Saturday, December 4, 2010


Ketua Dewan Ulama PAS semakin panas hati dengan gelagat ‘ala beruk’ Anwar Ibrahim yang semakin rakus dengan angan angan ke Putrajaya.


Harun Taib menyelar Anwar Ibrahim sebagai tidak berhak membuat keputusan bagi pihak mana mana parti pembangkang yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat.


Paling jelas, beliau tetap dengan pendirian tidak bersetuju langsung dengan tindakan semberono Anwar Ibrahim menjadikan Lim Kit Siang sebagai ‘nominee’ Timbalan Perdana Menteri jika berkuasa kelak.


Harun Taib menjelaskan hanya melalui permuafakatan, perbincangan dan persetujuan semua parti komponen Pakatan Rakyat, maka Lim Kit Siang boleh dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Harun Taib juga percaya Lim Kit Siang mampu menjalankan tanggungjawab sebagai Timbalan Perdana Menteri berlandaskan prinsip pemerintahan Islam kelak.

Errr ... excuse me Datuk Harun Taib! … Cakap boleh sebarang cakap, makan jangan sebarang makan. Apakah Al Syeikh Karpal Singh At Tantawi bersetuju untuk menjalankan pemerintahan berlandaskan Islam?

GWM bimbang nanti di jawabnya ...


Tak ke haru biru tu Datuk? …

Sumber / pautan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm


MELAYU ATAS PAGAR

3 comments:

Ular Menyusur Akar said...

Aku ingat dato tu cakap lurus. Rupanya di belakang kelingking berkait.

Pidato tarik tali untuk menuju ke Putrajaya. Masih tak berani nak tarik semua.

agbr47: Di antara pelakon tambahan si raja drama.

Anonymous said...

Amboiii sedapnya dato hentam anwar? Kenapa tidak berani hentam karpal dan kit siang bila depa tolak undang-undang hudud dan Islam? Amboii dato jangan lah jadi hipokrit. Letakkan ISLAM dihadapan dalam perjuangan jangan dok takut nak tegakkan kebenaran. Dalam politik PAS yang halal boleh dijadikan haram dan yang haram pulak boleh dijadikan Halal. Yang dok marah sangat kat anwar pasal apa? nanti kami tolak hampa dalam pilihanraya baru tau. Paas hanya menumpang dengan pakatan haram saja. Ingat undi kami nak bagi ker? porahhhh.

Jem An said...

Ini dato penakut. .. Takut kena pecat mcm hassan ali, .._