

Ular Menyusur Akar said...

Wow, saya tabik hurmat pada fakta yang di berikan. Saya yang tidak ada ilmu akaun mudah untuk faham melalui huraian yang di berikan.

Pengalaman akaun PAS hanya melalui projek balak kelantan dan jualan pasir di Selangor. Mereka pun dapat didikan dari bekas menteri kewangan Malaysia@ punah sihat ikonomi Selangor. Itu pun nasib baik ada punah sihat. Harap MB, langsung tak boleh di ikut. Jadi, janganlah salahkan mereka.

aku said...

salam,
kenapa sesetengah muka pemimpin Parti Islam Semalaysia ni takde cahaya kejernihan Islam..?

TQ

Unknown said...

salam akusaid ...

wallahuwa'lam ... jawapan sebenar ada bersamaNya.

Anonymous said...

NAAM YA AQI, AKU INGAT AKU SORANG SAJA YANG NAMPAK

Jarot said...

sallute and totally respect...syabas