Thursday, December 30, 2010


PAS sedang mengalami krisis identiti yang cukup teruk. Pemimpin parti tersebut semakin kabur dengan dasar perjuangan politik parti yang semakin carca marba.

Pemimpin parti yang 'moderate' lebih mempercayai konsep dan fahaman nasionalisme tidak sedikitpun bercanggah dengan ajaran Islam.

Sekaligus mengesahkan UMNO sememangnya sebuah parti berteraskan ajaran Islam sekalipun perjuangan memartabatkan bangsa (nasionalisme) sebagai salah satu asas perjuangan parti.


Mujahid Yusuf Rawa dilihat lebih rasional dan celik jika dibandingkan dengan Nik Aziz, Haji Hadi dan the so called ulama dalam parti PAS.

Beliau menolak pandangan dan fahaman yang mengatakan Perlembagaan Persekutuan adalah perlembagaan kafir yang tidak bercirikan Islam.





Saranan Mujahid Yusuf Rawa supaya dimasukkan dalam latihan perkaderan mengenai perlembagaan, membentuk identiti nasional PAS seperti mengibar Jalur Gemilang, menyanyi lagu Negaraku dan berpakaian kebangsaan sudah lama dilakukan oleh UMNO. Cuma PAS malu untuk mengaku bahawa UMNO tidak pernah tergelincir sedikitpun dari ajaran Islam.







Amat malang, kenyataan Mujahid Yusuf Rawa disanggah dengan pantas oleh Dewan Ulama PAS Kedah. Demi menjaga hati Nik Aziz, Haji Hadi dan beberapa pemimpin totok PAS, mereka sanggup menidakkan kebenaran kata kata Mujahid Yusuf Rawa.






PAS sudah tonggeng terbalik dengan asas dan dasar perjuangan parti. Dan sememangnya dalam Perlembagaan PAS tidak pernah sekalipun menyebut menegakkan negara Islam kerana mereka sudah tahu Malaysia memang sebuah negara Islam.

PAS sebenarnya tidak boleh menafikan bahawa matlamat perjuangan parti tersebut sememangnya untuk ke Putrajaya. Munafiq jika menidakkan kenyataan pemimpin PAS sebelum ini.


Media wahid PAS, Harakahdaily langsung tidak berani mengeluarkan artikel dan memberi pandangan pemimpin mereka mengenai Mujahid Yusuf Rawa. Sikap menikus media ini jelas menunjukkan hipokrasi menutup lubang kelemahan dan perbalahan antara pemimpin parti.

Jika apa yang diutarakan oleh Mujahid Yusuf Rawa sudah membuktikan UMNO tidak pernah tergelincir dari Islam. Apa lagi alasan PAS untuk menegakkan benang yang basah.

GWM sudah berulangkali mengatakan parti PAS memang dasarnya sanggup melacurkan Islam untuk menghalalkan segala perbuatan pemimpinnya.

Berbolak balik apabila memberi pendirian. Tidak pernah konsisten dalam mengeluarkan pandangan kecuali apabila menghentam UMNO.

Dan persoalan yang paling penting ... apakah Mujahid Yusuf Rawa juga dianggap sekular dan penyokong parti PAS akan mati syahid jika berperang dengan beliau?

Ini bukan fatwa dari GWM tetapi ini adalah kenyataan, pandangan sekaligus fatwa dari Nik Aziz dan Hadi Awang. Mati syahid jika menentang Perlembagaan Persekutuan.

GWM : Sudah terang lagi bersuluh ... siapa yang melacurkan ajaran Islam demi undi wahid jika bukan parti PAS.

sumber / pautan :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ulama-pelapis-tolak-buku-menuju-pas-baru-mujahid-cetus-polemik/


0 comments: