Sunday, November 14, 2010

Skuad Cegah Denggi (SCUD) Pemuda UMNO Bhg. Wangsa Maju memulakan langkah yang cukup tangkas. Mereka tidak membiarkan masalah denggi yang semakin membimbangkan di Wangsa Maju terus membelenggu penduduk setempat.

Penubuhan SCUD telahpun beroperasi dengan jayanya dan petang tadi SCUD telah 'menyerang' Taman Melati Kawasan 8. Semburan nyamuk aedes dimulakan di Surau Taman Melati seterusnya di kawasan2 pangsapuri.

Turut memberi sokongan termasuklah Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, En. Taufiq Hussein dan Penolong Setiausaha, En. Khyril. Ketua Pemuda UMNO Caw. Taman Melati Kawasan 8, Saudara Faizal turut serta dalam misi SCUD ini.

Beberapa Skuad yang terlibat dalam mencapai misi ini berikrar akan memastikan setiap penduduk kawasan Wangsa Maju tidak terus terbelenggu dengan masalah denggi. SCUD merupakan salah satu aktiviti Pemuda UMNO Wangsa Maju yang ternyata mengambil berat masalah rakyat.

Malah tidak ada lagi mana2 wakil Pemuda dari parti2 lain di Wangsa Maju terutamanya Angkatan Muda PKR dan Dewan Pemuda PAS yang mengambil inisiatif sebegini. PKR dan PAS di Wangsa Maju tidak berfungsi dengan baik dan hanya mencari publisiti murahan agar mereka dikenali.

Menurut salah seorang Crew SCUD En. Mohd Radzi Omar, SCUD merupakan cakna penduduk Wangsa Maju dan misi SCUD akan menampakkan keberkesanan Pemuda UMNO itu sendiri yang sentiasa mementingkan kebajikan rakyat. Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Gombak Selatan menyeru kesemua belia2 sentiasa peka dengan masalah denggi dan bersama2 Pemuda UMNO Wangsa Maju dalam menjayakan misi ini.

GELOMBANG RAKYAT MERAKAMKAN UCAPAN SYABAS BUAT PEMUDA UMNO WANGSA MAJU ATAS INISIATIF2 SEBEGINI.

Barisan Pemuda UMNO Wangsa Maju. Turut bergambar Pen. Setiausaha Pemuda UMNO Wangsa Maju, En. Khyril (Tengah) dan Ketua Pemuda UMNO Caw. Taman Melati Kaw. 8, Saudara Faizal.



Ketua Pemuda UMNO Caw. Taman Melati Kawasan 8 menguruskan Jamuan Petang buat Skuad.


Wakil Skuad SCUD, Saudara Mohd Affendi Mohd Ayob.



5 comments:

Anonymous said...

HAHAHAHA.... SEKADAR SEMBUR NYAMUK NAK HEBOH SATU DUNIA. KALAU UMNO GENTLEMAN.... GIE LE SEMBUR ATAU SERBU TEMPAT MAKSIAT, TEMPAT DANGDUT DAN TEMPAT NOMBOR EKOR.

UMNOR TAKUT GIE SEMBUR ATAU SERBU TEMPAT TEMPAT NIE PASAL YANG ADA KAT SITU SEMUA NYE ORANG-ORANG UMNO.

NYAMUK PUN TAK TAKUT DENGAN SCUD UMNO. MALAH LAGI BANYAK ADA.

HAHAHHAHAHAH....

zethro said...

xyah la ko nak kerek sgt wahai si anon kat atas... PAS pon mane berani nak serbu... sekali serbu kat club, tup2 dak UIA yg kebanyakannya pro-pembangkang... kalo serbu kedai nombor ekor n sarang pelacur lak, sekali taukeh n bapak ayam geng2 DAP la plak, terus "halalkan" aje... last2 pihak polis n jakim gak yg buat operasi(eh, dorang ni under kerajaan ke pembangkang ek?)...
dahla tu juak2 pembangkang... cubela muhasabah diri tu... org buat baik pon xleh... dah mmg dasar pendengki n busuk hati... mmg x hairan la kalo korang hidup x aman kat mukabumi ni... tatau bersyukur, x sedar diri... asyik nak dengki n bususk hati atas usaha org lain...

Anonymous said...

Buat perkara baik di anggap tak baik.
Dajjal mcm ni la kalau nak kenal. Hitam kata putih, benda baik akan dicari kejahatan. Neraka dikata syurga. kalau jd pembangkang, jdlah pembangkang yg positif. jgn hentam membabi buta.

Anonymous said...

Tahniah diatas sumbangan tersebut walau hanya dengan semburan kita dapat membantu masyarakat dari penyakit. Harap selepas ni pemuda dapat sembur di kawasan lain pula di dalam wangsa maju. Tahniah

yanmaneee said...

air jordan
supreme new york
jordan shoes
yeezy boost 350 v2
adidas yeezy
nike air max
jordan shoes
golden goose
louboutin shoes uk
kd 10