APCO ... NAZRI AZIZ BAGI PUKULAN MAUT ... 'ANWAR IBRAHIM BAPAK SEGALA PEMBOHONG'!
Check Mate! ... Anwar Ibrahim pasti muntah dan berak berdarah malam ini ...
Sudahlah kerandutnya dipijak, dipulas dan ditendang P. Uthayakumar, Nazri Aziz pula menambah kesengsaraan dan penderitaan zahir dan batin Anwar Ibrahim.
Nazri Aziz telah mendedahkan dua dokumen bagi membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim pembohong besar apabila mendakwa APCO Worldwide berperanan dalam kempen gagasan 1 Malaysia, yang turut dikaitkan dengan One Israel.
Dokumen pertama ialah surat daripada APCO Worldwide yang membawa kepada penggantungan Anwar dari Parlimen selama enam bulan. Dokumen kedua adalah kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, konsultan politik, yang membantu menggubal konsep One Israel.
Kedua-dua dokumen itu menafikan APCO Worldwide ada hubungan dengan kempen One Israel Tel Aviv yang diperkenalkan 11 tahun yang lalu.
CEO APCO Worldwide (Europe, Middle East & Africa), Brad Staples mendedahkan surat tersebut mengesahkan perlantikan dan peranan APCO Worldwide sebagai menyediakan sokongan komunikasi untuk pentadbiran Datuk Seri Najib tanpa ada kaitan dengan soal kempen.
Brad Staples juga mendedahkan APCO Worldwide hanya menyediakan khidmat kepada kerajaan Israel dua kali ... tahun 1987 untuk menguruskan persidangan perdagangan dua hari di Washington DC.
Dan tahun 1992 untuk mengendalikan kerja-kerja perhubungan awam untuk memperkukuhkan perdagangan antara Amerika Syarikat dan Israel.
Brad Staples menambah Majlis Penasihat Antarabangsa APCO (IAC) dibentuk untuk mendapatkan nasihat daripada bekas pegawai-pegawai kanan kerajaan, pemimpin perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan dari seluruh dunia dan mereka tiada pengaruh ke atas syarikat itu.
Malah beliau juga menekankan, tiga bekas pegawai kanan Israel dalam IAC, daripada 50 orang keseluruhannya, tidak melakukan sebarang kerja bagi Malaysia dan tiada sebarang kaitan dengan kontrak APCO Malaysia.
Surat Staples juga menekankan bahawa kepentingan APCO dalam syarikat keselamatan “bebas” ASERO hanya sebagai pelabur.
“APCO memilih untuk melabur dalam syarikat itu disebabkan peluang-peluang perniagaan,” kata beliau. Oleh itu katanya, APCO dan ASERO adalah dua badan perniagaan yang berbeza dan berlainan sama sekali.
“ASERO ditubuhkan pada 2005. Oleh itu, ia tidak wujud pada 1999 ketika kempen One Israel,” katanya.
Dalam kenyataan satu muka, Robert Shrum juga menafikan APCO ada apa-apa kaitan dengan kempen itu.
“Baru-baru ini, saya difahamkan bahawa Parlimen dimaklumkan bahawa APCO Worldwide adalah di antara firma khidmat runding yang terbabit dalam kempen One Israel pada 1999. Ini tidak benar,” katanya.
“Saya berada di sana dan APCO tidak terlibat dalam One Israel atau dalam apa-apa kerja bagi Parti Buruh Ehud Barak dalam kempen itu. APCO juga tiada kaitan dengan One Israel.”
GWM: Menunggu dengan penuh kesabaran pendedahan dua dokumen penting esok hari yang akan menabalkan Anwar Ibrahim sebagai Raja Putar Alam ... lubang kunyit Anwar Ibrahim semakin membusuk ... mana mau lari aaaaaaa!
sumber / pautan:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isu-apco-nazri-dedah-dua-dokumen-dakwa-anwar-berbohong/
3 comments:
APCO (p25) dan APCO WORLDWIDE ADALAH ORGANISASI YANG JAUH BERBEZA.SEPERTI LANGIT DENGAN BUMI.
YANG MENJADIKANNYA ISU ADALAH PADA NAMANYA SAJA.
ANWAR AMBIL PELUANG LAH....
BODOH BETUL...ANWAR !
Itu bukan pukulan maut tetapi menunjukan kebodohan seorang menteri UMNO yang menerima bulat dari APCO. Bangang punya menteri! nama sahaja berkelulusan "Law" tetapi lebih nya loyar buruk!
Kalu kamu nak kena bohong dengan pemimpin UMNO, Please carry on but do remind UMNO leaders that people are not stupid like you and them.
No wonder being branded as incompetent!!!
Anon 8:47, Lebih ramai rakyat tak sebodoh u.
Post a Comment