NEGARA ISLAM : KARPAL TUTUP MULUT UMNO ... PAS JILAT 'LOBANG' KARPAL!
GWM geleng kepala lagi dengan mainan politik PAS sejak dari penubuhan Gagasan Rakyat sebelum PRU 1990 sehinggalah kepada penubuhan Pakatan Rakyat.
GWM perjelaskan istilah ‘Negara Islam’ tidak tercatat secara langsung dalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. (tolong cari jika ada, puas sudah GWM membelek terjemahan Ar Rahman, ulasan dari pembangkang amat dialu alukan).
Perbahasan mengenainya hanya dibuat berpandukan kepada ijtihad para ulama mujtahidin. Perbahasan ini dibuat bertujuan menentukan kategori sesuatu negara atau tempat yang didiami oleh umat Islam sama ada bertaraf ‘kampung halaman Islam atau hak umat Islam’ atau ‘kampung halaman kafir harbi’ yang memerangi umat Islam.
Mengapa baru kini Karpal Singh boleh menerima Islam setelah 20 tahun DAP bersama PAS. Walhal, Artikel 3 dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang dikuatkuasakan selepas 31 Ogos 1957 (53 tahun) menjadikan Islam sebagai agama rasmi Malaysia ... sudah diterimapakai oleh rakyat Malaysia keseluruhannya.
Bukankah ini mainan politik pembangkang ... selepas 53 tahun, baru Karpal Singh mahu mengakui Islam sebagai agama rasmi Malaysia?
Siapa sebenarnya yang mempermainkan agama Islam ... siapa sebenarnya yang melacurkan Islam demi politik sempit! ... Jika bukan parti PAS.
Bukankah pelik bila Hadi Awang masih memerlukan masa untuk menerangkan penubuhan negara Islam kepada rakyat.
Sewaktu pelancaran 'Blue Print' Undang Undang Islam tahun 2003, Hadi Awang telah mengatakan rakyat Malaysia keseluruhannya telah diberi penerangan dan pemahaman tentang penubuhan negara Islam menerusi 'Blue Print' PAS ini.
Jadi mengapa perlu meminta masa yang secukupnya untuk menerangkan kembali penubuhannya?
GWM paparkan kembali kenyataan dan ucapan para pemimpin PAS mengenai permainan politik sempit yang menggunakan Islam sebagai modul untuk pemerintahan dan kuasa semata mata.
Tidak sampai selang 3 bulan, dua kenyataan berbeza dari Hadi Awang dan Mustafa Ali ... bukankah ini ciri orang munafiq dan mempermainkan Islam sebagai politik sempit!
Bagaimana pula dengan kenyataan pemimpin PAS yang sentiasa berbolak balik ini. Dalam satu masa mahu melaksanakan hukum hudud, dan pada masa yang lain boleh bertukar kenyataan seperti sesumpah ...
Yang ini ... jangan ceritalah ...
Bagaimana pula dengan kenyataan dari Mursidul Am PAS. Beliau mengakui Perlembagaan PAS langsung tidak memperuntukkan penubuhan negara Islam ...
Dan Konvensyen Pakatan Rakyat yang baru berlabuh tirainya, apakah pemimpin peliwat ini memperakui PAS sebagai sebuah parti yang mendaulatkan Islam ...
Pemimpin parti PAS perlu menjawab persoalan ini secara jujur ...
1) Di mana terdapatnya dalam perlembagaan PAS menyatakan PAS akan menegakkan Negara Islam.
2) Pemimpin dan penyokong PAS perlu membuat pendirian terhadap Mustafa Ali, Nizar Jamaluddin dan Husam Musa. Pemimpin PAS ini jelas menolak Negara Islam dan Hukum Hudud.
3) Apakah ketiga tiga pemimpin PAS ini sudah jatuh kafir kerana menolak Negara Islam dan Hukum Hudud.
4) Mengapa Haji Hadi masih mahu mengekalkan konsep Federalisme sedangkan sebelum ini beliau mengatakan itu adalah sekular.
5) PAS masih lagi membisu dengan fatwa Dewan Ulama yang dikeluarkan pada Ogos 1963 ... ”Orang orang Islam yang berkongsi dengan orang orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram … “ dan “Sesiapa yang mengundi di atas parti parti yang berkongsi itu menjadi haram, jika redha menjadi kafir, tetapi jika tidah redha menjadi haram sahaja …”
Bukankah setiap ahli dan pemimpin PAS sudah menjadi kafir dari tahun 1974 hingga ke 1978 kerana menyertai BN? Apakah ahli dan pemimpin PAS tidak sedar khilaf yang telah dilakukan sejak 36 tahun yang lalu !
PAS sebenarnya tidak lagi perlu merosakkan pemikiran rakyat khususnya umat Islam dengan permainan politik berbolak balik, sekejap boleh sekejap tidak, sekejap mahu kemudian tidak. Sekejap kafir, sekejap harus ... ini permainan politik orang munafiq!
GWM: Sentiasa berpegang kepada hadis hadis sahih dibawah ...
(Hadis Riwayat Muslim 6/23)
"Apakah kita tidak perangi mereka dengan pedang wahai Rasulullah? Baginda menjawab ... Jangan! selagi mereka mereka mendirikan solat di kalangan kamu"
(Hadis Riwayat Ibnu Asim, al Sunnah, pg 275)
"Dengarlah dan taatilah penguasa di waktu susah dan senang, di waktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu serta memukul punggungmu, kecuali apabila memerintahkan untuk berbuat maksiat"
sumber / pautan:
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pas-wants-more-time-to-explain-islamic-state/
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29931:negara-islam-karpal-tutup-mulut-umno&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
0 comments:
Post a Comment