Saturday, November 20, 2010


Pertelingkahan 2 Son Of Ibrahim ini semakin berlanjutan dan menjadi panas. Belum ada tanda keaadan akan menjadi reda buat seketika setelah Anwar Ibrahim menempelak Zaid Ibrahim dan Penjilat Tegarnya, S Kottapan.

Sambutan hangat yang diimpikan Anwar Ibrahim bertukar menjadi mimpi ngeri di Dataran Shah Alam malam tadi. Sebaliknya ketibaan disambut dengan kecaman dan jeritan mahukan berundur dari parti dengan segera.


S Kottapan bersama 100 orang penyokong PKR menyerbu taklimat yang dibuat di Dataran Shah Alam dengan kain rentang 'Anwar, Azmin undur' dan 'Selesaikan masalah peribadi sebelum selesaikan masalah parti'. Kumpulan ini mendesak supaya dibatalkan pemilihan PKR yang dipenuhi dengan unsur rasuah dan nepotisme.


Suasana menjadi hangat apabila 50 ahli AMK bertempur dengan kumpulan S Kottapan namun berjaya disuraikan oleh sepasukan anggota polis. Anwar Ibrahim menjadi panas hati dan menyerang peribadi Zaid Ibrahim dengan menggelar kumpulan S. Kottapan sebagai Laskar Upahan.

Beliau yang masih belum berpuas hati turut menghentam dan memperlekeh ahli ahli PKR yang lain sebagai pencacai kerana membantah pemilihan cabang PKR.


Malang bagi Anwar Ibrahim kerana misi jahanam ke Australia tidak berjaya dan ditambah dengan kecaman dan maki terhadap beliau.

Apa yang jelas ... Anwar Ibrahim akan terus menyerang sesiapa sahaja yang tidak bersependapat atau tidak mahu lagi menjadi Penjilat Tegar beliau. Ini termasuklah Zaid Ibrahim, S. Kottapan dan ahli ahli PKR yang lain.

Karier politik Azmin Ali semakin bersinar dan utuh dibawah ’lubang’ Anwar Ibrahim. Azmin Ali adalah 'lubang' emas Anwar Ibrahim ...




Sumber / Pautan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm



MELAYU ATAS PAGAR

0 comments: