Friday, December 17, 2010


Azmin Ali nyata cukup berani bermain dengan isu kuasa autonomi berbanding dengan sifunya, Anwar Ibrahim.

Sama ada beliau bodoh atau tidak pernah memahami Perlembagaan Persekutuan, mulutnya akan sentiasa bercakap mengenai sesuatu isu yang tidak mampu dilakukannya.

Kuasa autonomi hanya boleh diberikan melalui proses undang-undang sepenuhnya ( melibatkan kuasa dua pertiga dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara) serta perkenan daripada Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja Melayu.


Dan cukup jelas, tindakan Azmin Ali lebih dilihat mahu memperbodohkan rakyat Sarawak. Perlu diingat, Azmin Ali yang telah menggunakan kuasa 'autonomi'nya untuk menenggelamkan dan membunuh karier politik Zaid Ibrahim dalam PKR.

GWM hanya mahu menyorot kembali sejarah perjalanan politik parti PKR yang diwarnai oleh amalan kronisme dan nepotisme ... Parti Anak Beranak. Waima The Economist turut menempelak pimpinan PKR yang dikuasai oleh Anwar Ibrahim dan keluarga.


''Sudah menjadi Ahli Parlimen pada umur awal,30 tahun,Nurul dipilih pula sebagai salah seorang daripada empat naib presiden parti itu.Dengan bapanya pemimpin de facto PKR dan ibunya presiden parti,satu lagi ahli keluarga Anwar yang diangkat (ke jawatan tinggi) pasti memberi tanggapan bahawa PKR milik dinasti (keluarga Anwar).Ini tentunya bukan suatu transformasi yang mahu dipaparkan pemimpin utama parti itu,''

Mungkin lebih baik jika Azmin Ali berjanji untuk memberi kuasa autonomi Pulau Pinang kepada rakan sejawat, DAP. Bukan apa ... sebagai tanda hormat dan sujud Azmin Ali kepada Teo Nie Ching yang menempelak beliau sebagai pengamal dasar kronisme.




GWM: Azmin Ali tak nak ke beri kuasa 'autonomi' kepada masyarakat berketurunan India di Kampung Buah Pala ...

1 comments:

Wanredone said...

Blogger Wanredone said...

Al-Fatihah. Takziah buat keluarga Datuk Sulaiman Taha!

ARAS TANDA PRU13......
sekiranya berlaku prk di dun N.5 Tenang, bererti PRU13, akan diadakan dalam tahun 2012.

Sekiranya TIDAK berlaku prk di dun N.5 Tenang, besar kemunginan PRU13 diadakan serentak dengan p/raya negeri Sarawak, iaitu sebelum July, 2011!
Watch-out!